Thursday, May 28, 2009

Sama tapi Berbeza

Kalau kita sewaktu berada di kampus tidak pernah mengikut sebarang program Islam yang di rekabentuk untuk tingkatkan iman dan amal kita, yang pasti ialah kita akan jadi graduan suatu hari nanti.

Tapi perlulah kita bertanya kepada diri sendiri: Kawan-kawan lain yang mengikut program sedemikian pun graduate juga… Sama graduate tapi mereka berusaha gigih mencintai agama dan mencintai Allah dan Rasulullah s.a.w. Kita?

Kenapa mereka boleh? Ruginya kita kerana masa muda telah berlalu...
Dalam perkara kebaikan, kita sepatutnya melakukannya secara terbaik.

Cuma kita perlu berfikir adakah ibubapa kita cuma mengharapkan kesenangan duniawi dari kita? Atau ada yang lain.

Mari kita berusaha supaya diri kita tergolong sebagai anak yang solih, muslih lagi da'ie kerana tidak lain melainkan keuntungan semata-mata di dunia dan di akhirat.

Tahniah Kerana Mendapat Bayi Baru

Kami ucapkan TAHNIAH kerana selamat melahirkan bayi baru.

Didoakan supaya si ibu dan bayi sihat sejahtera.

Semoga bayi ini membesar sebagai anak SOLIH penyejuk mata ibu dan ayahnya, yang MUSLIH lagi DA’IE di zamannya nanti.

Selamat membesar wahai bayi comel.

Kita boleh jadi hebat…

Kita boleh jadi hebat - seperti ummat Islam di zaman silam – jika kita amalkan Islam keseluruhannya.

Jangan hanya amalkanIslam sebahagian dan tinggalkan sebahagian macam orang pergi membeli-belah di pasar hyper.

Masuklah Islam keseluruhannya (just enter Islam wholly) dengan mengikut program yang disusun khas untuk peningkatan diri.

Semakin hari semakin berkurang umur kita. Suatu hari nanti kita akan jadi sejarah juga. Sebelum itu berlaku, eloklah kita lakukan sesuatu yang bermanfaat untuk orang lain. Yang teratas ialah mengajak orang lain kepada Islam, satu-satunya agama yang di iktiraf Allah.

Jangan tengok kiri kanan lagi. Just do it.

Belajarlah dari Alam Sekeliling Kita

Belajarlah dari MATAHARI:
Adil menebar cahaya dan memberikan kehangatan kepada semua, baik yang terawang-awang di angkasa mahupun yang bertebaran di atas bumi, kepada yang miskin mahupun yang kaya, yang mulia hatinya juga buat si kejam, kepada semua makhluk ciptaan Ilahi.

Belajarlah dari BUNGA: 
Sentiasa tersenyum menyebarkan harumannya menghadiahkan kecantikan untuk mengubat hati yang gundah, juga menggembirakan setiap mata yang memandang.

Belajarlah dari LEBAH:
Sentiasa berganding bahu, bekerja dengan hati yang riang dan semangat membara.

Belajarlah dari POKOK:
Menghadiahkan buah yang manis dan segar sambil menundukkan dahannya.

Belajarlah dari BULAN:
Tenang memancarkan cahayanya yang kemilau dan indah buat menyuluh malam yang gelap.

Belajarlah dari SUNGAI:
Tabah bergerak menuju ke destinasi dengan meredah apa saja halangan hinggalah sampai ke muaranya. Airnya lembut dan tenang tapi tiada suatu pun mampu menghalang kemaraanya.

Belajarlah dari DAUN yang luruh:
Sabar ketika menghadapi kesukaran. Sentiasa tabah menunggu hari yang baik dan sesuai untuk tumbuh kembali.

Belajarlah dari HUJAN:
Kehadirannya dinanti-nantikan buat penyejuk alam yang hangat, membasahi kekeringan, menghijaukan tanah yang gersang dan memberi nyawa kepada tumbuhan.

Lihatlah ke dalam diri, pelajarilah sifat-sifat alam yang dicipta Sang Penguasa Agung. Kita juga sebahagian daripadanya.
http://al-pakri.blogspot.com/2008_12_01_archive.html

Bagaimana Sultan Muhammad al-Fatih bebaskan Kota Istanbul

Oleh : Dato' Husam Musa

Hari ini, 546 tahun yang silam, Muhammad bin Murad melukir satu sejarah dengan menawan kota yang sangat kuat pertahanannya - Konstantinapole. Pada ketika ini Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, telah pun berada di Kota Istanbul untuk menghadiri sambutan ulangtahun upacara yang amat bersejarah ini.

Tulisan ini cuba melihat bagaimana seorang pemimpin seperti Muhamad Murad yang kemudiannya diberikan gelaran Muhammad Al Fatih, telah berjaya dilahirkan. Adakah di sana satu metod tertentu untuk mencetak pemimpin seperti beliau dan bagaimanakah cara untuk berbuat demikian?

Peribadi dan kepimpinan Muhammad Al Fatih menunjukkan beliau mempunyai ciri berikut:

a. Asuhan dan disiplin Islam yang kuat
b. Mempunyai matlamat hidup yang ingin dijayakan
c. Kehendak yang kuat
d. Sabar dan ketahanan ruhani yang kuat
e. Pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk misinya, atau mendapatkan bantuan pakar dalam bidang masing-masing bagi tujuan melengkapkan skil berkenaan
f. Ibadah dan pergantungan yang kuat dengan Pencipta

Sebelum isu ini dikupas lebih lanjut, kita tinjau dulu bentuk pertahanan Kota Konstantinopole itu sendiri yang sangat menakjubkan;

Kota ini berbentuk tiga segi. Dua bahagian kota menghadap laut iaitu Selat Bosphorus dan Laut Marmara. Bahagian daratan dilingkungi oleh sebuah benteng yang sangat kukuh;

a. Bahagian luar kota dilingkungi oleh sebuah parit besar. Dalamnya 10 meter dan lebarnya 60 meter
b. Ada dua tembok iaitu tembok luar dan tembok dalam. Tembok luar sahaja setinggi 25 kaki dan setebal 10 meter
c. Tembok dalam pula setinggi 40 kaki tinggi dan 15 meter tebal
d. Terdapat menara kawalan sepanjang tembok dalam dengan ketinggian 60 meter!
e. Terdapat 400 batalion tentera terlatih mengawal tembok ini sepanjang masa

Dengan kedudukan pertahanan seperti itu, hampir mustahil untuk tembok ini dicerobohi.

Di bahagian laut pula, terdapat rintangan rantai besi yang kuat diletakkan di Selat Bosporus yang digunakan untuk menghalang kapal-kapal melepasinya.

Konstantinapole telah menjadi ibu kota Empayar Bizantin untuk berkurun-kurun dan dikenali sebagai kota yang paling makmur dan terkaya di Eropah. Ia terletak di pertemuan antara Asia dan Eropah dan Laut Mediterranean dan Laut Hitam. Justeru, ia sangat strategik baik dari segi perdagangan mahupun geo politik.

Sejak Rasulullah s.a.w mengungkapkan bahawa nanti Kota penting ini akhirnya akan jatuh di tangan seorang pemerintah yang terbaik, memimpin tentera yang terbaik sepanjang zaman, telah banyak percubaan dibuat untuk menawan kota ini, namun tidak berjaya. Sahabat seperti Abu Ayub al Ansari juga telah berusaha dan mereka telah mengepung kota ini selama tujuh tahun, tetapi masih gagal.

Hanya 800 tahun selepas sabda Nabi yang Mulia itu, sabda yang menakjubkan ini menjadi kenyataan. Sultan Muhammad bin Murad yang kemudian lebih masyhur dengan gelaran Sultan Muhammad al Fatih telah memulakan pengepungan ke atas Konstantinapole pada hari Khamis, 5 April 1453 dan berjaya membuka kota ini pada 29 Mei 1453, hari tulisan ini dipostkan.

Sungguhpun pengepungan ini berlangsung selama hampir dua bulan sahaja, program penaklukan ini telah berjalan lama!

Ia bermula apabila bapa Sultan Muhammad Al Fatih, Sultan Murad memilih guru-guru yang terpilih untuk mendidik anak raja ini, yang waktu itu, se orang anak yang nakal.

Sejak berumur sembilan tahun, Sultan Muhammad telah mengalami pendidikan disiplin yang ketat. Rasa bebas dan nakal sebagai anak raja yang masih kecil mula berakhir apabila bapa baginda memberikan kebebasan kepada guru-guru beliau untuk membentuk dan mendidik Muhammad.

Rotan turut digunakan oleh gurunya untuk mendisiplinkan anak ini. Dalam satu kejadian, Muhammad telah sengaja dirotan dengan teruknya tanpa sebarang kesalahan yang dilakukan oleh beliau.

Tujuan guru beliau berbuat demikian ialah untuk membentuk perasaan belas kasihan dan sikap adil dan saksama dalam jiwa bakal Sultan ini. Supaya nanti baginda dapat mengambil keputusan berpaksikan keadilan dan memahami perasaan orang-orang yang tidak diperlakukan dengan adil!

Sultan Muhammad dibimbing untuk menghafal al-Qur'an. Dilatih untuk sembahyang malam. Dibentuk menjadi wara' dan zuhud. Diasuh mencintai ilmu dan ulama'. Mempunyai budi pekerti yang baik dan perasaan yang halus. Keunggulan pendidikan keruhanian Sultan Muhammad ternyata apabila baginda akan dilantik menggantikan bapanya secara rasmi sebagai pemerintah Kesultanan Uthmaniah, beliau menangis teresak-esak.

Gurunya lah yang telah mengarahkan beliau menerima tanggungjawab itu atas hujah bahawa seorang berkaliber seperti beliau wajib memikul amanah ummah dan itu jihad dan ibadah yang lebih besar.

Pendidikan Sultan Muhammad di istana baginda hampir komprehensif. Sebagai bakal raja dalam persekitaran Eropah dan pusat perdagangan dan diplomatik, baginda dapat berbahasa lebih dari lima bahasa.

Sudah tentu baginda fasih dalam bahasa Arab.

Baginda juga diajar matapelajaran sejarah, geografi dan astronomi. Pakar ketenteraan juga diundang untuk memberikan pendedahan ketenteraan kepada beliau.

Lama sebelum program pembebasan Konstantinapole dimulakan, Muhammad al-Fateh telah berbincang dengan pakar sejarah dan ketenteraan mengenai sebab-sebab kegagalan ekpedisi penawanan Konstantinapole sebelum ini.

Apa rahsia kekuatan pertahanan kota itu dianalisis. Bagaimanakah caranya untuk mengatasi halangan-halangan itu juga dibincangkan.

Dari perbincangan itu, antara lain mereka mengenal pasti hal berikut;

a. Dinding tembok itu terlalu tebal dan pada waktu itu belum ada teknologi yang boleh meruntuhkannya. Sultan Muhammad telah mengarahkan dicari satu teknologi yang boleh meruntuhkan tembok itu.

Tentera baginda akhirnya berjaya mencipta meriam yang paling canggih dengan bantuan seorang pakar senjata bangsa Hungary yang telah diculik dari kurungan dalam penjara Konstantinapole dengan mengorek lubang bawah tanah yang dalam dan panjang!.

Berat setiap meriam ciptaan baru ini ialah 700 pauns! Ia perlu ditarik oleh 100 ekor kuda dan seratus orang tentera. Bila diletupkan, bunyinya boleh didengar sejauh 13 batu! Setiap tembakannya akan menyebabkan tembok yang kuat berlubang seluas enam kaki. Nah! Benteng besar itu sekarang telah menemui ruasnya.

b. Rantai besi yang kuat yang dirintangi menghalang laluan kapal. Ia menghalang bantuan dan pergerakan melalui laut.

Sultan Muhammad telah mencipta satu plan luar biasa mengatasi halangan ini. Ia adalah antara rekod sejarah yang menakjubkan dari segi kreativiti dan kekuatan keinginan seorang pemimpin. Baginda mengarahkan pembinaan kapal di daratan. Dibuat pada sebelah malam supaya tidak disedari oleh musuh.

Mesti disiapkan dalam masa yang singkat. Kapal ini diluncurkan dari daratan sejauh 5km ke lautan dengan meletakkannya tergelunsur di atas batang-batang kayu yang telah diatur dan telah diminyakkan untuk melicinkan perjalanan kapal-kapal itu.

Pada masa yang telah ditetapkan, kapal-kapal ini dilancarkan dari daratan dan muncul di depan Kota Konstantinapole sebelah lautan dengan melepasi rantai besi yang telah terpasang! Ia memeranjatkan tentera musuh. 400 kapal musuh terbakar dan serangan dari lautan berjalan serentak dengan pengepungan sebelah daratan.

c. Lazimnya bila tentera sampai di pantai menghadap Kota ini, mereka terdedah kepada serangan musuh kerana kawasan yang terbuka dan jika sekiranya satu benteng pertahanan mengelakkan serangan hendak dibina, ia memakan masa selama setahun.

Sultan Muhammad telah mengarahkan benteng pertahanan menghadap tembok kota Konstantinapole itu dibina dalam masa tiga bulan dengan menggunakan segala teknik pembinaan semasa yang canggih.

Benteng Rumeli Hissari dibina di tebing sebelah Eropah, lebih kurang 5 batu dari Kota Konstantinople di mana Selat Bosphorus adalah yang paling sempit. Ia dibina bertentangan dengan Benteng Anadolu Hisar di tebing sebelah Asia yang telah dibina oleh Sultan Bayazid Yildirim dahulu.

Ia memang berjaya disiapkan seperti direncanakan.

Dari mana kekuatan keinginan seorang pemimpin ini diperolehi oleh Sultan Muhammad?

Gurunya bukan sekadar menyuntikkan kekuatan ruhani kepada bakal Sultan in, tetapi juga telah menyuntik sikap terbuka terhadap teknik dan teknologi baru yang diperlukan untuk misi mereka. Mereka juga menyuntik sikap berminda strategik dan kreatif.

Sultan Muhammad dapat menganalisis dengan tepat permasaalahan dan mencari jalan penyelesaian terhadap setiap permasalahan itu secara praktikal sebelum melancarkan misinya.

Tetapi yang paling penting, sejak kecil lagi guru-guru baginda telah membentuk minda baginda untuk merasakan dirinya lah yang disebutkan oleh Rasulullah s.a.w sebagai raja terbaik yang memimpin tentera terbaik yang akan dapat membebaskan Konstantinbapole. 
Sasaran, visi dan misi yang jelas, yang disuntikkan ke dalam minda baginda ternyata berkesan. Dari kecil, Sultan Muhammad mengimpikan bagindalah pembebas itu!

Baginda bergerak selari dengan impian ini. Akhirnya, ia adalah sebuah kenyataan.

Dari sudut kepimpinan, bapa baginda seorang yang berpandangan jauh. Sejak umur 14 tahun, Muhammad telah diminta menguruskan empayar dengan alasan, bapanya ingin menumpukan kepada ibadah.

Namun, dalam dua keadaan kritikal, bapa baginda pulang semula untuk memimpin Kerajaan Uthmaniah. Selepas ancaman kritikal itu diatasi, Muhammad diberikan peluang untuk menguruskan semula empayar yang sedang berkembang itu.

Melalui pendedahan berbentuk bimbingan ini, Muhammad terlatih menjadi pemimpin yang berkualiti.

Ditambah, sepanjang hayat baginda, guru-guru baginda yang menjadi rujukan keruhanian dan kebijaksanaan, sentiasa bersama baginda. Hatta, ketika pengepungan kota itu berlangsung, gurunya mengimamkan solat hajat semua tentera Sultan Muhammad.

Melihat 150,000 tentera Islam berbaris rapi untuk bersolat di luar kota itu, cukup untuk menakutkan musuh yang sedang berkawal dalam kota!

Pada hari pembukaan Kota Kontantinapole yang bersejarah itu, Sultan Muhammad bersujud syukur.

Sepanjang kempen, baginda tidak putus-putus mengarahkan tenteranya bertakbir dan melaungkan slogan-slogan bersemangat, termasuk motivasi berasaskan hadis Nabi bahawa Konstantinapole akan dibebaskan oleh tentera yang terbaik dan merekalah tentera terbaik yang dijanjikan oleh Nabi itu.

Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan di dalam Kota Konstantinapole yang baru sahaja dibebaskan, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam solat Jumaat yang pertama itu.

Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya berdiri dan diikuti pertanyaan: "Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali sila duduk!".

Tiada seorang pun yang duduk, kerana tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.

Pertanyaan seterusnya, "Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!".

Sebahagian daripada tenteranya duduk. Kemudian Baginda bertitah, "Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!".

Kali ini semuanya duduk, kecuali baginda sendiri sahaja yang tetap berdiri! Subhaanallah!

Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, Solat Sunat Rawatib dan Solat Tahajud sejak baligh. Tepatlah janji Rasulullah s.a.w dan kota ini kemudian bertukar nama kepada Istanbul.

Sekarang, marilah kita mengenali secara ringkas guru-guru yang berjasa besar membentuk Sultan Muhammad.

Pertama, Ahmad 'ibn Ismail Al-Kori:

Guru istimewa ini menunjukkan role model kepada Sultan Muhammad. Seorang yang wara', tidak menyembah Sultan sama seperti orang lain memberikan tunduk hormat, memanggil nama Sultan dan kerabat mereka dengan nama mereka masing-masing tanpa sebarang panggilan gelaran, bersalaman dengan mereka tanpa mencium tangan mereka. Sepanjang Ramadhan, Sultan Muhammad menghadhiri kelas mentafsir ayat-ayat Al Qur'an yang diadakan di istana baginda selepas solat zuhur, dengan guru-guru yang bersilih ganti.

Ahmad ibn Ismail lah yang mengajarkan Al Qur'an, hukum-hukum agama dan kepatuhan padanya. Ia juga membentuk rasa takwa dalam jiwa Sultan Muhammad dengan berbagai cara, termasuk nasihat-nasihat yang berkaitan dengan tugas pemerintah.

Kedua ialah Sheikh Muhammad bin Hamzah al-Rrouhy, lebih dikenali sebagai Ba'q Shamsuddin. Beliau meninggalkan kesan yang sangat mendalam terhadap keperibadian Sultan Muhammad.

Beliau telah menginspirasikan Sultan MUhammad meningkatkan aktiviti dakwah dan keislaman di bawah Empayar Othmaniah sebagai satu cara memperkuatkan empayar tersebut.

Beliaulah yang paling giat meyakinkan Sultan Muhammad bahawa beliau adalah raja terpilih seperti yang dimaksudkan oleh Rasulullah s.a.w dalam sabdanya itu.

Selain mengajarkan teras-teras ilmu Islam, Shamsuddin juga bertanggungjawab mengajar sains, matematik, sejarah, strategi perang, astronomi dan lain-lain.

Beliaulah yang telah merotan Muhammad di masa kecil tanpa sebab. Beliaulah yang mententeramkan Sultan Muhammad yang menangis kerana enggan menjadi raja. Beliaulah yang telah ditanya oleh Sultan Muhammad samada beliau boleh bersara selepas lama memerintah kerana ingin menumpukan kepada ibadah tetapi dijawab, ibadah sebagai Sultan yang adil adalah lebih berharga lagi.

Shamsuddin meletakkan insipirasi dalam dada Sultan, memberikan baginda tujuan dan misi pemerentahan yang jelas dan bersama baginda sehingga cita-cita itu tercapai.

Kerana itu lah, beliau dikenali sebagai Penakluk Ruhani Konstantinapole. Guru yang merancang lahirnya seorang pemimpin dan terukirnya sebuah sejarah. Insan pada sisi lain Sultan Muhammad al-Fatih. - Harakahdaily.

Friday, May 15, 2009

Hadits: Jangan Tertipu Dengan Dunia

Hadis Umar bin Auf r.a: Rasulullah s.a.w telah mengutuskan Abu Ubaidah bin Al-Jarrah ke Bahrain. Dia pergi ke Bahrain untuk mengambil jizyah ahli Bahrain kerana Rasulullah s.a.w telah membuat perjanjian dengan penduduk Bahrain. 

Rasulullah s.a.w telah memerintahkan Al-Ala' bin Al-Hadhrami untuk mengutip Jizyah dari penduduk Bahrain. (Selepas itu) Abu Ubaidah pulang dari Bahrain dengan harta Jizyah. 

Orang-orang Ansar telah mendengar (khabar) kepulangan Abu Ubaidah maka mereka (orang-orang Ansar) datang bersembahyang Subuh bersama Rasulullah s.a.w. Selesai sembahyang, Rasulullah s.a.w berpaling menghadap rombongan. Mereka menyerahkan wang kutipan jizyah kepada Baginda. Rasulullah s.a.w senyum ketika melihat ahli rombongan tersebut, kemudian Baginda bersabda: Aku kira kamu semua (Orang Ansar) telah mendengar (khabar) kepulangan Abu Ubaidah dari Bahrain membawa sesuatu. Mereka menjawab: Memang benar wahai Rasulullah. Lalu Rasulullah s.a.w bersabda: Maka beritahulah khabar gembira ini dan bercita-citalah apa yang menggembirakan kamu (dengan wang ini). Demi Allah. Aku tidak takut kefakiran menimpa kamu semua akan tetapi aku amat takut apabila dunia dihampar di hadapan kamu (diberikan kemudahan memiliki nikmat dunia) sebagaimana yang telah diberikan kepada mereka sebelum kamu lalu kamu berlumba-lumba untuk memilikinya sebagaimana mereka. Dunia itu akan menghancurkan kamu sebagaimana ia menghancurkan mereka .  

Inilah yang dikatakan fahaman kebendaan atau maddiyah sehingga menusia sanggup mengadaikan agama kerananya. Dengan sedikit kebendaan boleh menyebabkan manusia lupa daratan. Jika dunia dan benda menjadi matlamat hidup manusia pasti ianya akan menghancurkan dan membinasakan. Namun jika dunia hanyalah alat semata-mata untuk sampai kepada Allah, selamatlah seseorang itu, dengan dunia kita pergunakan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Dari http://idhamlim.blogspot.com/2008/01/hadits-jangan-tertipu-dengan-dunia.html

Mother we love you

A mother is a rose whose petals are soft 
A mother is a lily whose stem is tall and strong
A mother is a person will never let us down 
A mother is a person who will sacrifice for us….,
As such
Mother is a person we should love forever..

Trust her, believe her, never ever doubt her.

Please pass this to someone who is a good mother…like I just did. 

(Source: modified from an sms received from a friend)

Ulasan: Betulkah kita cintakan dan sayangkan emak kita? Mana aksimu sebagai bukti? 

Pilihan watak di tangan kita

Sejarah membuktikan, secara ringkas, ada dua jenis watak manusia. Dua watak manusia ini akan kekal sampai hari kiamat nanti. 

Pertama ialah watak Abu Lahab, Abu Jahal, Qarun, Haman Menteri Firaun, Firaun, Namrud, isteri Nabi Luth, isteri Nabi Nuh dan seumpamanya yang tidak mentaati Allah. 

Kedua Nabi-nabi, Asiah isteri Firaun, Maryam ibu kepada Nabi Isa, sahabat nabi, syuhada, ulama, wali dan pendakwah (daie) dan seumpanya yang sentiasa taatkan Allah.

Pilihan watak di tangan kita… Jangan tersalah pilih.

Hidup yang sebenar ini bukanlah lakonan, bukan filem, bukan sitcom, bukan drama dan bukan pementasan teater. 

Tetapi hidup ini realiti. Semuanya pelakunya akan di pertanggungjawabkan dan akan ditanya di mahkamah Allah nanti.

Ingatlah pesanan Allah kepada kita: Tidak sama penghuni neraka dengan penghuni syurga. Penghuni syurga itulah orang yg beruntung (Surah al-Hasyr: ayat 20).

Thursday, May 14, 2009

Islam Dulu, Kini dan Selamanya

Dulu bila Sepanyol di perintah balik oleh kerajaan Kristian...yang jadi mangsa ialah orang Islam dan Yahud. Mereka di paksa jadi Krisian, mati lemas di laut atau di bunuh/bakar hidup-hidup.

Kini bila Yahudi memerintah Israel...yang jadi mangsa ialah orang Islam dan orang Kristian sampai sekarang.

Tapi sejarah menunjukkan dulu, kini dan selamanya di mana saja bila kerajaan Islam memerintah: Orang Yahudi dan Kristian bebas beragama...begitu juga orang agama lain. Mereka juga menikmati keadilan.

Itulah cantiknya Islam. Kerana konsep yang diamalkan dalam Islam ialah ayat Quran dalam surah al-Baqarah 2:256 bermaksud "Tiada paksaan dalam agama".

Selamat berdakwah, mengajak orang ke syurga Allah yang berkekalan.

EMAK/IBU/UMMI KITA

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Orang kata aku lahir dari perut mak.. 
bukan org kata...memang betul..

Bila dahaga, yang susukan aku.... mak
Bila lapar, yang suapkan aku.... mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut.... mak
Bila bangun tidur, aku cari.... mak
Bila nangis, orang pertama yang datang .... mak
Bila nak bermanja, aku dekati.... mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah.... mak

Bila sedih, yang boleh memujukku hanya.... mak
Bila nakal, yang memarahi aku.... mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma.... mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah.... mak
Bila takut, yang tenangkan aku.... mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk.... mak
Aku selalu teringatkan .... mak
Bila sedih, aku mesti telefon.... mak

Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu..... mak
Bila bengang.. aku suka luah pada.. mak
Bila takut, aku selalu panggil... "maaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah.... mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga.... mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu.... mak
Bila ada masalah, yang paling risau.... mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku.... mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk..... mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku.... mak
Yang selalu berleter kat aku... mak
Yang selalu puji aku.... mak
Yang selalu nasihat aku.... mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk..... mak

Aku ada pasangan hidup sendiri.... 
Bila seronok, aku cari....pasanganku
Bila sedih, aku cari.... mak

Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku 
Bila gagal, aku ceritakan pada.... mak 

Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku 
Bila berduka, aku peluk erat.... emakku 

Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku 
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah.... mak 

Bila sambut hari ulang tahun.. Aku bagi hadiah pada pasanganku 
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu” 

Selalu.. aku ingat pasanganku 
Selalu.. mak ingat kat aku 

Bila-bila... aku akan talipon pasanganku 
Entah bila... aku nak talipon mak 

Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku 
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk emak 

Renungkan: 
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak?"
"mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".
Berderai air mata jika kita mendengarnya........

Tapi kalau mak sudah tiada..... .....
MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya.... 
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya..... 
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya..... 
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya....... 
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya.... 
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya..... 
dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya...... 



Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu.
Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.

Kos upah membantu ibu: 
1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4.00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00 

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar di mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama. 

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA 

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh si ibu. Si anak menatap wajah ibu, memeluknya dan berkata "Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.

RENUNGKANLAH....

Dari: http://hafidzms.blogspot.com/2009/05/selamat-hari-ibu.html?showComment=1242284820000#c437084383562375315

Ulasan: Emak telah dan akan sentiasa memberi yang TERBAIK untuk kita. Kita pula bagaimana?

Wednesday, May 13, 2009

Persediaan Untuk Bersalin & Pasca Bersalin Dengan Penawar Homoeopathy

Ihsan: Cikgu Abdul Razak bin Awang Teh, Taman Sri Skudai, 15/12/88.

1. Pulsatilla – Makan 1 dos setiap hari untuk mudahkan bersalin setelah mula kandungan 9                                    bulan.
2. Caulophyllum – Beri selepas Pulsatilla kira-kira 1 minggu sebelum hari bersalin. 1 dos                                                  setiap hari.
3. Arnica – Makan 1 dos setiap 20 atau 30 minit sebelum bersalin.
                       Makan lagi selepas bersalin.
                       Rapatkan sedikit sehingga lega sakitnya. 
                       Fungsinya: Untuk memulihkan luka organ peranakan, mengurangkan  
                                            sakit dan keletihan.
4. Hamamelis - Makan selepas Arnica jika darah banyak keluar. 1 dos per jam.
5. Cantharis – Makan 3 dos setiap hari kira-kira 5 hari sahaja.
                             Fungsinya: untuk mengelakkan keracunan fikiran, gila, kejang-kejang,  
                             keracunan darah, kancing gigi, radang pundit-pundi kencing.
6. China - Makan selepas Cantharis untuk pulihkan darah. 3 dos setiap hari kira-kira 10 hari.

7. Ferrum Phos selang dengan Kali Phos 1 dos setiap hari. Untuk menguatkan tenaga ibu dan                      bayi.

Insya Allah.

Tambahan: Ihsan dari Ustaz Esa Khalid
1. Kalau rasa anak songsang – Arnica.
2. Waktu nak bersalin – Pulsatilla.
3. Lemah-lemah/kurang darah – China.
4. Pusat bayi – Sapukan Pulsatilla.

Tambahan: Dari The Complete of Homeopathy oleh Weiner & Goss (1982) muka surat 82-83: Arnica diambil sebelum bersalin membantu mencepatkan bersalin, mengurangkan kesakitan dan mencepatkan pemulihan ibu selepas bersalin. Arnica juga di syorkan untuk bayi yang baru lahir kerana mencepatkan pemulihan daripada trauma bersalin dan mengurangkan kerosakan bagi bayi bila kesusahan bersalin. 

Kita berusaha sedaya upaya berubat dan hanya Allah sahaja berkuasa menyembuhkan sebarang penyakit. Amalan seorang pengamal Homoeopathy yang elok kita ikuti iaitu beliau akan menyebut kepada setiap pesakit selepas merawatnya, “Saya merawat dan memberikan (prescribed) ubat, semoga Allah menyembuhkan kamu”.