Gunung Everest di Himalaya telah ditawan lagi dan lagi
Dari berbagai penjuru
Gunung Everest di luar diri
Bisa di jajah
Bagaimana Gunung Everest di dalam diri kita?
Siapa kuasai diri kita?
Nafsu yang menyelerakan atau akal yang sejahtera
Belajarlah menguasai diri kita bersungguh-sungguh
Jangan hebat zahir
Tetapi batin atau ruh (spiritual) menderita
Ketaatan kepada Allah sebagai makanan ruh
Hidup zahir kena ikut syariat
Hati kita kena takutkan Allah
BERSAMA MEMBINA DUNIA ADIL SEJAHTERA
memperkatakan mengenai jiwa kita yang merdeka supaya terus dan tetap merdeka :: dealing on the freedom of mind & soul so that they will be free forever
Wednesday, June 29, 2005
Tuesday, June 28, 2005
AMALAN BATIN DALAM HIDUP INI
JOM SAMA-SAMA AMALKAN
10 Sifat Tercela – JAUHILAH!
1. Banyak makan
2. Banyak berkata-kata
3. Pemarah (kecuali dalam yang di suruh agama)
4. Dengki
5. Bakhil dan kasihkan harta
6. Kasihkan kemegahan/kebesaran
7. Kasihkan dunia
8. Takbur (membesarkan diri)
9. Ujub (merasa diri lebih hebat dari orang lain)
10. Riak (berbuat dan meninggalkan sesuatu tidak kerana Allah).
10 Sifat Terpuji – AMALKANLAH!
1. Taubat daripada segala maksiat
2. Takutkan Allah
3. Zuhud (tidak cintakan dunia)
4. Sabar
5. Syukur
6. Ikhlas (berbuat dan meninggalkan sesuatu semata-mata kerana Allah)
7. Tawakkal
8. Kasihkan Allah
9. Reda akan Qada dan Qadar Allah
10. Mengingati mati.
AMAL itu buah ILMU.
ILMU tanpa AMAL – tidak bermanfaat.
AMALKANLAH ilmu yang ada dan tambahkan ILMU sepanjang hidup kita.

Wednesday, June 22, 2005
Islam memberikan kita makna harga diri dan maruah diri
Islam sebagai satu-satunya agama yang diredai Allah memberikan kita makna harga diri dan maruah diri. Tanpa agama semuanya itu tidak punya apa-apa erti.
Kalau benar-benar mahu menjaga maruah dan harga diri, perlu kembali kepada agama - hayatilah agama seluruhnya.
Aksi sebagai bukti. Usaha yang bersungguh-sungguh kearah itu perlu ada. Jangan umur kita saja yang bertambah.
Tanpa pegangan agama, harga dan maruah diri akan dipertaruhkankan bila bertembung dengan pujukan janji kesenangan dan kepentingan yang sementara.
Amat wajar warga se educated kita untuk tegas dalam beradab, berakhlak, menjaga dan mempertahankan maruah diri, dan sentiasa diatas landasan kebenaran dan keadilan.

Tuesday, June 21, 2005
Kalau merasa diri kita terlalu HEBAT……
Kalau merasa diri kita terlalu HEBAT sehingga tidak perlu lagi ikatan dengan Allah, eloklah hentikan segera menggunakan segala kemudahan ciptaanNya, sedutlah udara ciptaanmu sendiri, makan dan minumlah makanan dan minuman ciptaan sendiri dari sumber asas ciptaan sendiri dan tinggalkan badanmu yang di cipta Tuhan.Ciptalah bumi kita sendiri di luar alam kekuasaan Tuhan ini. Bersenang-senanglah di situ, mengikuti undang-undang ciptaan sendiri.
Kalau tidak, jadilah insan proper yang bukan sekadar mengakui (willingly accept) pergantungan hidup denganNya tetapi sekaligus secara sedar mentaatiNya (willingly accept and submit knowingly to Him) dimana juga kita berada. Ingatlah setiap kita akan answerable dan accountable terhadap segala tindakan kita dan akan menerima balasan atas perbuatan kita in the next eternal life.
Jangan jerebukan dunia yang indah ini dengan dosa dan maksiat kita. Dunia ini yang kita bersama-sama menggunakannya tentu lebih indah kalau kita penuhi dengan kebaikan yang terbaik termampu oleh kita.
Pilihan untuk mencari Kebenaran dan secara sedar tunduk kepada Kebenaran adalah hak kita. Kalau kita mahu, kita boleh! Orang yang hendak mencari jalan. Yang tidak hendak mencari alasan.
Masa untuk bertindak ialah SEKARANG.
BERSAMA MEMBINA DUNIA SEJAHTERA

Monday, June 20, 2005
JANGAN BERMAIN PEREMPUAN........
Satu ketika, abang seorang kawan memberi satu pesanan kepada adik lelakinya yang akan pergi melanjutkan pengajian di seberang laut dalam usia belasan tahun, berkata: “Jangan bermain dengan perempuan. Bermain dengan perempuan seperti budak-budak kecil bermain masak-masak atau pondok-pondok”
Sekurang-kurangnya DUA perkara menarik boleh diambil dari kisah benar tersebut. PERTAMA: Tanggungjawab orang yang lebih tahu, biasanya yang lebih tua, senior dari segi umur atau pengalaman, dan berpengalaman melihat serba-serbi lakonan di pentas dunia yang sekejap ini, berpesan baik-baik kepada orang yang lebih muda supaya jangan tertipu, mengambil risiko menjadi bahan ujian, mencuba sendiri dan menghabiskan masa dalam menjalani kehidupan dunia ini.
KEDUA: Jangan bermain dengan perempuan. Bermain dengan perempuan seperti budak-budak kecil bermain masak-masak atau pondok-pondok.
Jangan bermain dengan perempuan. Dalam bahasa sekarang : Jangan bergaul bebas dengan prempuan. Jangan main perempuan. Termasuk juga jangan bercinta. Jangan terpikat dan jangan memikat perempuan. Jangan ada special girl-friend atau girl-friends yang tersimpan didalam hati.
Bermain dengan perempuan merugikan masa, tenaga, wang dan fikiran. Seronok tetapi sebenarnya dosa. Kerana kita bukan lagi kanak-kanak kecil. Kita sudah besar. Setiap amalan kita tertakluk kepada hukum Tuhan. Masa adalah modal kehidupan dunia ini dan akan di soal di akhirat nanti. Orang lelaki yang sedang serius berjuang tidak akan ada masa untuk bermain dengan perempuan.
Jangan bermain dengan perempuan dan kemudiannya merosakkannya. Ingatlah kita tidak mahu perkara sedemikian berlaku kepada kakak atau adik perempuan atau anak perempuan kita. Jangan mulakan lingkaran kejam (vicious cycle). Bertaubatlah, semoga Allah menerima taubat kita.
BAGI ORANG PEREMPUAN
Jangan bermain dengan lelaki. Berhati-hatilah dan jagalah diri dari godaan, pujukan dan pikatan lelaki. Bunga yang cantik indah mewangi tentunya banyak kumbang menerpanya. Cerita musnah bunga ditangan monyet semua orang tahu.
BAGI KITA SEMUA
Kalau terpaksa juga mempunyai kawan dari jantina yang berbeza, jagalah agama, menutup aurat, merendahkan pandangan, cepatkan urusan dengannya, elakkan memandang aurat orang lain dan jagalah maruah diri berdasarkan agama. Jangan merosakkan dan jangan dirosakkan. Sentiasa menyuruh kepada kebaikan dan melarang daripada mungkar. Jangan merasa seronok dan mengambil faedah daripadanya.
Jom amalkan perintah Allah melalui ayat Quran (al-Furqan:72) bermaksud, “.....dan apabila mereka bertemu dgn (orang-orang) yg mengerjakan perbuatan yg tidak berfaedah mereka lalui (saja) dengan menjaga kehormatan dirinya.”

Subscribe to:
Posts (Atom)