Friday, March 31, 2006

Kepada Pemimpin Setiap Zaman: JanganSekali-kali Menzalimi Orang

Hampir 300 tahun yang lalu, didalam bukunya Nasihat Agama dan Wasiat Iman, Imam Habib Abdullah Haddad (1044H-1132H) telah menulis yang cukup relevan dengan kita kini sebagai pesanan:

"Ingat seribu kali ingat, jangan sekali-kali anda menzalimi rakyat jelata, sebab yang demikian itu akan menarik kepada kecelakaan duniamu dan akhiratmu. Sebagaimana dilarang anda menzalimi rakyat anda sendiri, maka samalah dilarang juga anda membiarkan setengah menzalimi setengah yang lain. Begitu pula dilarang anda mengabaikan segala urusan segala urusan mereka, tiada memandang dan meneliti keadaan hidup mereka.

Berkata Saidina Umar Ibnul-Khattab r.a. (sewaktu dia menjadi Khalifah – jiwakitamerdeka): Sekira seekor anak kambing mati ditepi sungai Furat (di Iraq) dengan sia-sia, aku khuatir aku akan disoal mengenainya.

Ini baru anak kambing saja. Betapa pula dengan orang yang mensia-siakan anak–anak yatim, janda-janda miskin, fakir dan miskin serta orang-orang yang tidak berdaya dari kaum Muslimin?"

Dalam sub-bab sebelumnya, Imam Habib menyebut hadith dimana Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Tiada seorang pembesar yang mati dalam keadaan menipu rakyatnya, melainkan Allah akan mengharamkannya memasuki syurga.

Berhati-hatilah wahai pemimpin setiap zaman. Jangan menjadikan diri kita sebagai hamba moden yang membantu pemimpin menzalimi rakyat jelata dalam setiap hal.

Kearah Dunia Adil & Sejahtera


Rujukan: Imam Habib Abdullah Haddad (1044H-1132H) (terjemahan Syed Ahmad Semait)(1981). Singapura : Pustaka Nasional. Muka surat 281.

Tuesday, March 21, 2006

Memakai Tudung : Taat atau Masih Maksiat?

Memakai tudung bagi majoriti orang Islam adalah perintah yang datang terus dari Allah dan dilaksanakan oleh oleh para sahabat Rasulullah s.a.w., yang kita junjung tinggi selama-lamanya. Tetapi ia juga adalah tajuk yang sering di bincangkan dari semasa ke semasa oleh segelintir orang Islam yang tidak berapa suka atau belum suka mengamalkannya.

Apa yang sudah pasti ialah:

*Meninggalkan tudung bagi seseorang perempuan Muslim bukan daripada adab Islam.

*Kehebatan Islam ialah tidak dictate/memaksa penganutnya dimana saja, memakai sesuatu jenis pakaian tertentu TETAPI menggariskan panduan untuk di ikut bagi apa saja jenis pakaian. Inilah erti beragama.

*Dalam Islam, melaksanakan apa saja sebaik mungkin (to our very best) dari sudut zahir/physically DAN hati kena sekaligus cintakan dan takutkan Allah. Barulah tepat kehendak ayat Quran iaitu pakaian taqwa itulah yang paling baik (Al-Qur’an, surah Al-A’raaf 7:26).

Jom kita mencari kebenaran dengan balik kepada sumber yang asal iaitu Quran dan Sunnah.

Kearah Dunia Adil & Sejahtera

Wednesday, March 15, 2006

Alasan yang Sering di timbulkan oleh Mereka yang Bercouple @ Berpacaran Sebelum Nikah…

(telah di edit semula oleh jiwakitamerdeka)

-Kami tidak berzina!

+Maaf, saya tidak menuduh awak berzina, tetapi awak menghampiri zina.

-Kami hanya berbual-bual, berbincang, bertanya khabar, minum-minum di kafe. Adakah
itu menghampiri zina?

+Ya, perbuatan itu boleh menjerumuskan pelakunya ke lembah penzinaan.

-Kami dapat mengawal perasaan dan kami tidak berniat ke arah itu.

+Hari ini ya. Esok mungkin kamu kecundang. Iblis akan memerangkap kamu sepertimana ramai yang lain sebelum kamu. Iblis amat berpengalaman dan tipu dayanya sangat halus. Ia telah menipu moyang kita yang pertama,Adam dan Hawa. Iblis amat licik. Ingat, pesanan Rasulullah : Janganlah engkau bersendirian dengan seorang wanita kecuali yang ketiganya, syaitan (Thabrani). Kita lemah menghadapi tipu daya Iblis.

-Tidak semestinya semua orang bercinta* menjurus kepada penzinaan. Ada yang
bercinta dalam telefon dan hantar SMS sahaja. Tidak pernah bersua muka pun!

+Betul .Tetapi itu adalah salah satu yang dimaksudkan dengan menghampiri zina.
Memang pada awalnya tidak bersua muka. Tapi perasaan pasti bergelora, lambat laun desakan nafsu dan perasaan serta hasutan Iblis akan mengheret kepada suatu pertemuan.
Pertemuan pertama tidak akan terhenti disitu sahaja. Percayalah, ia akan berlanjutan.
Tidakkah itu boleh membawa kepada perzinaan akhirnya?

-Takkan nak berbual-bual pun tak boleh? Itupun zina ke?

+Zina ada bermacam-macam jenis dan peringkatnya, ada zina betul, ada zina tangan
iaitu berpegang-pegangan, ada zina mata iaitu melihat kekasih dengan perasaan berahi. Zina hati iaitu dengan khayalan berahi biasanya dengan kekasih sepertimana yang digambarkan oleh Rasulullah: Kedua-dua tangan juga berzina dan zinanya adalah menyentuh. Kedua kaki juga berzina dan zinanya menuju ke tempat pertemuan. Mulut juga berzina dan zinanya adalah ciuman (Muslim dan Abu Daud).

Secara tegas, Rasullullah telah menyebutkan bahwa manusia pasti akan terbawa ke dalam zina (kecil); zina hati, zina mata, zina telinga, zina kaki. Ini terjadi karena sifat fitrah manusia yang memiliki kecenderungan terhadap lawan jenis (opposite sexes). Saat seseorang membiarkan zina-zina kecil bertebaran, bukan tidak mungkin dia akan menganggap remeh terjadinya zina yang sesungguhnya.

Sebenarnya jalan menuju kepada perzinaan amat banyak. Jangan biarkan diri kita melalui mana-mana jalan perzinaan.


-Duduk berdiskusi pelajaran tak boleh ke?Bincang pelajaran sahaja!* (bagi kes belajar
berdua-duaan SAHAJA)*

+Berdiskusi pelajaran, betul ke? Jangan tipu. Allah tahu apa yang terselit di dalam hati
hamba-hambaNya. Kita belajar nak keberkatan. Kalau cemerlang sekalipun, kalau
tidak diberkati oleh Allah, kejayaan tidak akan membawa kebahagiaan. Hidup di dunia tidak bahagia, akhirat lagi lah. Jangan berselindung disebalik pelajaran yang mulia. Allah suka kepada orang berilmu. Jadi belajar hendaklah ikut batas dan ketentuan Allah. Belajar akan jadi ibadat. Adakah berdiskusi macam ni tidak akan ditulis oleh malaikat Raqib dan Atid?

Allah telah melarang kaum mukmin daripada berikhtilat (bercampur-baur antara kaum pria dan wanita), meski untuk tujuan yang jelas, misalnya belajar. Apalagi khalwat yang jelas-jelas hanya berdua. Disini khalwat bukan sekadar berdua di taman yang sepi atau di rumah kosong. Ramai-ramai, di halaman masjid, kalau berpasang-pasangan tidak ada bezanya, bukan?

-Sungguh! Bincang pelajaran sahaja. Ini Study Group*(bagi kes berdua-duaan SAHAJA)

+Study Group...? Nampak lain macam saja, manja, senyum memanjang, tak macam gaya
berdiskusi. Takkanlah study group berdua sahaja? Kemana-manapun berdua. Macam belangkas. Kalau ia pun, carilah group study yang ramai sikit. Kalau duduk berdua-duaan macam ni... betul ke bincang pelajaran?

Jangan-jangan sekejap saja bincang pelajaran, yang lain tu... banyak masa dihabiskan dengan fantasi cinta!

-Tidaklah. Sungguh berbincang pelajaran.*

+Baik sungguh awak berdua. Takkanlah awak berdua tak ada perasaan apa-apa? Awak
kurang sihat ke? Ingat, kita bukan malaikat, tak ada nafsu. Kita manusia. Jangan menafikan fitrah manusia. Kita ada nafsu, ada keinginan. Itulah manusia.

-Kami berdua sama-sama belajar, study group*, saling memberi semangat dan motivasi.

+Tak adakah kaum sejenis yang boleh dijadikan rakan belajar? Habis sudahkah kaum sejenis yang boleh memberikan motivasi? Jangan hina kaum sejenis kita. Ingat, banyak orang cemerlang yang belajar hanya dengan kaum sejenis. Lebih tenang perasaan, tidak
terganggu, dapat berkat dan rahmat pula .

-Takkanlah tak ada langsung ruang yang dibenarkan dalam Islam untuk bercinta?
Adakah Islam membunuh terus naluri cinta?

+Naluri adalah sebahagian daripada kesempurnaan kejadian manusia. Naluri ingin memiliki dan suka kalau dimiliki (sense of belonging) adalah fitrah. Kalau naluri itu tidak wujud pada diri seseorang, tak normal namanya. Islam bukan datang membunuh naluri dan keinginan itu, tidak! Islam tidak suruh membunuh naluri seperti yang dilakukan oleh para paderi atau sami. Jangan nafikan naluri ini.

Jangan berbohong pada diri sendiri. Bukan salah dan berdosa kalau perasaan itu datang
tanpa diundang. Itu adalah fitrah. Cuma tundukkan naluri itu untuk patuh pada perintah
Allah. Jadilah manusia yang sihat nalurinya. Jangan jadi malaikat! Kerana Allah jadikan kita sebagai manusia. Dunia dan segala isinya akan hambar tanpa naluri atau nafsu.

-Tentu ada cinta secara Islam.

+Cinta secara Islam hanya satu, iaitu perkahwinan. Cinta berlaku setelah ijab kabul,
cinta selepas kahwin. Itulah cinta sacral dan qudus. Cinta yang bermaruah. Bukan cinta
murahan atau cinta monyet. Inilah kemuliaan Islam, apabila Islam menegah sesuatu perkara, tentu ia gantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Jika ia menegah cinta antara lelaki dan perempuan sebelum kahwin, ia membawa perkahwinan sebagai ganti yang lebih baik.

Sabda Rasulullah : Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling mencintai kecuali nikah (Ibnu Majah).

Cinta adalah maruah manusia. Ia telalu mulia.

-Kalau begitu, cinta* remaja semua menghampiri kepada penzinaan?

Ya, kalau lelaki dan perempuan bertemu tentu perasaan turut terusik. Kemudian perasaan
dilayan. Kemudian teringat, rindu. Kemudian diatur pertemuan. Kemudian duduk
berdua-dua. Kemudian mencari tempat sunyi sedikit. Kemudian berbual panjang sehingga malam gelap. Hubungan makin akrab, dah berani pegang tangan, duduk makin dekat. Kalau tadi macam kawan, sekarang macam pengantin baru semalam bukankah mereka semakin hampir dengan penzinaan? Berapa ramai orang yang bercinta telah sampai kepada daerah penzinaan dan kesengsaraan. Kasihanilah diri dan ibu bapa yang melahirkan kita dalam keadaan putih bersih tanpa noda walaupun seekor nyamuk sekalipun!

-Masih ramai orang yang bercinta* tetapi tetap selamat tidak sampai berzina. Kami tahan diuji...

+Allah yang menciptakan manusia. Dia tahu kekuatan dan kelemahan manusia. Manusia
tidak tahan ujian. Oleh itu Allah memerintahkan supaya menjauhi perkara yang ditegah takut manusia akan kecundang.

-Jadi manusia itu tidak tahan diuji?

+Kita manusia dari keturunan Adam dan Hawa, sejak dari awal penciptaan manusia. Allah takdirkan satu peristiwa untuk iktibar manusia. Allah tegah Adam dan Hawa supaya tidak memakan buah khuldi dalam syurga. Buah yang lain boleh makan. Allah tahu kelemahan pada ciptaan manusia. Tidak tahan diuji. Oleh itu Allah berpesan kepada Adam dan Hawa, jangan menghampiri pokok khuldi itu.

Firman Allah: Wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu di dalam syurga serta makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa yang kamu sukai, dan janganlah kamu hampiri pokok ini. (jika kamu menghampirinya) maka kamu adalah orang-orang yang zalim (al-Araf:19).

Tegahan yang sebenarnya adalah memakan buah khuldi. Jika menghampiri perkara
tegahan, takut nanti mereka akan memakannya.

Demikianlah dengan zina. Ditegah berzina. Maka jalan ke arah penzinaan juga dilarang. Allah berfirman: Dan janganlah kamu mendekati zina (Al-Isra’: 32). Takut apabila berhadapan dengan godaan zina, kedua-duanya akan kecundang. Cukuplah kita belajar daripada pengalaman nenek moyang kita Adam dan Hawa.

-Tetapi cinta selepas kahwin banyak masalah. Kita tak kenal pasangan kita secara dekat.
Bercinta adalah untuk mengenal hati budi pasangan sebelum buat keputusan berkahwin.

+Bolehkah percaya dengan perwatakan masa sedang bercinta? Bercinta penuh dengan
lakonan yang dibuat-buat dan kepura-puraan. Masing-masing akan berlakon dengan watak terbaik. Penyayang, penyabar, pemurah dan berbagai- bagai lagi. Masa bercinta merajuk ada yang pujuk.

Jangan harap lepas kahwin, bila merajuk akan ada yang pujuk. Banyak orang yang kecewa dan tertipu dengan keperibadian pasangan semasa bercinta. Perangai pasangan jauh berbeza. Macam langit dan bumi. Masa bercinta, dia seorang yang amat penyayang,
penyabar, sabar tunggu pasangan terlambat sampai berjam-jam. Tapi bila dah kahwin, lewat lima minit, dah kena tengking. Jadi, perwatakan dalam masa bercinta tidak boleh dipercayai. Percintaan adalah suatu kepuraan atau hipokrit.

-Percayalah, kami bercinta demi merancang kebahagian hidup nanti.

+Bagaimana diharap kebahagiaan jika tidak mendapat redha Allah? Kebahagiaan adalah
anugerah Allah kepada hamba-hambaNya yang terpilih. Kebahagiaan bukan ciptaan manusia. Manusia hanya merancang kebahagiaan. Allah yang menganugerahkannya. Bagaimana mendapat anugerah kebahagiaan itu, jika jalan mencapai kebahagiaan itu tidak diredai Allah. Kebahagiaan hidup berumah tangga mestilah melalui proses yang betul. Sudah tentu prosesnya bukan bercinta begini, Allah tidak meredai percintaan ini. Cinta yang diredai Allah adalah cinta selepas kahwin.

Bagaimana untuk mendapat keluarga yang bahagia jika langkah mula sudah pun
canggung, bagaimana kesudahannya?

-Tanya sikit,.. adik angkat, kakak angkat, abang angkat boleh ke?

+Semua itu adalah perangkap iblis dan syaitan. Hakikatnya adalah sama. Cinta yang diberi nafas baru. Kulitnya nampak berlainan, tetapi isinya adalah sama. Adik angkat, kakak angkat, abang angkat adalah suatu bentuk tipu daya iblis dan syaitan. Manusia yang terlibat dengan budaya angkat ini sebenarnya telah masuk dalam perangkap syaitan. Cuma menunggu masa untuk dikorbankan.

Namakan apa nama sekalipun, abang angkat ke, motivator ke, semuanya adalah sama. Jalan akhirnya akan bertemu dengan zina.

-Jadi seolah-olah orang yang bercinta telah hilang maruah diri?

+Mengukur maruah diri bukan ditentukan oleh manusia tetapi oleh Pencipta manusia. Orang yang sedang mabuk bercinta akan mengatakan orang yang bercinta tidak menjejaskan maruah dirinya. Manakala, bagi orang yang menjaga diri, tidak mahu terlibat dengan cinta sebelum kahwin, akan mengatakan orang yang bercinta
sudah tidak bermaruah lagi. Cintanya ditumpahkan kepada orang yang belum layak
menerima cinta suci.

-Kalau begitu ukuran bermaruah atau tidak adalah ditentukan oleh Allah. Adakah orang
yang bercinta* hilang maruah?

+Antara kemuliaan manusia adalah maruah dirinya. Orang yang bercinta seolah-olah cuba menggadaikan maruahnya kerana mereka menghampiri perzinaan. Manakala orang yang bercinta dan pernah berzina tidak layak berkahwin kecuali dengan orang yang pernah berzina.

Allah berfirman: Lelaki yang berzina (lazimnya) tidak ingin berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik; dan perempuan yang berzina itu pula tidak ingin berkahwin melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik. Dan perkahwinan yang demikian itu terlarang kepada orang-orang yang beriman (Surah
An-Nur: 3).

-Jadi, orang yang pernah bercinta juga tidak sesuai untuk berkahwin dengan orang yang
tidak pernah bercinta. Tidakkah itu suatu penghinaan dari Tuhan?
Jadi orang yang bercinta* hanya layak berkahwin dengan orang yang pernah
bercinta* juga?

+Itulah pasangan yang layak untuk dirinya. Kerana wanita yang baik adalah untuk lelaki
yang baik. Lelaki yang baik untuk wanita yang baik.

-Kami telah berjanji sehidup semati.....

+Apa ada pada janji cinta? Berapa banyak sudah janji cinta yang musnah? Lelaki, jangan
diharap pada janji lelaki. Mereka hanya menunggu peluang keemasan sahaja. Habis
madu, sepah dibuang. Pepatah itu diungkap kerana ia sering berulang sehingga menjadi
pepatah.

-Si dia ini lain dari yang lain. Dia lelaki yang penyayang dan bertanggungjawab.

+Tahukah hati budi lelaki? Sejahat mana lelaki, apabila ingin mengambil seseorang wanita sebagai isteri dan seterusnya menjadi ibu untuk anak-anaknya, dia akan memilih wanita yang baik. Tetapi untuk berseronok dan berfoya-foya, lelaki biasanya akan memilih perempuan murahan kerana ia suatu pelaburan yang menguntungkan. Itulah rahsia lelaki.

-Jadi, perempuan yang bercinta*, jatuh maruahnya pada pandangan lelaki? *
(tidak mengikut syariat)

+Tentu! Mana ada orang lelaki yang normal suka pada barang yang secondhand sedangkan barang yang baru masih ada. Sesetengah mereka menggambarkan perempuan seperti kereta yang diletakkan di bilik pameran sahaja. Tapi ada orang yang boleh test drive. Ada pula yang kata; sekadar sepinggan mee goreng dan segelas sirap bandung atau kurang dari itu, boleh dibawa ke hulu, ke hilir. Sedihkan? Itulah hakikatnya!

-Masih adakah orang yang tidak bercinta di zaman ini?

+Ya! Masih ada orang suci dalam debu. Golongan ini akan sentiasa ada walaupun
jumlah mereka kecil. Mereka akan bertemu suatu hari nanti. Mereka ada pasangannya.

Firman Allah: Dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya (yang memelihara dirinya dari melakukan zina)... Allah telah menyediakan bagi mereka segala keampunan dan pahala yang besar (Surah Al-Ahzab: 35 ).

-Bagaimana kami?

+Kamu masih ada peluang. Bertaubatlah dengan taubat nasuha. Berdoalah serta mohon
keampunan dariNya. Mohonlah petunjuk dan kekuatan untuk mendapat redha-Nya.

-Kami ingin mendapat reda Tuhan. Tunjukkanlah bagaimana taubat nasuha.

+Taubat yang murni. Taubat yang sebenar-benarnya. Taubat yang memenuhi tiga
syarat:

i) Tinggalkan perbuatan maksiat. Putuskan hubungan cinta yang tidak diredai Allah ini.

ii) Menyesal. Menginsafi diri diatas tindak tanduk hidup yang menjurus diri dalam
percintaan.

iii) Berazam. Bertekad di dalam hati tidak akan bercinta lagi dengan sesiapa kecuali dengan seseorang yang bernama isteri atau suami. Saatnya adalah selepas ijab kabul.

-Ya Allah. Hambamu ini telah tersesat jalan. Ampunilah dosa-dosa hambaMu ini.
Sesungguhnya engkau Maha Pengampun dan penerima taubat . Berilah kekuatan kepada kami untuk menghadapi godaan keremajaan ini. Anugerahkan kepada kami perasaan benci kepada maksiat. Hiasilah diri kami dengan akhlak yang mulia.

Ibu dan ayah, anakmu telah berdosa. Engkau jaga diri kami dari kecil dengan kasih sayang, mengapa aku curahkan kasih itu kepada orang lain? Oh Tuhan, hambamu ini berdosa, ampunilah kami.

+Amin, ya rabbal alamin. Moga Allah terima taubat mu.

-Kita berpisah kerana Allah , kalau ada jodoh, tidak ke mana!

+Ya, Allah! Bantulah mereka. Kini mereka datang ke pintuMu mencari redaMu. Terimalah taubat mereka dan kami seluruhnya.

Punca asal http://saycool.blogdrive.com/
& http://syifa.wordpress.com/2005/12/10/pacaran-islami-yang-bener-aja/

Ke Arah Dunia Adil & Sejahtera

Friday, February 17, 2006

BERCOUPLE BUKAN BUDAYA UMAT ISLAM YANG BERIMAN

Diambil dari http://alinsyirah.blogdrive.com/ , di edit oleh jiwakitamerdeka.

BERCOUPLE, setiap kali kita mendengarnya akan terlintas di benak kita sepasang insan yang sedang mabuk cinta dan dilanda asmara. Saling mengungkapkan rasa sayang serta rindu, yang kemudiannya kebiasaannya walaupun tidak semestinya memasuki sebuah biduk pernikahan.

Lalu kenapa harus dipermasalahkan? Bukankah cinta itu fitrah setiap anak Adam? Bukankah setiap orang memerlukan masa penyesuaian sebelum pernikahan?

CINTA, Fitrah Setiap Manusia,
MANUSIA diciptakan oleh ALLAH SWT dengan membawa fitrah (instinct) untuk mencintai lawan jenisnya. Sebagaimana firmanNya: Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi ALLAH lah tempat kembali yang baik (syurga) (Ali Imran: 14).

Berkata Imam Qurthubi: ALLAH SWT memulai dengan wanita kerana kebanyakan manusia menginginkannya, juga kerana mereka merupakan jerat-jerat syaitan yang menjadi fitnah bagi kaum lelaki, sebagaimana sabda Rasulullah SAW: Tiadalah aku tinggalkan setelahku selain fitnah yang lebih berbahaya bagi lelaki daripada
wanita. (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim, Tirmidzi, Ibnu Majah).

Oleh kerana cinta merupakan fitrah manusia, maka ALLAH SWT menjadikan wanita sebagai perhiasan dunia dan nikmat yang dijanjikan bagi orang-orang beriman di syurga dengan bidadarinya.

Dari Abdullah bin Amr bin Ash r.a. berkata: Rasulullah SAW bersabda: Dunia ini adalah
perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita yang solehah (Hadis Riwayat Muslim, NasaI, Ibnu Majah, Ahmad, Baihaqi)

ALLAH berfirman: Di dalam syurga-syurga itu ada bidadari-bidadari yang baik-baik lagi cantik-cantik (ar-Rahman: 70)

Namun, Islam tidak membiarkan fitnah itu mengembara tanpa batasannya. Islam telah
mengatur dengan tegas bagaimana menyalurkan cinta, juga bagaimana batasan pergaulan antara dua insan berlawanan jenis sebelum nikah, agar semuanya tetap berada pada landasan etika dan norma yang sesuai dengan syariat.

ETIKA PERGAULAN DAN BATAS PERGAULAN DI ANTARA LELAKI DAN WANITA MENURUT ISLAM.

1. Menundukkan pandangan.
ALLAH memerintahkan kaum lelaki untuk menundukkan pandangannya, sebagaimana firmanNya:
Katakanlah kepada laki-laki yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya (an-Nuur: 30).
Sebagaimana hal ini juga diperintahkan kepada kaum wanita beriman, ALLAH erfirman: Dan katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya (an-Nuur: 31).

2. Menutup aurat.
ALLAH berfirman: Dan jangan lah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka melabuhkan kain tudung ke dadanya (an-Nuur: 31). Juga Firman-NYA; Hai nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: Hendaklah mereka melabuhkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah dikenali, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan ALLAH adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang (an-Nuur: 59).

Perintah menutup aurat juga berlaku bagi semua jenis. Dari Abu Daud Said al-Khudri r.a. berkata: Rasulullah SAW bersabda: Janganlah seseorang lelaki memandang aurat lelaki, begitu juga dengan wanita jangan melihat aurat wanita.

3. Adanya pembatas antara lelaki dengan wanita.
Kalau ada sebuah keperluan terhadap kaum yang berbeza jenis, harus disampaikan dari balik tabir pembatas. Sebagaimana firmanNya: Dan apabila kalian meminta sesuatu kepada mereka (para wanita) maka mintalah dari balik hijab. (al-Ahzaab: 53)

4. Tidak berdua-duaan di antara lelaki dan perempuan.
Dari Ibnu Abbas r.a. berkata: Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: Janganlah seorang lelaki berdua-duaan (khalwat) dengan wanita kecuali bersama mahramnya (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim). Dari Jabir bin Samurah berkata: Rasulullah SAW
bersabda: Janganlah salah seorang dari kalian berdua-duan dengan seorang wanita, kerana syaitan akan menjadi ketiganya (Hadis Riwayat Ahmad & Tirmidzi dengan sanad yang sahih).

5.Tidak melunakkan ucapan (percakapan).
Seorang wanita dilarang melunakkan ucapannya ketika berbicara selain kepada suaminya. Firman ALLAH SWT: Hai isteri-isteri Nabi, kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika kamu bertakwa. Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara (berkata-kata yang menggoda) sehingga berkeinginan orang yang ada penyakit di dalam
hatinya tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik. (al-Ahzaab: 32)

Berkata Imam Ibnu Kathir: Ini adalah beberapa etika yang diperintahkan oleh ALLAH kepada para isteri Rasulullah SAW serta kepada para wanita mukminah lainnya, iaitu hendaklah dia kalau berbicara dengan orang lain tanpa suara merdu, dalam pengertian janganlah seorang wanita berbicara dengan orang lain sebagaimana dia
berbicara dengan suaminya (Tafsir Ibnu Kathir 3/350).

6.Tidak menyentuh kaum berlawanan jenis.
Dari Maqil bin Yasar r.a. berkata: Seandainya kepala seseorang ditusuk dengan jarum besi itu masih lebih baik daripada menyentuh kaum wanita yang tidak halal baginya (Hadis Hasan Riwayat Thabrani dalam Mujam Kabir).

Berkata Syaikh al-Albani Rahimahullah: Dalam hadis ini terdapat ancaman keras terhadap orang-orang yang menyentuh wanita yang tidak halal baginya (Ash-Shohihah 1/448). Rasulullah SAW tidak pernah menyentuh wanita meskipun dalam saat-saat penting seperti membaiat dan lain-lainnya. Dari Aishah berkata: Demi ALLAH,
tangan Rasulullah SAW tidak pernah menyentuh tangan wanita sama sekali meskipun saat membaiat (Hadis Riwayat Bukhari).

Inilah sebahagian etika pergaulan lelaki dan wanita selain mahram, yang mana apabila seseorang melanggar semuanya atau sebahagiannya saja akan menjadi dosa zina baginya, sebagaimana sabda Rasulullah SAW: Dari Abu Hurairah r.a. dari Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya ALLAH menetapkan untuk anak Adam bahagiannya dari zina, yang pasti akan mengenainya. Zina mata dengan memandang, zina lisan dengan erbicara,
sedangkan jiwa berkeinginan serta berangan-angan, lalu farji/kemaluan yang akan membenarkan atau mendustakan semuanya (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim & Abu Daud).

Padahal ALLAH SWT telah melarang perbuatan zina dan segala sesuatu yang boleh mendekati kepada perbuatan zina. Sebagaimana FirmanNya: Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan jalan yang buruk (al-Isra: 32).

Hukum Bercouple
SETELAH memerhatikan ayat Quran dan hadis tadi, maka tidak diragukan lagi bahawa bercouple itu haram, kerana beberapa sebab berikut:

1. Orang yang bercouple tidak mungkin menundukkan pandangannya terhadap kekasihnya.

2. Orang yang bercouple tidak akan boleh menjaga hijab.

3. Orang yang bercouple biasanya sering berdua-duaan dengan pasangan
kekasihnya, baik di dalam rumah atau di luar rumah.

4. Wanita akan bersikap manja dan mendayukan suaranya saat bersama kekasihnya.

5. Bercouple identik dengan saling menyentuh antara lelaki dan wanita, meskipun itu
hanya berjabat tangan.

6. Orang yang bercouple, boleh dipastikan selalu membayangkan orang yang
dicintainya.

Dalam kamus bercouple, hal-hal tersebut adalah lumrah dilakukan, padahal satu hal saja cukup untuk mengharamkannya, lalu apatah lagi kesemuanya atau yang lain-lainnya lagi?

Fatwa Ulama
Syaikh Muhammad bin Shaleh al-Utsaimin ditanya tentang hubungan cinta sebelum nikah. Jawab beliau; Jika hubungan itu sebelum nikah, baik sudah lamaran atau belum, maka hukumnya adalah haram, kerana tidak boleh seseorang untuk bersenang-senang dengan wanita asing (bukan mahramnya) baik melalui ucapan, memandang, atau berdua-duaan. Sebagaimana Rasulullah SAW bersanda: Janganlah seorang lelaki bedua-duaan dengan seorang wanita kecuali ada bersama-sama mahramnya, dan janganlah seseorang wanita berpergian kecuali bersama mahramnya.

Syaikh Abdullah bin abdur Rahman al-Jibrin ditanya: Jika ada seseorang lelaki yang
berkoresponden dengan seorang wanita yang bukan mahramnya, yang pada akhirnya mereka saling mencintai, apakah perbuatan itu haram? Jawab beliau: Perbuatan itu tidak diperbolehkan, kerana boleh menimbulkan syahwat di antara keduanya, serta mendorongnya untuk bertemu dan berhubungan, yang mana koresponden semacam
itu banyak menimbulkan fitnah dan menanamkan dalam hati seseorang untuk mencintai penzinaan yang akan menjerumuskan seseorang pada perbuatan yang keji, maka dinasihati kepada setiap orang yang menginginkan kebaikan bagi dirinya
untuk menghindari surat-menyurat, pembicaraan melalui telefon serta perbuatan semacamnya demi menjaga agama dan kehormatan diri kita.
Syaikh Jibrin juga ditanya: Apa hukumnya kalau ada seorang pemuda yang belum menikah menelefon gadis yang juga belum menikah? Jawab beliau: Tidak boleh berbicara dengan wanita asing (bukan mahram) dengan pembicaraan yang boleh menimbulkan syahwat, seperti rayuan, atau mendayukan suara (baik melalui telefon atau lainnya). Sebagaimana firman ALLAH SWT; Dan janganlah kalian melembutkan suara, sehingga berkeinginan orang-orang yang berpenyakit di dalam hatinya (al-Ahzaab: 32). Adapun kalau pembicaraan itu untuk sebuah keperluan, maka hal itu tidak mengapa apabila selamat daripada fitnah, akan tetapi hanya sekadar keperluan.

Syubhat Dan Jawapan Yang Sebenarnya
Keharaman bercouple lebih jelas dari matahari di siang hari. Namun begitu masih ada yang berusaha menolaknya walaupun dengan dalil yang sangat rapuh, antaranya:

Tidak boleh dikatakan semua cara bercouple itu haram, kerana mungkin ada orang yang bercouple mengikut landasan Islam, tanpa melanggar syariat

Jawabnya: Istilah bercouple berlandaskan Islam itu Cuma ada dalam khayalan, dan tidak pernah ada wujudnya. Anggap sajalah mereka boleh menghindari khalwat, menyentuh serta menutup aurat. Tetapi tetap tidak akan boleh menghindari dari saling memandang, atau saling membayangkan kekasihnya dari masa ke semasa. Yang mana hal itu jelas haram berdasarkan dalil yang kukuh.

Biasanya sebelum memasuki alam perkahwinan, perlu untuk mengenal terlebih dahulu calon pasangan hidupnya, fizikal, karaktor/sifat, yang mana hal itu tidak akan boleh dilakukan tanpa bercouple, kerana bagaimanapun juga kegagalan sebelum
menikah akan jauh lebih ringan daripada kalau terjadi setelah menikah.

Jawabnya: Memang, mengenal fizikal dan karaktor calon isteri mahupun suami merupakan satu hal yang diperlukan sebelum memasuki alam pernikahan, agar tidak ada penyesalan di kemudian hari. Namun, tujuan ini tidak boleh digunakan untuk
menghalalkan sesuatu yang telah sedia haramnya.

Ditambah lagi, bahawa orang yang sedang jatuh cinta akan berusaha bertanyakan segala yang baik dengan menutupi kekurangannya di hadapan kekasihnya. Juga orang yang sedang jatuh cinta akan menjadi buta dan tuli terhadap perbuatan kekasihnya, sehingga akan melihat semua yang dilakukannya adalah kebaikan tanpa cacat.
Sebagaimana diriwayatkan dari Abu Darda: Cintamu pada sesuatu membuatmu buta
dan tuli.

Fenomena Couple
Dalam situasi terkini, fenomena pergaulan bebas dan pengabaian terhadap nilai-nilai murni Islam berlaku pada tahap yang amat membimbangkan. Kebanyakan umat Islam kini tidak lagi menitik beratkan nilai-nilai dan adab-adab sopan yang dianjurkan oleh Islam melalui al-Quran dan Sunnah RasulNya. Mereka bukan setakat mengabaikannya dan menganggap perkara itu tidak penting, bahkan mereka menganggapkannya
sebagai satu perkara yang menyusahkan aktiviti mereka yang menurutkan nafsu dan perasaan semata-mata itu. Nauzubillah

Marilah kita sama-sama menjauhi perkara yang seumpama itu dan mejauhi hal-hal yang telah dilarang (haram). Tegakkanlah yang benar dan katakanlah salah kepada yang batil. Janganlah berhujah untuk membenarkan perkara yang telah terang haramnya di sisi ALLAH.

Rujukan : http://alinsyirah.blogdrive.com/

KEARAH DUNIA ADIL & SEJAHTERA

Tuesday, January 24, 2006

WAHAI GADIS BERHATI-HATILAH...

Wahai gadis telah berkali-kali di peringatkan bahawa teman lelaki atau kekasih anda tidak punya apa-apa hak ke atas dirimu. Sayangnya tidak ramai yang mengerti atau berpura-pura tidak mengerti. Padahal perkara ini senang di fahami. Sememangnya seronok berdua-duaan di buai nafsu. Tanyalah pada semua pengantin alangkah indahnya kalau fajar tidak menyinsing pada malam pengantin... Sesuatu yang tidak mungkin.

Kekasihmu masih belum lagi menjadi suami yang sah. Simpanlah dirimu buat suamimu yang sah di masa depan. Jangan tertipu dengan janji manis dari lidah yang tak bertulang yang bijak mengatur kata-kata indah. Pun begitu ramai yang tertipu atau merelakan diri di tipu lagi dan lagi.

Mungkin kerana ingin menguji diri sendiri atau merasa diri tidak mudah ditipu – lantas pengalaman orang lain tidak di jadikan iktibar. Walhal kita membaca akhbar, majalah, mendengar radio atau menonton filem berulang-ulang menceritakan perangai insan. Pelik sungguh perangai insan sering merelakan diri ke jurang kehinaan walaupun berpendidikan tinggi semata tewas melawan nafsu sendiri.

Hujungnya, kebiasaannya kita melihat kekasih akan menghilangkan diri setelah mendapat apa yang terlalu berharga darimu. Sedihya tidak ramai yang menghargai harga dirimu sendiri. Tinggallah heroin seorang diri merintih sayu ditinggalkan hero. Mungkin diri di serahkan pula kepada kekasih lain yang bakal hinggap. Usia bertambah, pohon semakin luntur...

Gist of the story: Tidak hina menjaga dirimu selaras kehendak agama kerana itulah prasyarat kemuliaan, ketenangan dan kebahagiaan hakiki. Ramai kita terlupa. Mana mungkin ruhani dapat dipuaskan dengan perkara-perkara zahir.

KE ARAH DUNIA AMAN & SEJAHTERA

Wednesday, January 04, 2006

SEARCH FOR THE TRUTH FOR THE SAKE OF THE TRUTH

As many of us are agreeing that religion is to be a personal matter. The truth is as clear as the sun, especially for those searching it. Search for the truth for the sake of the truth. Wherever and whenever, there is no compulsion to accept Islam.

The law of the land is just necessary to avoid religous conflict. So, let the Malaysians respect the law. It is not the problem between the majority versus the minority, but TOLERANCE especially among those minority toward the majority, which is yet too be seen.

True muslims will never act to the detriment of others even to animals and environment. True muslims? Check the encylopedia and dictionary. Go back to basic : Read, read and read, and ask the experts. We are answerable for what we have done in this life. Islam is here, none but for salvation of mankind.

TOWARDS JUST & PEACE WORLD

Friday, December 02, 2005

DA’IE SIHAT DAKWAH MAJU UMMAT CEMERLANG: JOM MINUM JUS KAROT

Assalamu ‘alaikum, kami mengambil peluang ini memberi cadangan, kalau setuju, bermesyuarat dengan isteri elok-elok, JANGAN TUNGGU SAKIT, supaya kita dan isteri dan semua anak2 yang disayangi menjadikan jus asli carrot (lobak merah, atau karot atau dalam bahasa Indonesia di sebut sebagai wortel), diperah menggunakan juicer (bukan blender biasa) sebagai budaya minuman harian setiap pagi (sekurang-kurangnya) dan juga petang, jika boleh. Tidak ada had kuantiti meminum jus. Manis rasanya. Jangan sekali2 dicampurkan dengan gula atau susu.

Terlalu banyak artikel dalam internet memperkatakan tentang kebaikan jus carrot. Orang lain telah lama amalkan. Amalkan setiap hari. Amalkan secara istiqamah kita akan mendapat hakikatnya. Jom mulai besok, amalkan, KENAPA TIDAK?

Jangan takut badan kita warna kuning kerana selalu memakan atau meminumnya. Itu ada penerangan berdasarkan sains. Tapi perkara itu akan hilang kemudiannya. Jangan bimbang. Telah lama diamalkan di negara2 lain. Ada artikel mengenai hal ini, disertakan.

Artikel mengenai keistimewaan karot, salah satu darinya The Wonders of CARROT JUICE - By John B. Lust Rujukan : http://www.living-foods.com/articles/carrotjuice.html

Carrot juice, because of its many healthful benefits, is frequently called the "miracle juice." A large number of people--throughout the United States and in all walks of life--suffering from various ailments have found that the inclusion of carrot juice in their diet has greatly improved their health. Countless others have found it to be a valuable "protective" agent in the building and maintenance of health in both children and adults, while its delicious flavor makes it popular with all members of the family as a beverage --plain or combined with other juices.

Gold mine of nutrients.
Carrot juice is one of the richest sources of vitamin A that can be used in the daily diet. It also ranks high as a source of the other vitamins, especially those of the B complex. Its mineral content is equally rich, and includes calcium, copper, magnesium, potassium, sodium, phosphorus, chlorine, sulfur, and iron.
The vitamin A content of carrot juice helps to strengthen the eyes. In many cases where defective eyesight was noted--as during the war--the condition was overcome by fortifying the diet with fresh carrot juice.
One of the first evidences of vitamin A deficiency may be noted in the difficulty of adjusting the sight in a dim light, as in entering a dark room, or theatre, from a brightly lighted hall. A more serious symptom is the inability to regain focus of the road after the glare of passing automobile headlights. This sight defect is known as "night blindness," or "glare-blindness," and has been the cause of many serious accidents.

Vitamin A is essential in keeping healthy condition the mucous membranes which line all the cavities of the body. The mucous membrane may be described as consisting of two layers. The top layer, known as epithelium is composed of billions of cells. Close under the epithelium lies the mucous membrane, a thin layer of involuntary muscle fibers., which are extremely pliable and elastic. The vitality of this lining depends upon an adequate supply of vitamin A. When a deficiency of vitamin A exists the cells harden and degenerate into a horny rough surface, obstructing the normal function of the secretion of the disinfectant mucous. Infections resulting from vitamin A deficiency may affect the bladder or kidneys, the alimentary tract, the mouth, tonsils, sinuses, the tongue, ear canal, eyes or tear ducts.

Vitamin A promotes growth of bones and teeth, the maintenance of healthy body tissues, and the maintenance of normal glandular functions. It aids in the resistance to infections. Vitamin A is especially necessary in the diet of expectant mothers to build up and maintain the health of both mother and the developing child. Fresh carrot juice should be included in the diet not only during pregnancy, but also during the period of nursing the baby.
In addition to those already mentioned, some of the symptoms which have been traced to vitamin A deficiency are: dry, scaly and rough skin, especially on the arms and legs; intestinal disorders and diarrhea; poor appetite; retarded growth; lack of vigor loss in weight and physical weakness; atrophy of the glands; poor development of teeth through defective formation of enamel and dentine--and poor gum structure, and may also be a causative factor in cases of sterility; nerve degeneration and stones in the kidney and bladder.
It is pointed out by many authorities that where a vitamin A deficiency exists, it may be the result of either inadequate amount of this vitamin in the diet, or of faulty metabolism. The latter condition may be a symptom of some physical disorder which requires diagnosis and treatment by a physician.
Another cause of vitamin A deficiency is the practice of using mineral oil which carries off the vitamin A before it has been absorbed by the system. Mineral oil should not be used in salad dressing for this reason, and, under any condition, should be used only on the advice of a physician, usually as a temporary measure only.
When changes occur in the tissues because of vitamin A deficiency, the natural protection against bacteria is removed and the tissues become diseased. An adequate intake of vitamin A--especially in carrot juice-will help overcome infection.
Vitamin A is soluble in fat but not in water. Consequently, surplus vitamin A is not lost in the body fluids, such as urine, perspiration, etc., but is stored for future use. Approximately 958 of all such surplus vitamin A is stored in the liver, with small amounts in the kidneys, lungs and under the skin.
The liver is capable of storing large quantities of vitamin A over a period of years to be called upon when needed. In order to keep this surplus at an adequate point, an ample daily intake should be provided. For example, an 8-ounce glass of fresh carrot juice will provide an average of 50,000 or more units of vitamin A. In this form the daily requirements and adds to the surplus accumulated to meet any emergency.

The amount of carotene (which is converted to vitamin A in the liver) contained in carrots is indicated by the depth of the coloring matter. The large, firm, dark-yellow carrots, therefore, should be selected for juicing, rather than the light-yellow ones, because of their greater carotene content. Another vitamin contained in carrot juice is vitamin E. This vitamin appears in three forms, known chemically as alpha-, beta-, and gamma-tocopherol, and commonly known as the vitamin E complex. In animal experimentation, vitamin E has been found to affect reproduction. When foods bearing this vitamin were fed to animals which had failed to reproduce, their sterility was overcome.

Preparing Carrots for Juicing
Wash carrots thoroughly in cold water, using a stiff vegetable brush. Scrape lightly, but do not peel, as valuable vitamins and minerals lies close to the surface. The juice should be taken immediately it is made, if at all possible. If not, let the juice flow directly into glass jars which should then be covered with screw-on lids. After pouring the quantity to be used immediately, keep the remaining juice-tightly covered--in the refrigerator to prevent loss of vitamin and mineral content through oxidation.
Carrot juice blends with practically all other juices. It is a delicious nourishing beverage for all members of the family at all times and it should be an important part of the diet in cases of illness.

Dibawah dua artikel mengenai badan berubah warna. Artikel pertama menyebut sekejap saja, teruskan meminumnya kemudian akan hilang. Dan hati (liver) nya menjadi bersih. Rujukan : http://www.herbsfirst.com/NewsLetters/1100juice.htm

One of the most common misconceptions regarding carrot juice is that one will start to develop orange or yellow colored skin after steadily drinking the juice because of the carotene content in the juice. This is not true. The development of yellowish skin is due to the fact that carrot juice is a great liver cleanser and the toxicity within the body is coming to the surface. Keep up with the carrot juice and the symptoms will soon disappear. The formerly constipated liver is reconditioned once again to experience a free flow of bile the excess of which is eliminated through our largest eliminative organ, the skin. I have personally experienced this phenomenon during a time when we prepared hundreds of gallons of carrot juice a week for sale. Because the juice was so abundant and available, I drank it for nearly every meal...sometimes instead of meals. My wife soon commented upon the yellow cast which my skin began to take on. I continued drinking the juice, however, and within a week my skin color was back to normal. But my liver had gone through a wonderful cleansing! It is often a surprise to me that the most learned of health authorities will try to sell you the carotene theory without any sort of proof, personal experience or background.

Artikel kedua, dari http://www.doctoryourself.com/juicing_2.html .
Excess carotene causes the skin to turn slightly orange, once succinctly described in USA Today as resembling an artificial suntan. The medical name for this condition is hypercarotenosis or just carotenosis. Hypercarotenemia refers to elevated blood levels of carotene, and is also called just carotenemia. Both are harmless. According to the doctor's standard reference Merck Manual, 14th edition, "excess intake of carotene does not cause hypervitaminosis A" (p. 891). Hypervitaminosis A is vitamin A toxicity from the preformed, oil type of vitamin A, not carotene. Even with preformed vitamin A, says Merck, "recovery is spontaneous with no residual damage; no fatalities have been reported" (p 891).

Dalam http://www.herbsfirst.com/NewsLetters/1100juice.htm artikel yang sama, untuk pesakit kes serius, dengan izin Allah boleh sembuh menggunakan jus apel (tak kira warna), karot dan anggur (merah/hitam).

Many seemingly miraculous cures have been effected upon some extremely wasting diseases through the raw juice regime. Our own "Incurables" program has helped many, many people out of their deathbeds and into a new life. The majority of nourishment is derived from juices: apple, carrot, and grape. The program is often tried as a last resort: that is when all other standard drug therapy has failed. Often a patient has been sent home from the hospital to die because the family ran out of money, or there was otherwise no hope of recovery. Some of the persevering and desperate relatives took their loved ones on the Incurables route. These once doomed persons are walking the earth today --- alive and healthy.

Dan bagus juga utk gout, dan batu dlm buah pinggang http://tuberose.com/Juice_Therapy.html

It promotes the excretion of uric acid which makes carrots and carrot juice an excellent remedy for gout. If you're susceptible to gout, often you can very easily keep the problem at bay simply eating a couple of medium-sized carrots a day. The same is true for kidney stones. The carrot greens have been used successfully to treat inflammation of both the prostate and the bladder.

Tolong sampai-sampaikankan dan yang penting, amalkan. Dengan izin Allah.
Dasar : Knowledge and wisdom are your lost treasures; seek them wherever they are (Hadith). http://www.islamweb.net/ver2/archive/article.php?lang=E&id=40152
Wallahu a’lam.

KE ARAH DUNIA ADIL & SEJAHTERA

Thursday, December 01, 2005

GIVE OURSELVES ITS PROPER NOURISHMENT

Forever
do give ourselves their proper nourishment
...physically,
...mentally &
...spiritually.
No point being
a superman or
a superwoman
...physically and mentally,
but spiritual pigmies…

KE ARAH DUNIA ADIL & SEJAHTERA

Friday, November 18, 2005

MADAH ULAMA

JIKA PERTEMUAN DI ANTARA KAMU DENGAN SAHABATMU ITU
TIDAK MENERBITKAN RASA KASIH DI HATINYA
TIDAK MENGAPA.
TAPI,
PASTIKAN RASA KASIH ITU SUBUR DI HATIMU.

(Tq kepada kawan yang menghantar sms ini. Sengaja di simpan untuk iktibar di hari muka. Jazakallahu khoiran kathiron.)

KE ARAH DUNIA ADIL & SEJAHTERA

Thursday, November 17, 2005

KELAZATAN RUHANI (KELAZATAN SPIRITUAL)

Kenapa ramai orang bersusah payah ke restoran tertentu? Untuk menikmati kelazatan makanan dari tukang masaknya. Tukang masak yang benar-benar pakar merupakan aset besar sesebuah restoran kerana itu amat di sayangi oleh pemilik restoran. Bila tukang masak tiba-tiba berhenti kerja atau berpindah tempat ke restoran lain, pengunjung restoran dapat merasakan kelainan kelazatan masakan.

Cerita-cerita keagungan sepanjang sejarah Islam bersumberkan kelazatan ruhani. Penuh dengan pengorbanan para sahabat (r.anhum), karya-karya dan kesungguhan para ulama, darah syuhada, keadilan para pemimpin, kasih sayang para duat dan kelembutan para guru.

Kelazatan ruhani menjadi sumber kekuatan melaksanakan, mengamalkan apa saja yang di cintai Allah s.w.t dan Rasulullah s.a.w. Laksana puncak syahwat yang kita rasakan pada setiap keintiman fizikal, dan mengajak kita untuk mengulangi lagi dan lagi.

Kelazatan ruhani adalah kurnia Allah kepada dan hanya dirasakan oleh mengamalkan amal. Seorang ahli ibadah mengatakan: “Seandainya para raja mengetahui kelazatan yang kita rasakan dalam ibadah ini mereka pasti akan menyiksa kita untuk merampas kelazatan itu.”

Itulah kelazatan ruhani yang dirasakan Saidina Khalid Al-Walid bila meletus perang, atau Saidina Uthman Al-Affan sewaktu berinfak, atau Saidina Umar Al-Khattab sewaktu menghantar gandum di tengah malam, atau Imam Abu Hanifah sewaktu di kenakan hukuman sebat, atau Badi’uzzaman Sa’id Nursi di penjara, atau Shehu Uthman Dan Fodio melaksanakan keadilan, Umar Al-Mukhtar menghadapi penjajah Itali, atau Imam Syamil melawan Russia atau Tok Janggut menghadapi penjajah di Kelantan atau Syed Qutb menjelang digantung, sekadar menyebut beberapa nama.

Belum dapat merasakan kelazatan ruhani? Beramallah mengikut apa yang telah di ajar oleh Rasulullah dan berdoalah bersungguh-sungguh, mintalah supaya Allah mengurniakan kelazatan ruhani kepada kita.

Belum dapat merasakan kelazatan ruhani bukan bererti meninggalkan amal yang sangat di tuntut daripada kita kini terutama sekali dakwah.

With or without kelazatan ruhani, amal Islami perlu diteruskan. Hujungnya kita sangat-sangatlah mengharapkan Allah akan menjauhkan kita dari nerakaNya dan mengurniakan kita syurgaNya di akhirat. Itulah klimaks kemenangan hidup yang sebenarnya.

Wallahu a’lam.

Rujukan: Tarbawi, Edisi 107 Th 7, Rabi’ul Awwal 1426. Tarbawi Press : Jakarta.

KEARAH DUNIA ADIL & SEJAHTERA

Wednesday, November 16, 2005

JUST DO IT!

Maaflah kerana selalu timbulkan mengenai adab pergaulan dalam Islam. Kalau merasa ragu atau tidak percaya, sila buat kajian sendiri, tetapi berdasarkan sumber-sumber yang muktabar.

Adab pergaulan antara lelaki-perempuan ajnabi (yang dibolehkan berkahwin) adalah salah satu sub-sistem kemasyrakatan – satu aspek yang penting dalam agama kita.

Mahu tidak mahu kita kena menghormati orang perempuan. Sebagai lelaki sepatutnya menjaga kehormatan mereka. Bukan mengambil peluang (exploit) dari kelemahan yang ada pada orang perempuan.

Dalam Islam mudah saja: pergaulan bebas antara lelaki-perempuan bukan mahram adalah haram. Tidak boleh KECUALI selepas nikah.

Bercinta sebelum nikah bukan cara Rasulullah s.a.w. Ada cara Islam utk cari isteri atau suami. Secara ikhlas, cari dan bertanya kepada orang yang tahu mengenai Islam dan kemudian JUST DO IT. Simple.

Jangan buat dosa dalam hendak cari yang halal.

Setiap masa, berfikirlah secara waras menggunakan akal yang sejahtera.

Wallahu ‘alam.

KE ARAH DUNIA ADIL & SEJAHTERA

Tuesday, November 15, 2005

Gunakan segala-galanya untuk menarik rahmat Allah...

Tahniah kerana khabarnya orang bujang sudah membeli kereta. Dulu hanya naik motorsikal. Kereta atau motorsikal sama saja : semoga dapat digunakan untuk membuat amal untuk pahala di akhirat dan elakkan membawa perkara-perkara yang Allah HARAMKAN khususnyanya membawa mak wa (girlfriend/s). Gunakanlah segala-gala yang kita punya untuk menarik rahmat Allah bukan untuk menarik azab Allah.

Diharap dapat bersabar dan menahan nafsu sehinggalah nanti selepas nikah. Selepas nikah, your CAR CAN BECOME YOUR BILIK PENGANTIN yang ada penyaman udara, ada wangian air freshner, dsbnya boleh buat saja yang halal.

Beringatlah dan jagalah sungguh-sungguh agama kita. Kalau sudah suka sangat, berkenan sangat kepada mak wa tersebut, maka di syorkan supaya solat istikharah meminta petunjuk Allah, maka cepatkan urusan nikah... Lepas nikah, semua jadi merdeka dan halal.

Jangan hanya jadi anak kepada orang yang baik-baik, tapi kita sendiri kena menjadi orang baik-baik yang akan melahirkan zuriat yang baik-baik.

Moga menggunakan akal yang sejahtera memahami perkara ini.

Wallahu a'lam.

Monday, November 14, 2005

NAK KAHWIN? OK, TAPI IKUTLAH TATACARA ISLAM

Anakanda yang di sayangi…
Nak kahwin ok, tapi ikutlah tatacara Islam. Baliklah kepada Islam mengikut syariat Rasulullah s.a.w. yang telah berjaya mengatur kehidupan manusia lebih 1400 tahun lalu.

Atas apa alasan pun, haram jumpa girlfriend walaupun nanti dia akan jadi tunang kamu dan kemudiannya menjadi isteri kamu.

Sudah tahu hukumnya tidak di izinkan, nak buat juga, tunggulah keputusan dari ALLAH. Ingatlah kehebatan dan kepandaian kamu terlalu kecil (insignificant) berbanding dengan khazanah Allah. Jangan lupa seluruh kehidupan kita ini bergantung kepada izinNya.

Kalau itulah caranya cari jodoh dengan berkenalan dulu, berjumpa dulu, bercinta dulu, bermesra dulu, berouting ke sana sini dan sebagainya tentu Rasulullah s.a.w. telah tunjukkan kepada kita.

Kena tanya diri sendiri : iman vs nafsu – siapa menang? Mahu letak di mana Islam yang di muliakan?
Kena ingat nak jadi suami, kuat bukan setakat zahir…

Dalam hal-hal sebelum kahwin atau pra nikah kenapa suka sangat ikut sunnah atau perkara-perkara yang di buat oleh ahli maksiat? Pada hal maksiat bererti menderhakai peraturan Allah.

Pada hal, kita disuruh ikutlah sunnah Nabi s.a.w. Sudah tentu BERJAYA di sini (dunia ini) dan di sana (akhirat yang pasti akan tiba).

Wallahu a'lam.

KE ARAH DUNIA ADIL & SEJAHTERA.

Janganlah lupa....Sayang

Success at the expense of faith and family is no success.
Kejayaan dengan mengorbankan iman dan keluarga bukanlah kejayaan sebenarnya.

Usia semakin bertambah, bagaimana iman, akhlak dan amal kita?

Untuk kebahagiaan dalam kehidupan ini yang bila-bila masa boleh ditamatkan, kita sanggup bersusah payah.

Untuk kebahagiaan dalam kehidupan selepas mati yang bila-bila masa boleh bermula, apakah kesungguhan kita untuk bersedia?

KE ARAH DUNIA ADIL & SEJAHTERA

Sajak Akhi oleh Syed Qutb

Syed Qutb (atau disebut juga Sayyid Qutb), salah seorang pejuang besar ummat ini walaupun hanya bertubuh kecil. Beliau bersama sahabat-sahabatnya dari Ikhwanul Muslimun telah di penjarakan pada akhir tahun 1954 oleh Regim Presiden Nasser yang memerintah Mesir pada waktu itu.

Tulisannya yang mencakup memahami Islam secara lebih menyeluruh dalam pemikiran, amalan, aqidah, perilaku, wawasan, jihad dan sikap menyebabkan beliau telah dikenakan hukuman penjara lebih 10 tahun, sehingga akhirnya di kenakan hukuman mati. Apabila hukuman itu disampaikan kepadanya, beliau berkata, “Alhamdulillah. Saya telah melaksanakan jihad selama 15 tahun sehinggalah saya dikurniakan syahid.” (Wright, p. 8)

Sebelum di jatuhkan hukuman gantung, seorang petugas agama seperti biasa mengajarkan beliau supaya boleh menyebutkan kalimah ‘La ilaha illallah’ (bermaksud Tiada tuhan melainkan Allah). Syed Qutb hanya berkata bahawa kerana kalimah ‘La ilaha illallah’ itulah dia dikenakan hukuman mati. Beliau di hukum gantung sampai mati menjelang waktu fajar hari Isnin, 29 Ogos 1966. Beliau tersenyum apabila digantung.

Melalui sajak Akhi (Saudaraku)yang di senandungkan oleh Syed Qutb ketika berada di penjara, seolah-olah ingin mengingatkan kita sebagai pejuang kebenaran sepanjang zaman supaya jangan sekali-kali mengaku kalah. Dalam bahasa mutakhir : Lawan tetap lawan.
Di turunkan di sini terjemahan sajak peninggalan beliau untuk kita bersama-sama hayati:

Akhi

Saudaraku, engkau merdeka di balik tembok itu
Saudaraku, engkau merdeka dengan belenggu itu
Bila engkau jadikan Allah sebagai sandaran
Maka apakah gerangan yang akan memperdayakanmu

Wahai saudaraku, pasukan kegelapan akan binasa
Dan fajar baru akan menyingsing di alam semesta
Lepaskan kerinduan jiwamu
Engkau akan melihat fajar dari jauh telah bersinar

Saudaraku, engkau jangan jemu berjuang
Engkau lemparkan senjata dari bahumu
Siapakah yang akan mengubati luka-luka para mangsa
Dan meninggikan kembali panji-panji jihad?

(Seorang sahabat memberitahu sajak Akhi dalam bahasa Arab di nasyidkan oleh Abu Mazin dan di edarkan oleh Pustaka Salam, Kuala Lumpur sekitar 1985, kalau tidak silap ingatan. Siapa benar-benar tahu? Masih memilikinya?)

Rujukan:
Tarbawi, Edisi 107 Th 7, Rabi’ul Awwal 1426. Tarbawi Press : Jakarta. E-mail: tarbawi@yahoo.com

Ahmed El-Kadi. GREAT MUSLIMS OF THE 20TH CENTURY No. 3 Sayyid Qutb. http://www.icna.org/tm/greatmuslim3.htm

http://www.semp.us/biots/biot_239.html

KEARAH DUNIA ADIL & SEJAHTERA

Friday, October 28, 2005

Cinta Misi : Cinta Dakwah Kita (Love Our Mission)

Cinta kepada dakwah mendorong kita mencintai SEMUA ORANG dan SEMUA TUGAS yang ada di sepanjang jalan menuju misi itu. Disini berkekalan cinta untuk melakukan sesuatu tugas laksana enjin dan bahagian-bahagian lain sesebuah kenderaan: tidak penting siapa penumpangnya.

Saidina Khalid bin Al-Walid mencintai jihad, bukan menikmati saat-saat membunuh orang. Dia mencintai “tugasnya”, kerana itu nescaya untuk mencapai misi
dakwah. Maka dia menikmati kesulitan di jalan itu lebih dari apa pun juga.

Saidina Khalid bin Al-Walid telah berkata, “Berada pada suatu malam yang dingin membeku dalam suatu pertempuran, lebih aku sukai daripada tidur bersama seorang gadis dimalam pengantin”.

Jom ikut contoh sahabat-sahabat besar Rasulullah (r.anhum) di malam-malam akhir Ramadan supaya menjadi bekal sepanjang 11 bulan yang akan datang di medan dakwah dan dunia yang mencabar.

Semoga ummat dan da’ie mencintai misi dakwah, terus istiqamah di atas jalan dakwah dan dunia setakat di dalam poket tetapi hati dipenuhi Kebesaran Allah.

Rujukan: Tarbawi, Edisi 106 Th. 7, Rabi’ul Awwal 1426

KEARAH DUNIA ADIL & SEJAHTERA

Wednesday, October 26, 2005

Selamat Pulun Mencari Lailatul Qadar 1426

(Sayangnya Ramadan semakin menghujung…)

Rasulullah s.a.w. meninggalkan satu sunnah supaya kita bersahur sebelum berpuasa. Oleh itu, lapar tidak menjadi isu yang utama. Yang menjadi isu pokok dalam melaksanakan puasa dan di dalam keseluruhan hidup ini ialah KETAATAN kepada ALLAH mengikut sunnah Rasulullah s.a.w.

KE ARAH DUNIA ADIL & SEJAHTERA

Thursday, October 06, 2005

SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN 1426H & SELAMAT BERPUASA

Puasa Ramadan mengajarkan kita bahawa setiap kita boleh menjadi orang yang MENTAATI ALLAH, kalau kita mahu.

The fasting of Ramadan teaches us that we, whoever we are, can be a person who obeys Allah in our life, if we really want.

KE ARAH DUNIA ADIL & SEJAHTERA

Monday, September 12, 2005

PERUTUSAN KEPADA PELAJAR YANG AKAN MENAMATKAN PENGAJIAN

Anda sekelian akan meninggalkan kampus – di mana jua - tidak lama lagi. Kebanyakan wajah-wajah sekelian mungkin tidak muncul lagi di universiti mana pun kecuali yang bekerja di universiti dan pada masa akan datang menghantar anak meneruskan pengajian di universiti pada suatu masa nanti. Mahu tidak mahu anda akan meninggalkan kampus dengan berbagai kenangan – manis atau sebaliknya – sewaktu berada di kampus. Selamat menjalani kehidupan yang mencabar nun di luar sana.

Ada di antara pelajar yang telah pun mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi di luar negara. Kepada mereka diucapkan tahniah dan pergilah – teruskan pengajianmu disana! Banyak yang boleh di pelajari daripada kehidupan di tempat baru untuk di jadikan sempadan. Kebijaksanaan (hikmah/wisdom) seumpama khazanah milikmu yang hilang, di mana saja kamu menjumpainya, kamu lebih berhak mengambilnya. Cuma ingatlah bahawa dimana saja kita pergi, kita masih berada di dalam alam ciptaan Allah.Oleh itu kita berkewajipan menyusun hidup ini selaras dengan kehendakNya.

Paling tidak kamu 2 atau 3 tahun lebih tua daripada semasa kamu mula menjejaki kampus dulu. Mungkin ada yang merasa masih muda. Hakikatnya ialah umur kita bertambah TUA setiap hari, ertinya baki usia kita di dunia ini bertambah pendek setiap hari. Apakah kita masih lalai dan bermain-main, padahal mati itu tak sebegitu....

Pelajar selalu diperingkatkan supaya menggunakan sebaiknya tempoh di kampus, untuk kecemerlangan akademik disamping menyediakan diri dengan kelengkapan menghadapi kehidupan yang mencabar di luar. Kini anda akan pergi – samada anda bersedia atau tidak. Ada pelajar yang akan pergi meninggalkan kampus ini dengan sekeping Sijil/Diploma/Sarjana Muda/Sarjana atau hatta PhD dalam pengkhususan tertentu. Lebih beruntunglah pelajar yang keluar meninggalkan kampus dengan sekeping Diploma berserta kesungguhan dan ‘commitment’ membaiki diri dan mengajak orang lain bersama menyusun hidup ini selaras dengan cara hidup Islam. Tanyalah dari sendiri, apakah yang yang dilakukan sepanjang 3 atau 4 tahun sudah? Bertambah tua bukan setakat meningkat usia tetapi sepatutnya bertambah matang dalam setiap tindakan dan didalam memahami tujuan hidup ini, membaiki akhlak dan adab supaya sentiasa mencapai keredaan Allah.

Kita dari dahulu, sewajarnya pada peringkat awalnya diperingatkan oleh keluarganya dan ingat-mengingatkan supaya menutup ‘aurat dan menjauhi pergaulan bebas antara lelaki-perempuan tanpa ikatan/hubungan yang sah. Kebaikannya akan balik kepada diri sendiri. Kita sewajarnya berpendirian wanita bukanlah objek mainan/hiburan/iklan. Kadang-kadang kita menjadi terkeliru kerana berdepan dengan siswi yang seolah-olahnya bukan dari kursus yang sama dengan kita tetapi dari kursus peragawati atau modelling bersama-sama kita, menjadikan diri mereka pameran percuma tanpa silu dan sekaligus kampus kita pentas pertunjukan fesyen. Ruginya – diri sendiri. Kaji dan renunglah nescaya anda akan mencapai hakikat bahawa wanita suka mendedahkan tubuhnya bila berpakaian (walaupun memakai apa yang di panggil tudung) dan bergaul bebas dengan lelaki, TIDAK akan menjadi wanita lebih di hormati, TIDAK meninggikan bahkan imej wanita dikalangan lelaki. Pun begitu, kita yang terpelajar di menara gading terikut sama......

Siswi yang sudah bertudung pun jangan merasa sudah cukup. Telitilah semula semula syarat-syarat dalam Islam, nescaya kia akan bertemu bahawa menutup kepala itu cumalah salah satu daripadanya. Banyak lagi syarat-syarat yang perlu dipatuhi dan dipenuhi. Tudung yang singkat menampakkan dada dan tengkuk, yang tidak labuh menutupi dada, tudung yang berwarna-warni, di hias dengan tekat/renda, baju/kain yang ketat, nipis, kain berbelah, make-up di wajah, tidak melabuhkan baju di bawah lutut, dan berseluar panjang yang ketat – ini semua membayangkan kegagalan sipemakai memahami dan tunduk kepada peraturan Tertinggi. Ada yang tewas bila bertembung dengan hal pergaulan lelaki-perempuan antara kita. Beruntunglah mereka yang apabila dengan perkara/suasana yang sia-sia, mereka menjaga kehormatan diri mereka.

Tanggungjawab anda mahu tidak mahu akan bertambah. Ayah, ibu, saudara mara serta jiran-tetangga perlu di layan. Mungkin nanti anda akan berkerja – mencari nafkah hidup, biarlah halal. Akan berkeluarga – bersuami/beristeri, dan kemudian beranak-pinak. Tunaikan tanggungjawab anda sebaiknya. Segala tanggungjawab akan diperiksa pada hari kiamat nanti. Pimpinlah diri, keluarga dan orang lain yang kita sayang kearah syurga. Gunakanlah kedudukan untuk membaiki diri dan orang lain kearah ketaatan. Jangan di jual kesenangan akhirat semata-mata kerana kesenangan dunia yang pastinya lambat-laun akan musnah.

Jangan membangga diri dengan ilmu sekadar Sijil/Diploma/Sarjana Muda/Sarjana atau hatta PhD dalam pengkhususan tertentu. Masih berbagai bidang ilmu yang belum kamu kuasai. Bahkan tidak mungkin menguasai semuanya. Merendah diri dan berkerjasamalah dengan orang lain menjalani hidup ini.

Ingatlah bahawa sehebat manapun kita, hidup ini hujungnya. Kehidupan syurga di akhirat itulah yang lebih baik lagi kekal. Dunia tempat beramal, akhirat tempat balasan. Kejayaan, kebahagiaan dan ketenangan hidup cuma dapat dicapai dengan mentaati perintah Allah mengikut contoh Rasulullah s.a.w.

Berusahalah bersungguh-sungguh untuk menjadi ahli sains atau teknologi yang cekap dan bertanggungjawab kepada Pencipta dan masyarakat.

KE ARAH DUNIA ADIL & SEJAHTERA

** S E M A R A K * R A M A D A N **

SELAMAT DATANG WAHAI RAMADAN YANG DI TUNGGU-TUNGGU
---- BULAN PUASA YANG PENUH BERKAT.

SEMUA ORANG ISLAM DIDALAM DUNIA AKAN MERAYAKAN BESAR-BESARAN DENGAN PESTA ROHANI (SPIRITUAL) SEPERTI AJARAN RASULULLAH s.a.w., LEBIH HEBAT DARI TAHUN-TAHUN SEBELUMNYA.

YA ALLAH....
HIDUPKANLAH PENGHAYATAN SEBENAR RAMADAN DLM DIRI KAMI SEMUA UMAT ISLAM SELAMA-LAMANYA.

JOM KITA SEMARAKKAN R A M A D A N

BERSAMA ISLAM MEMBINA MASYARAKAT & DUNIA