Friday, May 15, 2009

Hadits: Jangan Tertipu Dengan Dunia

Hadis Umar bin Auf r.a: Rasulullah s.a.w telah mengutuskan Abu Ubaidah bin Al-Jarrah ke Bahrain. Dia pergi ke Bahrain untuk mengambil jizyah ahli Bahrain kerana Rasulullah s.a.w telah membuat perjanjian dengan penduduk Bahrain. 

Rasulullah s.a.w telah memerintahkan Al-Ala' bin Al-Hadhrami untuk mengutip Jizyah dari penduduk Bahrain. (Selepas itu) Abu Ubaidah pulang dari Bahrain dengan harta Jizyah. 

Orang-orang Ansar telah mendengar (khabar) kepulangan Abu Ubaidah maka mereka (orang-orang Ansar) datang bersembahyang Subuh bersama Rasulullah s.a.w. Selesai sembahyang, Rasulullah s.a.w berpaling menghadap rombongan. Mereka menyerahkan wang kutipan jizyah kepada Baginda. Rasulullah s.a.w senyum ketika melihat ahli rombongan tersebut, kemudian Baginda bersabda: Aku kira kamu semua (Orang Ansar) telah mendengar (khabar) kepulangan Abu Ubaidah dari Bahrain membawa sesuatu. Mereka menjawab: Memang benar wahai Rasulullah. Lalu Rasulullah s.a.w bersabda: Maka beritahulah khabar gembira ini dan bercita-citalah apa yang menggembirakan kamu (dengan wang ini). Demi Allah. Aku tidak takut kefakiran menimpa kamu semua akan tetapi aku amat takut apabila dunia dihampar di hadapan kamu (diberikan kemudahan memiliki nikmat dunia) sebagaimana yang telah diberikan kepada mereka sebelum kamu lalu kamu berlumba-lumba untuk memilikinya sebagaimana mereka. Dunia itu akan menghancurkan kamu sebagaimana ia menghancurkan mereka .  

Inilah yang dikatakan fahaman kebendaan atau maddiyah sehingga menusia sanggup mengadaikan agama kerananya. Dengan sedikit kebendaan boleh menyebabkan manusia lupa daratan. Jika dunia dan benda menjadi matlamat hidup manusia pasti ianya akan menghancurkan dan membinasakan. Namun jika dunia hanyalah alat semata-mata untuk sampai kepada Allah, selamatlah seseorang itu, dengan dunia kita pergunakan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Dari http://idhamlim.blogspot.com/2008/01/hadits-jangan-tertipu-dengan-dunia.html

No comments: