Monday, June 20, 2005

JANGAN BERMAIN PEREMPUAN........

Satu ketika, abang seorang kawan memberi satu pesanan kepada adik lelakinya yang akan pergi melanjutkan pengajian di seberang laut dalam usia belasan tahun, berkata: “Jangan bermain dengan perempuan. Bermain dengan perempuan seperti budak-budak kecil bermain masak-masak atau pondok-pondok”

Sekurang-kurangnya DUA perkara menarik boleh diambil dari kisah benar tersebut. PERTAMA: Tanggungjawab orang yang lebih tahu, biasanya yang lebih tua, senior dari segi umur atau pengalaman, dan berpengalaman melihat serba-serbi lakonan di pentas dunia yang sekejap ini, berpesan baik-baik kepada orang yang lebih muda supaya jangan tertipu, mengambil risiko menjadi bahan ujian, mencuba sendiri dan menghabiskan masa dalam menjalani kehidupan dunia ini.

KEDUA: Jangan bermain dengan perempuan. Bermain dengan perempuan seperti budak-budak kecil bermain masak-masak atau pondok-pondok.
Jangan bermain dengan perempuan. Dalam bahasa sekarang : Jangan bergaul bebas dengan prempuan. Jangan main perempuan. Termasuk juga jangan bercinta. Jangan terpikat dan jangan memikat perempuan. Jangan ada special girl-friend atau girl-friends yang tersimpan didalam hati.

Bermain dengan perempuan merugikan masa, tenaga, wang dan fikiran. Seronok tetapi sebenarnya dosa. Kerana kita bukan lagi kanak-kanak kecil. Kita sudah besar. Setiap amalan kita tertakluk kepada hukum Tuhan. Masa adalah modal kehidupan dunia ini dan akan di soal di akhirat nanti. Orang lelaki yang sedang serius berjuang tidak akan ada masa untuk bermain dengan perempuan.

Jangan bermain dengan perempuan dan kemudiannya merosakkannya. Ingatlah kita tidak mahu perkara sedemikian berlaku kepada kakak atau adik perempuan atau anak perempuan kita. Jangan mulakan lingkaran kejam (vicious cycle). Bertaubatlah, semoga Allah menerima taubat kita.

BAGI ORANG PEREMPUAN
Jangan bermain dengan lelaki. Berhati-hatilah dan jagalah diri dari godaan, pujukan dan pikatan lelaki. Bunga yang cantik indah mewangi tentunya banyak kumbang menerpanya. Cerita musnah bunga ditangan monyet semua orang tahu.

BAGI KITA SEMUA
Kalau terpaksa juga mempunyai kawan dari jantina yang berbeza, jagalah agama, menutup aurat, merendahkan pandangan, cepatkan urusan dengannya, elakkan memandang aurat orang lain dan jagalah maruah diri berdasarkan agama. Jangan merosakkan dan jangan dirosakkan. Sentiasa menyuruh kepada kebaikan dan melarang daripada mungkar. Jangan merasa seronok dan mengambil faedah daripadanya.

Jom amalkan perintah Allah melalui ayat Quran (al-Furqan:72) bermaksud, “.....dan apabila mereka bertemu dgn (orang-orang) yg mengerjakan perbuatan yg tidak berfaedah mereka lalui (saja) dengan menjaga kehormatan dirinya.”

BERSAMA MEMBINA DUNIA SEJAHTERA

No comments: