Friday, December 24, 2010

6 Cara Membangkitkan Kebersamaan dan Persatuan

Dr. Dale Carnegie merumuskan enam cara untuk membangkitkan kebersamaan dan persatuan: 

1. Memberikan perhatian, simpati dan empati yang tulus kepada orang lain 

2. Memberikan senyuman yang jujur bagaikan mekarnya bunga di taman 

3. Menyapa dengan panggilan yang menyejukkan hati 

4. Menjadi pendengar yang baik dan doronglah orang lain untuk mengungkapkan isi hati dan mengalirkan gumpalan pikirannya 

5. Berbicara mengenai hal-hal yang mengasyikkan orang lain 

6. Berusaha membuat orang lain itu merasa bangga dan penting serta mengaguminya dengan ikhlas.

Sumber: http://www.dakwatuna.com/2009/mengelola-konflik-keluarga-menjadi-daya-rekat-bagian-ke-1/

Tips Komunikasi Sejuk ala Dale Carnegie

Satu-satunya cara yang benar dalam mengatasi konflik, jangan emosi dan bertengkar.

Hormatilah pendapat orang lain dan jangan cepat menghukumnya salah.

Jika anda yang salah, cepat-cepat mengakuinya dan memohon maaf secara ikhlas.

Memulai segalanya dengan cara yang ramah.

Mencuba mengubah orang dalam pendekatan persuasif bukan konfrontatif.

Biarlah orang yang anda hadapi itulah yang banyak berbicara.

Biarlah dia mengira bahwa gagasan terpilih itu datangnya dari dia.

Cuba melihat persoalan melalui kacamata orang lain.

Bersikaplah simpati terhadap gagasan dan pemikiran orang lain.

Sentuhlah perasaan orang lain dengan cara yang baik.

Jelaskan maksud dan pikiran anda dengan jelas dan menarik.

Sumber: 
Majalah GONTOR, Disember 2009, ms 36.
http://dzulfiidris.wordpress.com/2010/01/30/tips-komunikasi-sejuk-ala-dale-carnegie/

Monday, December 20, 2010

Jadikan diri penyebab hidayah

Jadilah penyebab hidayah, bukan penyebar kesesatan.

Walaupun hanya seorang manusia berjaya diajak melakukan kebaikan, adalah lebih baik daripada harta yang bernilai didunia.

Jadikanlah dirimu ejen untuk orang lain mendapat hidayah.

Asalkan Islam mulia

Biar kita susah atau menderita sedikit, biar kita terhina sedikit, ASALKAN Islam mulia.

Korbankan harta kita, korbankan jiwa kita agar mulia Islam.

Isi Hidup

Biarpun umur tidak panjang, tak punya kekayaan, tak punya kekuasan, tak cantik dan tidak termasyhur di seluruh dunia. Yang penting ialah isinya. Isi hidup ialah amal yang baik atau solih. Selamat beramal…yang baik-baik saja. Just DO it.

Baki umur kita semakin mengurang

Setiap detik berlalu, setiap langkah seharian, setiap ulang tahun kelahiran yang kita sambut semewahnya, secara sederhana atau kerana terlupa atau yang kita sengaja tidak menyambutnya menunjukkan umur kita semakin banyak digunakan. Baki umur kita semakin berkurangan.  

Sebenarnya kita semakin hampir dengan kubur kita. Selamat berbekal untuk perjalanan yang sangat jauh. Pastikan hidup kita menjadi hidup beribadah iaitu beribadah kepada Allah dan berkhidmat sesama manusia kerana Allah.