Wednesday, July 06, 2011

Pesan Syeikh Hamka kepada kita

Taqwa kepada Allah hendaknya usaha sendiri-sendiri. Jangan menggantungkan harapan kerana bertali kekeluargaan dengan orang lain, walaupun dengan ayah, walaupun dengan anak.

Tidaklah kamu akan lama tinggal di sini. Meskipun engkau mendapat kedudukan yang baik pada zahirnya dalam dunia ini, namun jika tidak ada bekal taqwa kepada Allah untuk dibawa ke akhirat, percumalah kemegahan dunia.

Sumber: Tafsir Al-Azhar, Prof Dr Haji Abdul Malik Abdul Karim Amrullah (Hamka), 1988. PT Pustaka Panjimas : Jakarta. Juzuk 21, Surah Luqman : Ayat 33, muka surat 149 & 150.

Semoga kita boleh mengamakannya dan menyampaikan kepada orang lain.

No comments: