Monday, September 04, 2006

Apa yang boleh kita pelajari dari Peperangan Lubnan 2006?

Peperangan Lubnan 2006 telah memberikan dimensi baru kepada masyarakat dunia mengenai rejim Zionis Israel.

Rejim Zionis yang selama ini dilihat sebagai kuasa terhebat di rantau Asia Barat lewat kejatuhan Iraq, kini tidak lagi digeruni oleh lawan-lawan mereka. Tentera "keempat" terkuat di dunia yang mereka miliki ternyata tidak mampu untuk menyaingi kehebatan Hizbullah yang mempunyai kelengkapan persenjataan yang jauh lebih lemah daripada mereka.

Peperangan tersebut juga telah membuktikan kepada kita bahawa angka yang besar tidak semestinya hebat, tetapi PERSIAPAN, STRATEGI, DISIPLIN, PERANCANGAN, KEIMANAN YANG TINGGI dan JAYA JUANG YANG TIDAK KENAL HENTI, ITULAH FORMULA KEMENANGAN. Hizbullah telah membuktikannya, dan mungkin kita juga bakal menyaksikan perkara yang sama di bumi Palestin pula.

Bak kata Syed Hassan Nasrullah: "Israel which has both nuclear weapons and the strongest air force in the region, is weaker than a spider's web"

Benarlah maksud firman Allah: Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan apa sahaja yang kamu sanggupi dan dari kuda-kuda yang ditambat untuk berperang (yang dengan persiapan itu) kamu menggentarkan musuh Allah, musuhmu dan orang-orang selain mereka yang kamu tidak mengetahuinya, sedang Allah mengetahuinya. Apa sahaja yang kamu nafkahkan pada jalan Allah nescaya akan dibalas dengan cukup kepadamu dan kamu tidak akan dianiayai (dirugikan)(Qur'an, Al Anfal:59).

Dan benarlah maksud firman Allah: Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beruntung (Qur'an, Ali Imran:200).

Kita hanya perlu lakukan yang terbaik dan termampu dari segi PERSIAPAN, STRATEGI, DISIPLIN, PERANCANGAN, KEIMANAN YANG TINGGI dan JAYA JUANG YANG TIDAK KENAL HENTI. Jom kita laksanakannya bersama-sama.

Sumber: Maszlee Malik, Menyingkap rahsia kekuatan Hizbullah, http://palestinkini.info/modules.php?name=News&file=article&sid=1247