Monday, May 13, 2013

Kita TOLAK perkauman di Malaysia

Membaca akhbar-akhbar arus perdana yang masih mengipas api perkauman. Pemimpin-pemimpin masih meratibkan ancaman kaum Cina ke atas orang melayu.

Saya fikir kita semua kena menyumbang untuk meredakan ketegangan ini. Apapun pandangan kita terhadap apa yang berlaku tidak ada siapa yang waras di negara ini yang mahupun ketegangan kaum melanda negara ini. Ia wajib dijauhi bukan semata-mata untuk memastikan kestabilan ekonomi dan politik bahkan menjaga hubungan dan memelihara kemuliaan insan.

Saya bawa perhatian rakan-rakan FB kepada seorang tokoh yang tersohor bukan sahaja di negara kita bahkan di seluruh dunia. Tokoh itu ialah Zheng He (sebutan kita Cheng Ho) dan nama penuh beliau ialah Muhammad Zheng He yang diangkat oleh Maharaja Yong Le (sebutan kita Yung Lo) sebagai admiral. Tugas beliau ialah untuk menjalankan misi-misi diplomatik ke negara-negara Laut Selatan dan memperkenalkan negara Cina sebagai paksi dunia. Meskipun China sebuah kuasa besar dunia namun dasar negara Tiongkok pada waktu itu ialah untuk menjalin hubungan diplomasi sekaligus menjadi pelindung kepada negara-negara tetangga dan jauh. Misi diplomasi yang tidak kurang dari 9 kali ini menyaksikan satu armada yang disertai oleh 28,000 kelasi dan diketuai oleh Admiral Muhammad Zheng He di atas kapal induk 'The treasure Ship'. 

Apa yang ingin saya tekankan ialah hubungan asal di antara bangsa melayu dan kaum Cina tidak bermula dengan sistem Kuangchu di mana British membawa masuk buruh-buruh dari SinKiang tetapi bermula sejak awal pengislaman Parameswara. hubungan itu bukan sekadar hubungan ekonomi atau atau diplomasi tetapi hubungan yang dipertautkan oleh ikatan persaudaraan Islam.

Ini antara beberapa fakta tentang Zheng He

1. Zheng He (Cheng Ho) dilahirkan di dalam keluarga muslim yang taat. Ibu, ayah dan datoknya telah menyempurnakan ibadah haji. 

Cheng Ho dibesarkan sebagai seorang muslim yang taat. Beliau dikatakan pulang ke kampung kelahirannya pada 7 Disember 1411 selepas ekspedisi ke tiga beliau untuk menziarahi kubur ayahandanya di samping menjalani ibadah puasa selama sebulan pada bulan Ramadan di sana. Beliau dikatakan hanya pulang selepas Eid-ul-fitr. Lihat Baojun, Yusuf L., 2004.Admiral Zheng He (1371-1434) The Great Muslim Envoy of China. Malaysia Inst. Of Historical and Patriotisme Studies (IKSEP), Melaka . Hlm. 47.

2. Sebelum berangkat dalam misi-misi beliau dikatakan mengerjakan sembahyang berjemaah bersama anggota-anggota rombongannya. Satu sumber sejarah menyebut bilangan anggota rombongannya ialah seramai 27,500 orang dan sebahagian besar dari mereka adalah muslim. Pembantu beliau (vice admiral) bernama 'Hoe Hsein' iaitu sebutan Hussein dalam bahasa Cina.
Ini dilaporkan semasa Cheng Ho mengepalai pelayaran yang keempat yang terdiri dari 63 buah kapal. Beliau telah bersembahyang jemaah dengan semua anggota rombongannya di Masjid Raya di San Shan Chih, Nanking. Lihat Ibrahim (hj.) Tien Ying Ma, Perkembangan Islam di Tiongkok. hlm.  148.

3. Catatan tentang Mekah boleh dirujuk dalam catatan Fei Hsin juru tulis Cheng Ho yang berjudul Tsing Cha Sheng Lan di mana Mekah dirujuk sebagai Tien Fang yang bermaksud ‘Ka’abah’. Beberapa orang ahli sejarah mendakwa Cheng Ho sempat mengerjakan haji dan umrah dalam salah satu dari misi pelayarannya. Namun yang sebenarnya hajat beliau tidak kesampaian walaupun beliau sangat kepingin untuk menziarahi tanah suci. 

Ini adalah berdasarkan kepada cerita lisan  dari keturunan ke 19 anak saudara angkat Cheng Ho yang bernama Tseng Tsi Hai. Katanya ‘Satu penyesalan Zheng He ialah hasratnya ke tanah suci tidak kesampaian’. Beliau meninggal dunia dalam misi pelayarannya yang terakhir iaitu pada tahun 1433. Setahun sebelumnya ketika beliau uzur beliau telah mengirim tujuh orang anggota ternasuk Ma Huan berkunjung ke Mekah.  Lihat Yuangzhi, K., 2000. Pelayaran Zheng He dan Alam Melayu, Penerbit Univ. Kebangsaan Malaysia. 

(Kesemua fakta-fakta ditulis dengan lengkap dalam buku saya Jejak Risalah di Nusantara Jilid 1 - Zaman Pra Islam hingga Era Pelayaran Muhammad Cheng Ho).

Saya sertakan gambar Masjid Tengkera di sini. apa hubungannya tradisi pembinaan masjid mengikut senibina Cina dan Parameswara serta Maharaja Yong Le - InsyaAllah saya akan sambung bila ada kesempatan.

Saya bawa perhatian rakan-rakan FB kepada seorang tokoh yang tersohor bukan sahaja di negara kita bahkan di seluruh dunia. Tokoh itu ialah Zheng He (sebutan kita Cheng Ho) dan nama penuh beliau ialah Muhammad Zheng He yang diangkat oleh Maharaja Yong Le (sebutan kita Yung Lo) sebagai admiral. Tugas beliau ialah untuk menjalankan misi-misi diplomatik ke negara-negara Laut Selatan dan memperkenalkan negara Cina sebagai paksi dunia. Meskipun China sebuah kuasa besar dunia namun dasar negara Tiongkok pada waktu itu ialah untuk menjalin hubungan diplomasi sekaligus menjadi pelindung kepada negara-negara tetangga dan jauh. Misi diplomasi yang tidak kurang dari 9 kali ini menyaksikan satu armada yang disertai oleh 28,000 kelasi dan diketuai oleh Admiral Muhammad Zheng He di atas kapal induk 'The Treasure Ship'.

Apa yang ingin saya tekankan ialah hubungan asal di antara bangsa melayu dan kaum Cina tidak bermula dengan sistem Kuangchu di mana British membawa masuk buruh-buruh dari SinKiang tetapi bermula sejak awal pengislaman Parameswara. hubungan itu bukan sekadar hubungan ekonomi atau atau diplomasi tetapi hubungan yang dipertautkan oleh ikatan persaudaraan Islam.

Ini antara beberapa fakta tentang Zheng He

1. Zheng He (Cheng Ho) dilahirkan di dalam keluarga muslim yang taat. Ibu, ayah dan datoknya telah menyempurnakan ibadah haji.

Cheng Ho dibesarkan sebagai seorang muslim yang taat. Beliau dikatakan pulang ke kampung kelahirannya pada 7 Disember 1411 selepas ekspedisi ke tiga beliau untuk menziarahi kubur ayahandanya di samping menjalani ibadah puasa selama sebulan pada bulan Ramadan di sana. Beliau dikatakan hanya pulang selepas Eid-ul-fitr. Lihat Baojun, Yusuf L., 2004.Admiral Zheng He (1371-1434) The Great Muslim Envoy of China. Malaysia Inst. Of Historical and Patriotisme Studies (IKSEP), Melaka . Hlm. 47.

2. Sebelum berangkat dalam misi-misi beliau dikatakan mengerjakan sembahyang berjemaah bersama anggota-anggota rombongannya. Satu sumber sejarah menyebut bilangan anggota rombongannya ialah seramai 27,500 orang dan sebahagian besar dari mereka adalah muslim. Pembantu beliau (vice admiral) bernama 'Hoe Hsein' iaitu sebutan Hussein dalam bahasa Cina.
Ini dilaporkan semasa Cheng Ho mengepalai pelayaran yang keempat yang terdiri dari 63 buah kapal. Beliau telah bersembahyang jemaah dengan semua anggota rombongannya di Masjid Raya di San Shan Chih, Nanking. Lihat Ibrahim (hj.) Tien Ying Ma, Perkembangan Islam di Tiongkok. hlm. 148.

3. Catatan tentang Mekah boleh dirujuk dalam catatan Fei Hsin juru tulis Cheng Ho yang berjudul Tsing Cha Sheng Lan di mana Mekah dirujuk sebagai Tien Fang yang bermaksud ‘Ka’abah’. Beberapa orang ahli sejarah mendakwa Cheng Ho sempat mengerjakan haji dan umrah dalam salah satu dari misi pelayarannya. Namun yang sebenarnya hajat beliau tidak kesampaian walaupun beliau sangat kepingin untuk menziarahi tanah suci.

Ini adalah berdasarkan kepada cerita lisan dari keturunan ke 19 anak saudara angkat Cheng Ho yang bernama Tseng Tsi Hai. Katanya ‘Satu penyesalan Zheng He ialah hasratnya ke tanah suci tidak kesampaian’. Beliau meninggal dunia dalam misi pelayarannya yang terakhir iaitu pada tahun 1433. Setahun sebelumnya ketika beliau uzur beliau telah mengirim tujuh orang anggota ternasuk Ma Huan berkunjung ke Mekah. Lihat Yuangzhi, K., 2000. Pelayaran Zheng He dan Alam Melayu, Penerbit Univ. Kebangsaan Malaysia.

(Kesemua fakta-fakta ditulis dengan lengkap dalam buku saya Jejak Risalah di Nusantara Jilid 1 - Zaman Pra Islam hingga Era Pelayaran Muhammad Cheng Ho).

Saya sertakan gambar Masjid Tengkera di sini. apa hubungannya tradisi pembinaan masjid mengikut senibina Cina dan Parameswara serta Maharaja Yong Le - InsyaAllah saya akan sambung bila ada kesempatan.

Di bawah: Masjid Cheng Ho, Surabaya.
Kenangan jaulah  ke masjid cheng ho surabaya

No comments: