Thursday, January 04, 2007

Jangan jadi DAYUS bila tidak melaksanakan tanggungjawab kita

Peringatan untuk kita semua: Jangan hanya seronok bila ada dan dapat isteri cantik dan/atau perempuan cantik dibawah tanggungjawab atau jagaan kita. Jaga-jaga, jangan menjadi DAYUS menurut pandangan pakar agama bila tidak melaksanakan tanggungjawab kita kerana kita redha dengan maksiat yang mereka lakukan.

Mengikut tafsiran fuqaha', lelaki yang membenarkan perempuan dibawah tanggungjawab atau jagaannya melakukan maksiat/bergaul bebas, atau memperlihatkan kecantikan mereka kepada lelaki bukan muhram sehingga menggoda hawa nafsu mereka adalah lelaki yang DAYUS.

Syarah Sunan An-Nasaie: Dayus itu ialah lelaki yang tiada ghirah (perasaan cemburu) terhadap ahli keluarganya.

Dayus menurut ulama' ialah "Seorang lelaki yang lemah perasaan cemburu (sensitif terhadap maksiat), ia membezakan diantara seorang Islam dari yang lain, dari orang kafir dan dayus yang membenarkan kelucahan dan perkara yang tidak bermoral keatas keluarganya"

Imam Al-Zahabi didalam bab "membenarkan kelucahan keatas ahli keluarganya" mengkelaskan dayus sebagai salah satu dari dosa-dosa besar.
Membenarkan ahli keluarga melakukan maksiat, misalnya tidak menutup aurat, melakukan zina, menonton filem lucah dan sebagainya adalah merupakan sifat-sifat orang dayus. Dengan kata lain, dia langsung tidak mempunyai perasaan cemburu keatas ahli keluarganya diatas maksiat yang mereka lakukan.
Pendayus/lelaki yang dayus akan mendapat balasan di akhirat yakni tidak akan masuk ke syurga dan Allah tidak akan melihat mereka pada hari qiyamat, dan dosanya setaraf org yg menderhaka kepada kedua ibu bapa (Az-Zahabi, Kitabul Kaba'ir).

Dari Abdullah bin Amr bahawa Rasulullah S.A.W bersabda: 3 jenis manusia yg Allah haramkan mereka masuk ke syurga iaitu peminum khamar, penderhaka kepada ibubapa dan pendayus yang membenarkan ahli keluarganya melakukan maksiat (Hadith riwayat Imam Ahmad).

Dari Abdullah R.A bahawa Rasulullah S.A.W bersabda: 3 orang tidak akan masuk ke syurga dan Allah tidak akan memandang mereka penderhaka kpd kedua ibubapa, perempuan yang menyerupai lelaki dan pendayus (Hadith riwayat Imam Ahmad).

Dari Abdullah dari ayahnya berkata, bahawa Rasulullah S.A.W bersabda: Allah `Azza wa jalla tidak melihat 3 golongan di hari qiyamat iaitu penderhaka kpd kedua ibu bapa, perempuan yang menyerupai lelaki dan pendayus (Hadith riwayat An-Nasaie).

Dari Abu Hurairah ra., sabda Nabi saw : Sesungguhnya Allah cemburu dan orang mukmin juga cemburu, sesungguhnya cemburu Allah didatangkan kepada orang mukmin dengan apa yang diharamkan keatasnya (hadith riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Orang yang tidak ada perasaan cemburu keatas apa yang Allah larang keatas orang dibawah jagaannya dikatakan seorang yg dayus. Mereka disifatkan tidak mempunyai perasaan sensitif langsung dengan hukum-hukum moral dalam syariat Islam yg seharusnya dijaga keatas ahli-keluarganya.

Jaga-jaga, di dalam kita berseronok suka dengan isteri, jangan jadi DAYUS di sisi Allah.

Rujukan: tabirhati http://s7.invisionfree.com/Kampung/ar/t2103.htm

Kearah Dunia Adil & Sejahtera

No comments: