Friday, June 29, 2007

Taat & Maksiat: Susah Payah Kita

Susah payah kita untuk melakukan ketaatan, ada ganjaran kebaikan dari sisi Allah.
Susah payah kita untuk melakukan (merancang, mengatur, melaksana) maksiat akan menjadi punca derita dan penyesalan di hari akhirat.

Kearah Dunia ADIL & SEJAHTERA

Thursday, June 28, 2007

Kemuliaan dan Kebahagiaan Kita


Di mana saja kemuliaan dan kebahagiaan manusia termasuk diri kita terletak diatas ketaatan kita kepada perintah Allah mengikut cara Rasullullah sa.w.

Bila-bila masa pun, aksi itu bukti. Laksanakanlah ketaatan. Janganlah mencari alasan untuk tidak taat.

Kearah Dunia ADIL & SEJAHTERA

Wednesday, June 27, 2007

BERDAKWAH TUGAS KITA UMAT ISLAM SELURUHNYA

Setiap kita kena berdakwah untuk mengajak setiap manusia kepada Islam.
Islam itu agama dakwah seperti Rasulullah pernah lakukan. Kita pun mesti berdakwah.

Kekuatan kita dan ummat Islam zaman berzaman terletak di atas kesungguhan kita BERDAKWAH untuk menyelamatkan orang dari azab Allah..

Apabila kita tidak buat DAKWAH, dan sibuk dengan MENCARI harta dunia....maka agama-agama lain akan datang termasuk Kristian dan agama sesat yang baru timbul dan menyesatkan manusia.

Sebenarnya agama Kristian itu agama yang sudah habis tempoh laku (expiry date). Tetapi kerana pendakwah-pendakwah Kristian tekun dan bersungguh-sungguh melaksanakan dakwahnya, agama itu seolah-olahnya nampak lebih hebat dari Islam.

Nabi Isa a.s adalah salah seorang Nabi daripada Nabi-Nabi yang di hantar oleh Allah s.w.t. untuk memimpin manusia kepada Kebenaran. Nabi Isa a.s. sebagai Nabi yang mencapai tingkat yang mulia Ulul Azmi dan Baginda tidak mengaku pernah dirinya Tuhan. Nabi Muhammad s.a.w. adalah Nabi dan Rasul yang terakhir yang di utuskan kepada umat manusia.

Ingatlah bahawa Nabi Isa s.a pernah mengingatkan pengikutnya seperti yang telah di nyatakan dalam Quran (Al Saff, 61:6), terjemahnya, "... Nabi 'Isa ibni Maryam berkata: 'Wahai Bani Isra'il, sesungguhnya aku ini Pesuruh Allah kepada kamu, mengesahkan kebenaran Kitab yang diturunkan sebelumku, iaitu Kitab Taurat, dan memberikan berita gembira dengan kedatangan seorang Rasul yang akan datang kemudian daripdaku - bernama: Ahmad' ".

Allah Subhanahu Wataala telah berfirman dalam surah Ali ‘Imran ayat 19, terjemahannya :Sesungguhnya agama yang diredhai di sisi Allah hanyalah agama Islam.

Firman Allah Subhanahu Wataala lagi dalam surah Al-Maa-idah ayat 3, terjemahannya :
Pada hari ini, aku telah sempurnakan bagi kamu Agama kamu, dan aku telah cukupkan nikmatku kepada kamu dan aku telah redhakan Islam itu menjadi agama untuk kamu.

Dari ayat-ayat tersebut jelas menerangkan bahawa agama Islam adalah satu-satunya agama yang diredhai Allah Subhanahu Wataala yang membawa kesejahteraan di dunia dan di akhirat. Agama Islam yang dibawa oleh junjungan besar Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam adalah cukup sempurna dan telah berjaya mengubah jiwa dan fikiran orang-orang jahiliah, mengeluarkan mereka daripada alam kejahilan kepada alam yang penuh bertamadun dan menjadi orang-orang soleh.

Apabila kita cuma amalkan Islam sendiri-sendiri bukan berjemaah seperti di amalkan oleh Rasulullah s.a.w. dan pra sahabatnya r.a. selagi itulah Kristianisasi akan menyerang kita lagi dan lagi...

Kita kena melihat dakwah sebagai tugas terhormat untuk kita semua menjadi mulia di sisi Allah.
Berdakwahlah jangan tak buat...untuk kesejahteraan kita di sini & di akhirat nanti.

Just DO it....