Nampaknya semua dalam poket mereka. Semua pulun untuk tembolok masing-masing saja. Sekarang ini rakyat tidak boleh harapkan sesiapa. Rakyat kena berjuang sendiri kerana ramai yang sudah berpendidikan tinggi dan berpengalaman mengurus berbagai organisasi. Bersabarlah kerana merdeka pun bermula dari dalam diri.
Jangan terkedu dan ternganga dengan perubahan komestik hatta yang menggemparkan . dunia. Itu setakat menunjukkan kuasa yang mereka ada apabila menjawat jawatan tertinggi di negara kita seolah-olah macam Namrud.
Kebebasan dan keadilan adalah selamanya hak asasi rakyat seperti di nyatakan dalam perlembagaan negara. Kebebasan dan keadilan bukan hadiah dari mana-mana kerajaan atau dari mana-mana penguasa.
Zaman Dajjal berkandar nanti macam-macam ada. Tapi jangan sampai tertipu.
Apa-apa pun, jangan sekali-kali tinggalkan Bukuit Uhud kita.
Setakat ini tidak pernah pun ada parti kebangsaan yang membela ummat dan memenangkan Islam.
Jom bersama-sama perkemaskan saf dengan menyemarakkan dakwah di mana-mana.
No comments:
Post a Comment