Friday, December 04, 2009

Belajarlah kerana Allah dan membantu kemajuan Islam

Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Sesiapa yang keluar untuk menuntut ilmu, maka dia dalam keadaan berjuang (berjihad) ke jalan Allah sehingga dia pulang (HR Tarmizi).

Ertinya kalau dia meninggal dunia ketika dia masih berusaha untuk menambahkan ilmu pengetahuannya, maka dia dikira sebagai mati di jalan Allah, iaitu mati SYAHID. Cuma bezanya ialah dia perlu dimandikan, dikafankan dan disolatkan.

Sesiapa pun yang terpilih untuk mati SYAHID akan mendapat kemuliaan di sisi Allah. Ini satu keuntungan yang besar bagi mereka yang terus menambahkan ilmu pengetahuan untuk kebaikan dirinya, keluarganya dan masyarakat Islam seluruhnya. Sama ada ilmu itu ilmu teras iaitu ilmu agama per se @ fardhu ‘ain dan/atau ilmu alat @ fardhu kifayah asalkan tujuannya kerana Allah dan membantu masyarakat Islam untuk maju.

Selamat belajar, selamat menguasai ilmu dan selamat skor. 
Anda BOLEH melakukannya.

Rujukan: Ahmad Haris Suhaimi (B. Syariah (Kuwait), M.A. Syariah,Mesir) (2007). BAGAIMANA MENDAPAT PAHALA HIDUP 7000 TAHUN! Singapura : HRs Consultant. muka surat 242-247.


No comments: