Tuesday, March 19, 2013

Kenduri Kawin : Cara Kita ATAU Cara Orang?


Bismillah. Secara peribadi saya sedih dan terkilan apabila masih ada pengantin dan ibu bapa pengantin yang sanggup membuat kenduri kahwin yang menghabiskan duit bagi meraikan perkahwinan walaupun pengantin lelaki itu tidak mampu.

Duit majlis perkahwinan itu lebih dari cukup untuk membuat bayaran muka sebuah rumah. Kerana mahukan rasa seronok, kerana majlis perkahwinan ada barangan hantaran, ada pelamin, ada hiasan khemah, ada makan berdamai, ada hiasan pada sisa, ada kad jemputan, ada banner, ada kek, ada sewa baju, ada hiasan bilik pengantin, termasuk beli set katil, duit itu lebur...

Jika masih ada majoriti orang yang lebih suka berbelanja untuk seronok sementara berbanding untuk masa depan, selagi itu masyarakat itu hidup dengan konsep, pergi pagi balik petang, dapat gaji bayar hutang, anak menantu terpaksa bekerja sehingga ke liang lahad. Sekarang umur persaraan sudah dilanjutkan kepada 60 tahun, walaupun sudah ramai yang meninggal dunia sebelum mencecah 55 tahun.

Selepas ini, umur persaraan dilanjutkan kepada 70 tahun, bagi memastikan lebih banyak belanja seronok yang boleh dilakukan sewaktu muda.

Kepada ibu bapa yang ingin mengahwinikan anak, buat kenduri yang sekadar dipandang sebagai kenduri tahlil ataupun kesyukuran itu sudah terlebih berkat. Khemah sebanyak 7 ataupun lebih tidak menunjukkan kita kaya, kalau menantu sewaktu diijab kabulpun belum mampu beli rumahnya sendiri, walaupun sebuah rumah flat.

Lain sekolah, lain pula ajarannya. Yang menanggung bebanan adalah kita, pilih kaedah hidup yang tidak membebankan kita dan kita tidak menyusahkan orang lain apabila susah nanti.

Wallahualam.

Sumber: fb Shamsuddin Kadir

No comments: