Monday, September 12, 2005

PERUTUSAN KEPADA PELAJAR YANG AKAN MENAMATKAN PENGAJIAN

Anda sekelian akan meninggalkan kampus – di mana jua - tidak lama lagi. Kebanyakan wajah-wajah sekelian mungkin tidak muncul lagi di universiti mana pun kecuali yang bekerja di universiti dan pada masa akan datang menghantar anak meneruskan pengajian di universiti pada suatu masa nanti. Mahu tidak mahu anda akan meninggalkan kampus dengan berbagai kenangan – manis atau sebaliknya – sewaktu berada di kampus. Selamat menjalani kehidupan yang mencabar nun di luar sana.

Ada di antara pelajar yang telah pun mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi di luar negara. Kepada mereka diucapkan tahniah dan pergilah – teruskan pengajianmu disana! Banyak yang boleh di pelajari daripada kehidupan di tempat baru untuk di jadikan sempadan. Kebijaksanaan (hikmah/wisdom) seumpama khazanah milikmu yang hilang, di mana saja kamu menjumpainya, kamu lebih berhak mengambilnya. Cuma ingatlah bahawa dimana saja kita pergi, kita masih berada di dalam alam ciptaan Allah.Oleh itu kita berkewajipan menyusun hidup ini selaras dengan kehendakNya.

Paling tidak kamu 2 atau 3 tahun lebih tua daripada semasa kamu mula menjejaki kampus dulu. Mungkin ada yang merasa masih muda. Hakikatnya ialah umur kita bertambah TUA setiap hari, ertinya baki usia kita di dunia ini bertambah pendek setiap hari. Apakah kita masih lalai dan bermain-main, padahal mati itu tak sebegitu....

Pelajar selalu diperingkatkan supaya menggunakan sebaiknya tempoh di kampus, untuk kecemerlangan akademik disamping menyediakan diri dengan kelengkapan menghadapi kehidupan yang mencabar di luar. Kini anda akan pergi – samada anda bersedia atau tidak. Ada pelajar yang akan pergi meninggalkan kampus ini dengan sekeping Sijil/Diploma/Sarjana Muda/Sarjana atau hatta PhD dalam pengkhususan tertentu. Lebih beruntunglah pelajar yang keluar meninggalkan kampus dengan sekeping Diploma berserta kesungguhan dan ‘commitment’ membaiki diri dan mengajak orang lain bersama menyusun hidup ini selaras dengan cara hidup Islam. Tanyalah dari sendiri, apakah yang yang dilakukan sepanjang 3 atau 4 tahun sudah? Bertambah tua bukan setakat meningkat usia tetapi sepatutnya bertambah matang dalam setiap tindakan dan didalam memahami tujuan hidup ini, membaiki akhlak dan adab supaya sentiasa mencapai keredaan Allah.

Kita dari dahulu, sewajarnya pada peringkat awalnya diperingatkan oleh keluarganya dan ingat-mengingatkan supaya menutup ‘aurat dan menjauhi pergaulan bebas antara lelaki-perempuan tanpa ikatan/hubungan yang sah. Kebaikannya akan balik kepada diri sendiri. Kita sewajarnya berpendirian wanita bukanlah objek mainan/hiburan/iklan. Kadang-kadang kita menjadi terkeliru kerana berdepan dengan siswi yang seolah-olahnya bukan dari kursus yang sama dengan kita tetapi dari kursus peragawati atau modelling bersama-sama kita, menjadikan diri mereka pameran percuma tanpa silu dan sekaligus kampus kita pentas pertunjukan fesyen. Ruginya – diri sendiri. Kaji dan renunglah nescaya anda akan mencapai hakikat bahawa wanita suka mendedahkan tubuhnya bila berpakaian (walaupun memakai apa yang di panggil tudung) dan bergaul bebas dengan lelaki, TIDAK akan menjadi wanita lebih di hormati, TIDAK meninggikan bahkan imej wanita dikalangan lelaki. Pun begitu, kita yang terpelajar di menara gading terikut sama......

Siswi yang sudah bertudung pun jangan merasa sudah cukup. Telitilah semula semula syarat-syarat dalam Islam, nescaya kia akan bertemu bahawa menutup kepala itu cumalah salah satu daripadanya. Banyak lagi syarat-syarat yang perlu dipatuhi dan dipenuhi. Tudung yang singkat menampakkan dada dan tengkuk, yang tidak labuh menutupi dada, tudung yang berwarna-warni, di hias dengan tekat/renda, baju/kain yang ketat, nipis, kain berbelah, make-up di wajah, tidak melabuhkan baju di bawah lutut, dan berseluar panjang yang ketat – ini semua membayangkan kegagalan sipemakai memahami dan tunduk kepada peraturan Tertinggi. Ada yang tewas bila bertembung dengan hal pergaulan lelaki-perempuan antara kita. Beruntunglah mereka yang apabila dengan perkara/suasana yang sia-sia, mereka menjaga kehormatan diri mereka.

Tanggungjawab anda mahu tidak mahu akan bertambah. Ayah, ibu, saudara mara serta jiran-tetangga perlu di layan. Mungkin nanti anda akan berkerja – mencari nafkah hidup, biarlah halal. Akan berkeluarga – bersuami/beristeri, dan kemudian beranak-pinak. Tunaikan tanggungjawab anda sebaiknya. Segala tanggungjawab akan diperiksa pada hari kiamat nanti. Pimpinlah diri, keluarga dan orang lain yang kita sayang kearah syurga. Gunakanlah kedudukan untuk membaiki diri dan orang lain kearah ketaatan. Jangan di jual kesenangan akhirat semata-mata kerana kesenangan dunia yang pastinya lambat-laun akan musnah.

Jangan membangga diri dengan ilmu sekadar Sijil/Diploma/Sarjana Muda/Sarjana atau hatta PhD dalam pengkhususan tertentu. Masih berbagai bidang ilmu yang belum kamu kuasai. Bahkan tidak mungkin menguasai semuanya. Merendah diri dan berkerjasamalah dengan orang lain menjalani hidup ini.

Ingatlah bahawa sehebat manapun kita, hidup ini hujungnya. Kehidupan syurga di akhirat itulah yang lebih baik lagi kekal. Dunia tempat beramal, akhirat tempat balasan. Kejayaan, kebahagiaan dan ketenangan hidup cuma dapat dicapai dengan mentaati perintah Allah mengikut contoh Rasulullah s.a.w.

Berusahalah bersungguh-sungguh untuk menjadi ahli sains atau teknologi yang cekap dan bertanggungjawab kepada Pencipta dan masyarakat.

KE ARAH DUNIA ADIL & SEJAHTERA

** S E M A R A K * R A M A D A N **

SELAMAT DATANG WAHAI RAMADAN YANG DI TUNGGU-TUNGGU
---- BULAN PUASA YANG PENUH BERKAT.

SEMUA ORANG ISLAM DIDALAM DUNIA AKAN MERAYAKAN BESAR-BESARAN DENGAN PESTA ROHANI (SPIRITUAL) SEPERTI AJARAN RASULULLAH s.a.w., LEBIH HEBAT DARI TAHUN-TAHUN SEBELUMNYA.

YA ALLAH....
HIDUPKANLAH PENGHAYATAN SEBENAR RAMADAN DLM DIRI KAMI SEMUA UMAT ISLAM SELAMA-LAMANYA.

JOM KITA SEMARAKKAN R A M A D A N

BERSAMA ISLAM MEMBINA MASYARAKAT & DUNIA