Manjika! Manjika! itulah laungan kegembiraan askar-askar pribumi dari Afrika (khususnya Ghana) yang berkhidmat dengan tentera Belanda di Hindia Timur (Indonesia) apabila mereka diisytiharkan bebas dan tidak terikat dengan tenterra penjajah B
elanda. Kegembiraan mereka pasti tidak dapat dibayangkan kerana ada yang mewarisi status 'hamba tebusan' ini dari nenek moyang mereka sejak zaman penjajahan Portugis.
Inilah asal perkataan 'MERDEKA!'. Jadi dari sudur bahasa, merdeka bermaksud tidak terikat dan bebas.
Di dalam Islam manusia merdeka ialah bukan manusia yang tidak terikat tetapi manusia yang memutuskan dirinya dari semua ikatan yang membelenggu kecuali ikatan dengan Allah SWT. Jadi manusia merdeka yang sebenar ialah manusia yang bebas dari sebarang bentuk ikatan keduniaan dan sebaliknya mengikatkan diri dengan Allah SWT. Sejauh mana kuatnya ikatan itu maka semakin layak dia digelar manusia merdeka. Ikatan itu ialah 'ubudiyyah. Dan inilah deklarasi kemerdekaan bagi seorang muslim.
"Tidak AKU jadikan jin dan manusia melainkan untuk mereka beribadah kepada KU'. Sesipa yang menghayati deklarasi kemerdekaan ini dalam ertikata kefahaman dan praktik maka dia telah benar-benar menemui makna kemerdekaan sebenar.
Hakikatnya manusia tidak pernah bebas di dunia ini. Apabila dia mengistiharkan dirinya bebas berbuat apa sahaja maka ketika itulah dia akan menjadi hamba kepada dunia dan segala tipu daya dan nafsu yang memperdaya. Ketika dia mengistiharkan bahawa dia hanya memperhambakan dirinya kepada Allah iaitu kemuncak kehambaan, maka ketika itu dialah manusia yang paling bebas jiwa dan raganya - kerana dia tidak mampu di takluk oleh sesiapa hatta oleh nafsunya sendiri.
SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA YANG ke 55.

Ulasan: Perhatikan kata-kata Panglima Ruba'i bin Amir kepada Rustum, raja Farsi: "Kami adalah kaum yang diutuskan Allah untuk mengeluarkan sesiapa yang berkehendak daripada penyembahan terhadap hamba kepada Tuhan yang Esa dan mengeluarkan manusia daripada kesempitan dunia kepada keluasan dunia dan akhirat serta mengeluarkan mereka dari kezaliman agama-agama lain kepada keadilan Islam”.
No comments:
Post a Comment