Thursday, May 31, 2012

HEALTHY JUICES



HEALTHY JUICES:~

>>Carrot + Ginger + Apple - Boost and cleanse our system.

>>Apple + Cucumber + Celery - Prevent cancer, reduce cholesterol, and eliminate stomach upset and headache.

>>Tomato + Carrot + Apple - Improve skin complexion and eliminate bad breath.

>>Bitter gourd + Apple + Milk - Avoid bad breath and reduce internal body heat.

>>Orange + Ginger + Cucumber - Improve Skin texture and moisture and reduce body heat.

>>Pineapple + Apple + Watermelon - To dispel excess salts, nourishes the bladder and kidney.

>>Apple + Cucumber + Kiwi - To improve skin complexion.

>>Pear & Banana - regulates sugar content.

>>Carrot + Apple + Pear + Mango - Clear body heat, counteracts toxicity, decreased blood pressure and fight oxidization .

>>Honeydew + Grape + Watermelon + Milk - Rich in vitamin C + Vitamin B2 that increase cell activity and str engthen body immunity.

>>Papaya + Pineapple + Milk - Rich in vitamin C, E, Iron. Improve skin complexion and metabolism.

>>Banana + Pineapple + Milk - Rich in vitamin with nutritious and prevent constipation

SHARE WITH YOUR LOVED ONES!



Source: www.facebook.com/PrasadSrinivas2

Dr Asri: Royalties not divine or above criticism


Asri: Royalties not divine or above criticism

Harakahdaily,31 May 2012
May 31: Members of the royalty are human beings too and not above criticism. This is the view of former Perlis mufti Dr Asri Zainul Abidin in his reaction to reports that former Perak Menteri Besar Nizar Jalaluddin would be investigated for airing his opinion about paying a hefty sum for car number plates.

"If the behaviour and actions of royalties cannot be questioned, we are only deifying them and subjugating ourselves," Asri (right) said in a posting on Twitter.

Asri however added that this applied to all situations and his comments were not specific to the controversy surrounding Nizar's tweets questioning the RM520,000 spent to secure ownership of the car registration number 'WWW1'.

The Road Transport Department (JPJ) on Monday revealed that the Sultan of Johor's bid for the number was the highest, alongside bids for other 'popular' numbers under the 'WWW' series. Another monarch, the present Yang DiPertuan Agong, settled for the number 'WWW5' for a steep RM220,000.

Amidst reactions among netizens describing such purchase as 'wasteful', Nizar had twitted that the RM520,000 would have been better used to help the poor in the state. This invited a strong reaction from the crown prince of Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, who justified the price of the number by saying that his family members had never taken "any money from the government".

Nizar (left) had since clarified that his comments were his personal view and not directed at anyone.

"That is merely my view as a citizen who observes the situation in this country, where many still live in poverty and need attention," Nizar reportedly said.

However, Johor police yesterday rushed to form a task force to investigate him for sedition, saying it was to "ensure justice".

The speed in which the Johor police acted upon the complaints against Nizar has also drawn flak, with comments by netizens on the country's high crime rate they said the authorities had failed to tackle.

Johor, a largely rural state, has one of the highest crime rates in the country, and often came out in the top three of states with most number of crimes, alongside other more urban states in the Klang Valley such as Kuala Lumpur and Selangor. In the past, negative remarks about the state's high crime rate had riled up local police and UMNO politicians.


Ulasan: JIKA GOLONGAN RAJA ITU TIDAK BOLEH DIPERTIKAIKAN TINDAKAN DAN PERANGAI MEREKA, BERERTI RAKYAT MEMPERTUHANKAN MEREKA DAN MENGHAMBAKAN DIRI (Rujuk www.facebook.com/photo.php?fbid=371668712882697&set=a.310968618952707.67527.310631758986393&type=1&theater). TQ Ustaz kerana mencerahkan suasana.

Tuesday, May 29, 2012

Indahnya Pahala Menahan Marah..


Bismillah.

✿ Indahnya Pahala Menahan Marah..✿

"Siapa yang menahan marah, padahal ia boleh melepaskan kemarahannya, maka kelak pada hari kiamat, Allah akan memanggilnya di depan sekalian makhluk. Kemudian, disuruhnya memilih bidadari sekehendaknya." (HR. Abu Dawud - At-Tirmidzi)

Sesungguhnya menahan diri dari marah adalah sifat muttakin dan balasannya di sisi Allah adalah balasan orang-orang yang bertakwa. Dan Allah memberi jaminan kepada orang yang berjaya menahan kemarahan ini dengan memberi keutamaan di hari akhirat untuk memiki syurga yang dia mahu, berdasarkan dalil hadis:

‘Sesiapa yang dapat menahan dari kemarahan dan ia berjaya menghilangkannya di hari kiamat kelak Allah memberi keutamaan dari sekalian makhluk sehingga ia memilih mana-mana pintu syurga yang ia mahu’. (HR.Al-Bukhari)

Adakalanya, Rasulullah S.A.W. juga marah. Namun, marahnya tidak melampaui batas kemuliaan. Itu pun ia lakukan bukan karena masalah pribadi melainkan karena kehormatan agama Allah. Rasulullah S.A.W. bersabda, "Memaki-maki orang muslim adalah fasik (dosa),dan memeranginya adalah kufur (keluar dari Islam)." (HR.Bukhari)
Sabdanya pula, "Bukanlah seorang mukmin yang suka mencela, pengutuk, kata-katanya keji dan kotor." (HR. At-Tirmidzi)

Dari pengajaran hadis ini sama samalah kita bersabar dan memberi kemaafan kepada orang lain kerana kemaafan itu lebih tinggi martabatnya dari menahan kemarahan. Namun demikian orang yang berjaya menahan diri dari marah ini sudah tentu ada padanya sifat pemaaf dan ihsan pada orang lain. Jiwa orang yang berjaya menahan marah juga sunyi dari sifat dendam, iri hati, dengki dan talam dua muka. Sifat-sifat buruk inilah yang menyebabkan seseorang itu tidak berjaya di akhirat, walaupun semasa hayatnya merupakan orang yang soleh dan taat kepada perintah Allah dan Rasul-Nya.

Maka dengan ini sama-samalah kita berdoa agar dijauhi sifat-sifat sedemikian, dengan doanya:

‘Ya Allah! Jadikanlah kami dari golongan orang-orang yang dapat menahan kemarahan mereka, dan jadikanlah kami orang orang yang suka memberi kemaafan dan perdamaian. Kategorikanlah kami bersama orang-orang yang beramal dengan mengikut apa yang diperintah oleh Allah, mengikuti penghulu segala nabi-nabi dan rasul-rasul iaitulah penghulu kami Muhammad S.A.W
Ya Allah! terimakanlah doa kami.’Aamiin..

Terima kasih, fb  Mohd Nor Affan

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=379220995459304&set=a.104068322974574.2533.100001142216673&type=1&theater

Friday, May 25, 2012

Surat Dr Maszlee Malik kepada Dato' Dr Hasan Ali

Surat Dr Maszlee Malik kepada Dato' Dr Hasan Ali

Assalamualaikum w.b.t.

YB Dato’ Dr Hasan Ali yang saya hormati,

Saya kira tidak perlulah saya perkenalkan diri saya memandangkan Dato merupakan tokoh dan sahabat yang saya kagumi. Saya kira, Dato’ juga tetap menganggap saya sebagai kenalan rapat Dato’ sekeluarga.

Secara ikhlas, saya mula mengkagumi Dato’ sebagai motivator semenjak saya di bangku sekolah lagi, sehinggalah Dato’ menceburkan diri ke dalam bidang politik.

Walau bagaimanapun kekaguman saya tidaklah menjadi penghalang untuk saya menyatakan sedikit pandangan terhadap pendirian Dato’ mutakhir ini berdasarkan neraca ilmu dan keadilan. Kesedaran bahawa apa yang telah Dato’ lemparkan kepada mantan parti Dato’ sendiri, iaitu PAS, di dalam kenyataan-kenyataan Dato’ di media dan juga lewat ceramah-ceramah Dato’ yang bercanggah dari amanah keilmuan dan kebenaran, maka saya terdorong untuk menulis surat terbuka ini.

Sebagai ahli akademik yang mengkaji bidang gerakan Islam, politik Islam dan juga Usul al-Fiqh, saya berasa terpanggil untuk mengarang surat terbuka ini kepada Dato’ untuk menilai beberapa kenyataan Dato’ dari pertimbangan ilmu dan kacamata ilmiah di dalam bidang pengkajian saya.

Saya kira tulisan surat terbuka saya sebagai ahli akademik ini adalah sebagai tanggungjawab saya kepada kejujuran terhadap disiplin ilmu yang saya pikul dan bukannya sebagai ahli politik. Saya bukanlah ahli parti PAS, yang tampil untuk membela PAS dari serangan Dato’.

Maka saya bertegas menyatakan apa yang saya tulis ini hanyalah semata-mata pendangan orang luar dan ahli akademik yang neutral dan tidak berpihak, baik kepada Dato’ mahupun kepada parti PAS yang telah memecat Dato’.

Saya kira Dato’ mungkin telah maklum dengan pencapaian gerakan-gerakan Islam moderat di utara Afrika seperti Ikhwan Muslimun di Mesir, parti Ennahda di Tunisia, parti keadilan dan pembangunan (PJD) di Morocco dan juga parti-parti Islam lain selepas kebangkitan rakyat (Arab Spring).

Kemenangan kesemua gerakan-gerakan tersebut secara empirikalnya seperti yang telah dianalisis oleh pakar politik di rantau berkenaan merujuk kepada tiga perkara utama: ‘Wacana Islam moderat yang segar’; Kesediaan ‘perkongsian kuasa’ (power sharing); dan juga ‘pengaruh di kalangan rakyat’ melalui jaringan kerja kebajikan dan juga pendidikan yang menyeluruh, berterusan serta meluas.

Apa yang dimaksudkan dengan wacana moderat yang segar ialah kemampuan gerakan-gerakan tersebut untuk menawarkan apa yang diperlukan oleh rakyat dan apa yang diperlukan oleh sesebuah Negara di dalam pendekatan mereka.

Wacana moderat juga telah memperlihatkan bagaimana gerakan-gerakan Islam, tidak lagi memaksakan apa yang mereka mahukan atau percaya ke atas rakyat tanpa kerelaan majoriti. Maka, di dalam wacana baru mereka, gerakan-gerakan Islam tidak lagi menawarkan retorik ‘Dawlah Islamiyyah’ (Negara Islam) yang agak bersifat utopia dan tidak tentu apakah modelnya.

Mereka juga tidak menawarkan hukuman jenayah Islam ‘secara paksaan’ seperti yang pernah dilakukan oleh Taleban di Afghanistan, sebelum keadaan ekonomi dan kebajikan yang kondusif disediakan di dalam negara mereka.

Mereka juga tidak mempamerkan diri sebagai penghukum, tetapi mereka muncul sebagai pembawa harapan, pejuang kebebasan dan pelaksana keadilan setelah rakyat ditindas dan dizalimi selama berdekad-dekad lamanya oleh para diktator.

Perkara ini telah membuatkan ramai dari kalangan pengkaji di barat telah mula mengatakan bahawa golongan ini telah merubah sikap dan prinsip mereka, lantas menggelar fenomena ini sebagai post-Islamism (pasca-Islamisme).

Saya konsisten untuk tidak menyokong istilah pasca-Islamisme yang sarat dengan makna neo-kolonialisme. Hakikatnya gerakan-gerakan Islam yang terlibat tidak pernah merubah prinsip.

Mereka juga tidak meninggalkan landasan perjuangan, apatah lagi mengubah pendirian. Apa yang berlaku ialah proses kematangan gerakan-gerakan terlibat untuk melihat Islam dalam kerangkanya yang lebih luas dan komprehensif.

Kejayaan beberapa individu berlatarbelakangkan Islamis di Turki melalui agenda neutral AKP, telah menjadi sumber inspirasi gerakan-gerakan tersebut. Wacana ini juga bertunjangkan konsep Maqasid al-Shariah dan melihat ajaran Islam dari aspek yang holistik, terutamanya aspek moral dan keadilan.

Gelombang perubahan pada pendekatan inilah yang telah melanda kebanyakan gerakan Islam di seluruh dunia mutakhir ini, tidak ketinggalan PAS yang Dato pernah sertai dahulu. Gelombang ini sekaligus melenyapkan pengaruh model Iran yang pernah mendominasi wacana gerakan-gerakan Islam sedunia dengan melaungkan pembinaan sebuah republik Islam dan juga pemerintahan mutlak golongan agama (Wilayatul Faqih).

Realitinya kini, gerakan-gerakan Islam moderat yang wujud lebih memilih ruang demokrasi untuk membawa perubahan. Mereka juga melaungkan pembentukan negara sivil milik semua warga dengan menjamin kebebasan politik, penegakan keadilan, hak upaya masyarakat sivil, hak wanita, tatakelola yang baik, kebajikan rakyat yang terpelihara, ekonomi yang lebih berdaya saing serta bebas dari korupsi, pecah amanah dan rasuah, serta perkongsian kuasa bersama rakyat dari segala lapisan dan kumpulan.

Menurut kajian saya ke atas wacana baru PAS, terutamanya melalui konsep ‘Negara Berkebajikan’, PAS juga tidak terlepas dari arus perubahan ini. Jika Dato’ merasakan pendekatan baru PAS ini bermakna PAS telah meninggalkan perjuangan Islamnya, saya kira Dato’ tersilap.

Perubahan pada PAS bukanlah kerja parasit sepertimana yang Dato’ dakwa, tetapi ianya merupakan satu dinamisme tabi’i bagi sebuah gerakan Islam yang matang. Jikalaulah parasit yang telah menyebabkan perubahan pada PAS, maka pastinya kesemua gerakan Islam di Utara Afrika dan Asia Barat, termasuk Ikhwan Muslimin di Mesir dan juga parti Ennahda juga telah dilanda parasit.

Timbul dilemma di dalam pemikiran saya, apakah pemimpin dan tokoh ideolog gerakan Islam sedunia, Rashid Ghannoushi yang telah mencetuskan wacana gerakan Islam yang baru itu juga telah dijangkiti parasit? Apakah mungkin Dato ingin mengatakan bahawa Rashid Ghannoushi yang merupakan sumber inspirasi perubahan fikrah pada gerakan-gerakan Islam moderat sedunia itu pula merupakan bapa parasit?

Yakinlah Dato’, sepertimana gerakan-gerakan tersebut telah berjaya mendapatkan majoriti undi di dalam pilihanraya di negara-negara mereka kerana pendekatan baru ini, PAS juga sedang meniti langkah tersebut.

Inilah yang ditakuti oleh UMNO dan kerajaan BN. Pihak lawan tidak mahukan PAS mendapat sokongan majoriti masyarakat Islam dan bukan Islam di Malaysia. Pihak lawan mahu PAS kekal sebagai parti kampung milik Pak Lebai dan Pak Haji.

Pihak lawan juga tidak mahu PAS bangkit sebagai parti milik semua rakyat Malaysia, mereka lebih selesa PAS dikenali sebagai parti ekstrimis dan fundamentalis yang hanya tahu memotong tangan orang sahaja.

Hanya dengan wacana Islamis global yang baru ini sahajalah niat buruk mereka akan terhalang. Malang sekali apabila Dato’ pula yang mula bercakap senada dan seirama dengan pihak lawan menentang perubahan pada PAS.

Lebih malang lagi kini Dato’ menjadi suara pihak lawan untuk memaksa PAS kembali ke kerangka persepsi lama rakyat terhadap mereka yang telah dilelong oleh pihak UMNO dan BN.

Saya yakin, di dalam PAS masih terdapat segelintir yang termakan umpan Dato’ lantas mempercayai kewujudan parasit. Mereka ini golongan yang ikhlas tetapi hanya kurang mendapat pendedahan terhadap dunia luar sahaja.

Ada di antara mereka juga yang berkepentingan, lantas menggunakan hujah Dato’ untuk kekal berpengaruh, tetapi saya yakin mereka ini teramat kecil bilangannya. Melalui pengamatan saya, PAS akan terus menggalas harapan rakyat dan juga kefahaman Islam yang sebenar berteraskan wacana baru gerakan Islam sedunia untuk menempuh hari muka mereka.

Seperkara yang perlu Dato’ ketahui, wacana baru gerakan Islam moderat ini juga telah mendapat restu dari para ulama terkemuka seperti Dr Yusuf al-Qaradawi, Dr Tawfiq al-Wa’ie, Dr Rashid al-Ghannoushi. Amat kasihan kerana Dato’ tidak dapat bersama lagi dengan realiti baru ini.

Apabila melihat kepada isu ‘Negara Berkebajikan’ pula, pada hemat saya, setelah meneliti dokumen ‘Negara Berkebajikan’ PAS dan membandingkannya dengan manifesto parti-parti Islam moderat lain di dunia Arab, saya mendapati PAS ternyata senada dengan mereka yang telah Berjaya di negara masing-masing.

Saya berkeyakinan gagasan ‘Negara Berkebajikan’ merupakan satu langkah drastik PAS di dalam membawa perubahan dan menyuarakan persiapan mereka untuk muncul sebagai alternatif kepada parti pemerintah yang sedia ada.

Prinsip-prinsip konsepsual ‘Negara Berkebajikan’ yang dibentangkan di dalam dokumen tersebut dan juga cadangan mekanisme perlaksanaannya merupakan satu anjakan paradigma bagi sebuah gerakan dakwah dan parti politik yang telah matang seperti PAS.

Jelas sekali PAS sudah melayakkan dirinya untuk menyertai gelombang perubahan yang melanda gerakan Islam di seluruh dunia dengan membuktikan bahawa golongan Islamis mampu dan bersedia untuk berkongsi kuasa dan memerintah di dalam kerangka demokrasi dan tatakelola yang baik. Malangnya, hal ini tidak disambut positif oleh Dato’, malah dipandang sinis.

Melihat kepada isu hudud yang Dato’ anggap telah ditinggalkan oleh PAS, saya kira itu juga agak kurang tepat. Sebagai sebuah parti Islam, saya berpendapat PAS dilihat amat konsisten memperjuangkan apa yang mereka yakini, iaitu kewajipan melaksanakan hukum hudud.

Apa yang menarik ialah pendekatan PAS yang terbuka untuk membicarakan isu tersebut di ruang umum dan bersedia untuk meyakinkan rakyat melalui proses pendidikan dan dakwah adalah sesuatu yang patut dihargai. Apa yang saya dapati melalui metod obervasi ke atas ruang ‘discursive’ PAS selama ini, PAS tidak memilih untuk memaksakan hudud ke atas orang lain secara kekerasan.

Malah di dalam banyak kenyataan PAS, mereka bersedia untuk mendengar suara majoriti di dalam melaksanakan hukum jenayah Syariah itu. Pendekatan diplomasi PAS ini harus dihormati kerana ia mencerminkan sikap professionalisme PAS dan keterbukaan para pimpinannya.

Saya kira kerana sikap konsisten PAS inilah yang menyebabkan parti itu telah berjaya meraih sokongan ramai bukan Islam melalui ‘Kelab Penyokong PAS’.

Akhirkata, jika Dato’ benar-benar ingin memperjuangkan aqidah dan memerangi gejala murtad yang dikatakan sebagai mengancam umat Islam di Selangor, saya mempunyai pelan tindakan yang boleh Dato’ lakukan berdasarkan kekuatan yang ada pada diri Dato’.

Sebagai seorang motivator yang begitu meyakinkan dan berupaya bermain dengan emosi orang ramai, saya rasa sudah sampai waktunya Dato’ untuk turun padang bertemu dengan mereka yang didakwa murtad berdasarkan senarai yang rakan-rakan Dato’ miliki.

Mungkin juga Dato’ boleh menggunakan kemahiran tersebut juga untuk berdakwah kepada mat-mat rempit, tahi dadah, remaja berpeleseran yang terdapat di dalam negeri Selangor secara sukarela tanpa sebarang bayaran.

Jika dulu mungkin Dato’ sibuk dengan tugas exco, kini Dato’ lebih mempunyai waktu lapang. Buktikanlah kata-kata Dato’ yang ingin menjaga aqidah itu. Saya kira Dato’ juga boleh berdakwah di Hard Rock Café menyeru umat Islam agar bertaubat dan menghayati agama Islam.

Saya pasti pemilik Hard Rock Café tidak akan menghalang kerja murni Dato’ itu. Saya yakin 10,000 atau lebih orang yang turut berHIMPUN bersama Dato’ untuk menyelamatkan aqidah umat Islam boleh Dato’ kerahkan dari seluruh negara untuk sama-sama turun padang demi menyelamatkan aqidah umat Islam secara praktikal.

Saya amat meyakini, jika Dato’ berdakwah seperti itu, Dato’ akan tetap dikenang kawan ataupun lawan sebagai ‘pejuang aqidah yang sebenar!’.

Dr Maszlee Malik
Ahli Akademik Politik Warga
UIAM
http://maszleemalik.blogspot.com/

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=368863623163206&set=a.310968618952707.67527.310631758986393&type=1

Thursday, May 24, 2012

Semangat Rajab: Belajarlah dari Ikhwanul Muslimin


Written By Admin BeDa on Sabtu, 04 Juni 2011 | 09:00


Semangat Rajab - Hari itu, Ikhwanul Muslimin mengalami ujian yang berat. Sangat berat. Penjara-penjara Mesir dipenuhi dengan aktifis/aktivis Ikhwan. Mereka ditahan dengan berbagai alasan; sebagian alasan yang dibuat-buat dan sebagian lainnya dengan alasan yang tidak jelas.

Tak cukup sampai di situ, sebagian aktifis Ikhwan juga dieksekusi/dibunuh. Hingga berubahlah penjara menjadi tempat penjagalan. Kalau tidak dibunuh, mereka akan disiksa dengan penyiksaan di luar batas kemanusiaan.

Dua diantara ribuan aktifis Ikhwan yang dipenjara itu adalah seorang ikhwah dan naqibnya. Ketika keduanya dipindahkan dari sel semula, ikhwah itu bertanya disertai kekhawatiran. “Ya naqib, bagaimana nasib kita bila mereka lemparkan kita ke sarang serigala lapar atau lubang busuk tanpa kehidupan?”

“Mereka dapat membuang kita ke tempat manapun yang kita takuti,” naqib itu menjawab dengan tenang dan mantab, “namun ketahuilah… mereka takkan mampu membuang kita ke tempat yang tak ada Allah.”

Waktu berlalu. Mereka berdua selamat. Tetap hidup. Bahkan ketika Sayyid Hamid Abun Nashr wafat dan dibutuhkan/diperlukan penggantinya, naqib itulah yang menggantikannya. Ia tidak lain adalah Syaikh Mustafa Masyhur. Mursyid am Ikhwanul Muslimin kelima.

Bertahan hidup menghadapi penjara dan siksaan berat adalah sebuah prestasi, namun prestasi lebih besar justru ditorehkan Mustafa Masyhur dan Ikhwanul Muslimin di sana; di penjara yang pengap dan masa ujian berat itu. Mustafa Masyhur dan Ikhwanul Muslimin bukan saja mampu mempertahankan dakwah hingga tetap eksis dan kadernya terus bertambah, namun juga menyulap/menukar penjara menjadi universitas tarbiyah. Dalam penjara mereka berinteraksi semakin akrab dengan Al-Qur’an. Maka lahirlah sekian banyak hafidz dari balik jeruji besi. Dalam penjara mereka bisa berjumpa langsung dengan qiyadah-qiyadah tertinggi dakwah, mendengar langsung taujih mereka, serta mengecap taurits tarbawi setiap hari. Maka begitu keluar dari selnya, jadilah mereka lebih matang serta kaya ilmu dan pengalaman.

Hasilnya, pada saat para opsir penjara sudah tiada, para penjagal seperti Shafwat Rubi dan Hamzah Basiuni sudah tak terdengar riwayatnya, bahkan ada yang lumpuh, sakit-sakitan, linglung, dan gila, Ikhwanul Muslimin terus bertumbuh; kadernya semakin banyak, medan dakwahnya semakin melebar, dan pengaruhnya semakin besar.

Siapapun kita dan apapun jamaah dakwah kita, tampaknya perlu belajar dari Mustafa Masyhur dan Ikhwanul Muslimin. Lingkungan yang sangat demokratis di negeri kita memberi jaminan kebebasan berdakwah seluas-luasnya. Situasi yang kondusif menciptakan ruang dakwah yang sangat terbuka. Tidak ada penjara yang mengancam di sini. Tidak ada penjagalan yang menanti.

Maka kalau kita tidak bersemangat menyebarkan misi suci Ilahi ini, jangan-jangan penjara itu buatan kita sendiri. Penjara pikiran yang membatasi cita dan gerak kita. Penjara nafsu yang mengurung azam. Penjara kemalasan yang memaku diri kita dalam tembok “zona/zon nyaman/selesa.” Penjara ketidakmauan yang membekukan ketidakmampuan dalam dinginnya ketidakpedulian.

Maka kalau kita tidak bersemangat menebar rahmat untuk semesta alam melalui dakwah ini, jangan-jangan kita tengah menghadapi penjagal yang kita ciptakan sendiri. Penjagal takut yang membunuh keberanian kita untuk menyuarakan kebenaran. Penjagal ragu yang memotong leher keyakinan kita akan kemenangan. Penjagal syahwat yang mengebiri himmah. Penjagal rendah diri yang menggugurkan izzah.

Kita perlu belajar dari Mustafa Masyhur dan Ikhwanul Muslimin. Kita perlu mewarisi semangat mereka, lebih-lebih di awal Rajab yang tinggal dua bulan lagi dari Ramadhan ini. Bukankah Ramadhan semestinya adalah masa panen bagi dakwah. Godaan lebih kecil, aktifitas keburukan berkurang, nuansa ibadah meningkat signifikan. Bukankah seharusnya dakwah lebih massif dirasakan umat hingga mereka pun bersama-sama bergabung dalam jalan para nabi ini. Dan bukankah kita tak ingin orang lain memenuhi padang rumputnya di surga dengan unta merah, sementara kita tak mendapatkan apa-apa.

Rajab seharusnya menjadi start kita! Saatnya memulai langkah kemenangan dakwah di bulan suci dengan memancangkan semangat sejak dini. Juga menabung strategi. Dan bersamaan dengan itu, hati berdoa, lisan berbicara, tangan bekerja, kaki melangkah… ke medan dakwah, menemui umat yang menantikan cahaya, menggandeng tangan mereka. Lalu di bawah sinar Islam yang benderang kita bersama-sama menghadirkan rahmat bagi semesta alam. [Muchlisin]

Wednesday, May 23, 2012

10 Kebiasaan yang Bikin Kekebalan Turun

Bramirus Mikail | Lusia Kus Anna | Selasa, 3 April 2012 | 13:21 WIB





KOMPAS.com - Sistem kekebalan tubuh adalah bagian penting dari tubuh seseorang untuk melawan penyakit dan infeksi. Sebuah sistem kekebalan tubuh yang lemah dapat menyebabkan kondisi kesehatan yang serius, seperti infeksi atau flu. Karenanya sangat penting untuk menjaga sistem kekebalan yang kuat, dan salah satu cara melakukannya adalah dengan menghindari 10 kebiasaan buruk berikut ini:


1. Merokok
Merokok tidak hanya meningkatkan risiko kanker paru-paru, tetapi juga dapat melemahkan sistem kekebalan tubuh. Ada ribuan racun yang ada di asap rokok yang dapat mempengaruhi sel-sel kekebalan dalam tubuh dan merusak fungsi mereka. Inilah menjadi alasan mengapa perokok lebih rentan terhadap gangguan pernafasan parah seperti asma, bronkitis dan bahkan pneumonia. Jika Anda seorang perokok dan sedang mencari cara untuk memperkuat sistem kekebalan tubuh, maka Anda perlu berhenti merokok.

2. Alkohol
Penelitian telah menunjukkan efek konsumsi alkohol yang berlebihan dan bagaimana hal itu dapat menghancurkan antibodi tubuh yang diperlukan untuk melawan sel yang terinfeksi oleh virus. Seperti perokok, mereka yang menderita kecanduan alkohol lebih mungkin menderita infeksi serius dan penyakit seperti tuberkulosis.

3. Kurang tidur
Penting untuk mendapatkan waktu istirahat yang baik demi memastikan sistem kekebalan tubuh Anda berfungsi dengan baik. Ketika tidur, tubuh mampu mengembalikan dan mengisi bahan bakar, termasuk sistem kekebalan tubuh. Jika Anda membatasi jumlah waktu tidur secara konsisten, Anda telah menempatkan diri pada risiko lebih tinggi terkena infeksi dan kondisi kesehatan yang serius seperti, penyakit jantung, stroke, hipertensi, diabetes dan obesitas.

4. Kurang latihan
Tidak memiliki cukup waktu berolaharaga dapat melemahkan sistem kekebalan tubuh dan meningkatkan risiko penyakit atau infeksi. Penelitian telah menunjukkan bahwa rutin melakukan aktivitas fisik dapat membantu meningkatkan sistem kekebalan tubuh dengan meningkatkan jumlah sel darah putih dalam tubuh untuk membantu melawan segala bentuk penyakit. 

5. Terlalu banyak olahraga
Aktivitas fisik berlebihan dapat menyebabkan masalah dengan sistem kardiovaskular dan dapat membebani sistem kekebalan tubuh. Ingat, cukup waktu istirahat untuk pemulihan sama pentingnya untuk sistem kekebalan tubuh ketimbang melakukan latihan yang adekuat.

6. Stres
Jika Anda bertanya-tanya bagaimana stres dapat menyebabkan kondisi kesehatan yang serius, berikut adalah penjelasannya. Stres dapat melemahkan sistem kekebalan tubuh. Tingkat stres yang tinggi dapat membuat ketidakseimbangan hormon dalam tubuh Anda, merusak fungsi sistem kekebalan tubuh yang dapat mempengaruhi cara tubuh dalam meyembuhkan luka, dan bahkan dapat menyebabkan kondisi kesehatan yang lebih serius.

7. Kurang minum air
Air adalah sebuah cairan menakjubkan, yang dapat membantu fungsi keseluruhan dari tubuh Anda, termasuk sistem kekebalan tubuh. Air memiliki kemampuan untuk membilas setiap racun berbahaya dalam sistem imun tubuh. Minum cukup air juga dapat membarikan kesempatan kepada sistem kekebalan tubuh untuk beristirahat dan membantu melakukan tugasnya. 

8. Tidak bersih
Kebersihan mungkin tidak mempengaruhi sistem kekebalan tubuh Anda secara langsung, tetapi bisa mencegah infeksi dan penyakit dengan menghilangkan kuman dan bakteri. Jika Anda jorok/pengotor, Anda hanya akan memperberat tugas dari sistem kekebalan tubuh, karena perilaku Anda dapat mengundang organisme berbahaya ke dalam tubuh. Pada titik tertentu, organisme ini dapat mengalahkan sistem kekebalan tubuh yang menyebabkan penyakit atau infeksi.

9. Kegemukan
Para ilmuwan telah menemukan bahwa obesitas dapat melemahkan sistem kekebalan tubuh seseorang. Sementara penelitian lebih lanjut diperlukan untuk menemukan hubungan langsung antara obesitas dan peningkatan risiko infeksi karena sistem kekebalan tubuh melemah. Mengonsumsi makanan sehat dan rutin berolahraga perting untuk diterapkan untuk orang dengan obesitas guna mengurangi risiko komplikasi kesehatan.

10. Terlalu banyak sinar matahari
Berjemur sebentar di bawah sinar matahari dengan menggunakan tabir surya sebenarnya bukan sesuatu hal yang buruk, tetapi berjemur terlalu lama dapat membuat kulit terbakar. Penelitian telah menunjukkan hubungan antara radiasi UV dan kerusakan pada sistem kekebalan tubuh. Paparan sinar matahari berlebih juga dapat meningkatkan risiko kanker kulit.
Sumber : symptomfind

Tolak Ajakan Zina 5 Mahasiswi AS, Mahasiswa Yaman Lompat Jendela


Tolak Ajakan Zina 5 Mahasiswi AS, Pemuda Yaman Lompat Jendela

Written By Admin BeDa on Senin, 14 Mei 2012 | 11:00


Ternyata, tinggal di Amerika Serikat (AS) benar-benar "mempertaruhkan iman." Banyak godaan, mulai dari ajakan halus hingga "pemaksaan."

Isham As Syar’abi, seorang mahasiswa Yaman yang tinggal di Arizona mengalami godaan dan "pemaksaan" itu. Lima mahasiswa AS memaksa Isham untuk berzina dengan mereka.

Sebagaimana dilansir Hidayatullah (14/5) dari Al Arabiya, lima perempuan yang merupakan teman satu fakultas memasuki apartemen yang ditinggali oleh Isham. Apartemen itu tak jauh dari kampus mereka. Sesampainya di apartemen Isham, lima mahasiswi itu melepas pakaian setelah mengunci pintu apartemen untuk menghalangi agar mahasiswa Yaman tersebut tidak bisa melarikan diri.

Beruntunglah Isham memenangkan imannya. Pemuda itu berhasil keluar dari apartemen setelah melompat melalui jendela kamarnya.

Setelah berhasil keluar, Isham segera melapor ke pos keamanan terdekat hingga aparat kemanan berhasil menangkap lima mahasiswi tersebut.

Menurut hasil penyidikan, ternyata lima wanita itu telah berkali-kali mengajak Isham melakukan perzinaan. Namun pemuda Yaman itu menolaknya karena menurutnya hal itu dilarang oleh agama Islam yang dianutnya. [IK/Hdy]
Ulasan: Jagalah diri dengan agama kita, walau di mana jua. Kerana syaitan tetap musuh kita.