Macam mana pun kita wajar dan perlu banyak bersyukur kepada Allah. Alhamdulillah. Bila Allah berikan sesuatu..PASTINYA ada kebaikannya. Cuma ilmu dan tahap pemikiran kita yang terhad untuk menilai dan memahaminya. Lihatlah, masa hidup manusia di dunia ini kebanyakannya digunakan untuk enjoy nikmat Allah.
Cuma sekali-sekali musibah..tsunami datang melanda. Itu pun musibah hanya perit di dunia, tetapi merupakan nikmat di akhirat. Pelbagai nikmat dunia + nikmat akhirat..untuk siapa lagi..kalau bukan untuk kita juga.
Cuma nikmat di akhirat yang kekal abadi itu khusus untuk orang yang beriman sahaja. Orang kafir hanya dapat nikmat dunia sahaja.
Bersama-sama mendoakan agar kita tidak jemu-jemu menyiapkan bekal untuk kebahagiaan di akhirat yang pasti datang.
Wallahu a'lam.
No comments:
Post a Comment