Menjadi pelajar Universiti bukan boleh dicapai oleh semua orang. Dari jumlah rakan sekelas sewaktu di sekolah menengah, yang sama-sama bertungkus lumus mempersiapkan diri untuk menghadapi SPM dulu, hanya beberapa orang sahaja yang berjaya menyambung pelajaran ke Universiti di dalam mahupun luar negara. Majoriti biasanya keluar meninggalkan alam persekolahan menyertai alam pekerjaan yang mempunyai berbagai cabaran tersendiri. Their life has begun that early dan akan di ikuti oleh kawan-kawan yang berjaya masuk dan graduate dari Universiti beberapa lama kemudian.
Kalau nak dikira pula kawan-kawan sama sekolah yang berjaya menyambung pelajaran di universit lagi berkuranganlah bilangannya. Ertinya mahu tak mahu kita kena terima hakikat bahawa menjadi pelajar Universiti itu suatu yang agak istimewa, agak elitist pada pandangan orang. Mungkin sebab kita sudah lama dan biasa di Universiti, kita rasa biasa dan tiada apa-apa kelebihan atau keistimewaan.
Anda yang berjaya mendapat tempat yang istimewa ini – belajar menara gading – sangat wajar mencari dan memahami apakah sebenarnya tujuan pendidikan di Universiti. Apakah sekadar bertungkus lumus mencukupkan pengetahuan dalam pengkhususan tertentu bagi memasuki job market pada masa akan datang, seterusnya sibuk bekerja, mengejar pangkat, tukar kerja, berkeluarga sehingga selesai tempoh kehidupan di dunia ini? Kalau itulah tujuannya, tentunya tidak jelas perbezaan Universiti dengan pelbagai institusi kemahiran lain yang berselerak di seluruh dunia.
What does it mean to be educated? Walaupun kita tidak mengharapkan perfection, tetapi masyarakat menjadi confuse apabila style, gaya, perangai, akhlak pelajar Universiti tidak jauh bezanya (sama) atau tidak lebih tinggi berbanding dengan orang yang tidak pernah berkesempatan atau berpeluang belajar di Universiti. Pencapaian CPA yang hebat (apatah lagi yang tidak hebat), penganugerahan sekeping ijazah di majlis konvo yang gilang gemilang dengan disaksikan oleh ibubapa dan sanak saudara sebagai kemuncak pengiktirafan pencapaian akademik di Universiti tentu wajar diiringi dan dilengkapkan dengan beberapa kualiti lain yang boleh menyerlahkan kehebatan dan menambahkan penghormatan masyarakat kepada graduan Universiti selama-lamanya.
To be educated means to behave the way you should be, at least, according to the level of your education. Sewajarnya orang terpelajar sentiasa bervisi tinggi, berakhlak mulia melebihi orang lain, menjauhi aktiviti yang dipandang rendah atau tidak beradab oleh masyarakat yang sejahtera, sentiasa terlibat dengan usaha untuk mengurangkan atau menyelesaikan masalah yang wujud dalam masyarakat dan negara, bukan menambahkan atau mengusutkan terhadap masalah yang sedia ada. Our beloved nation has enough problems out there.
Semua sifat mulia ini perlu dibina, diperkukuhkan dan diperlengkapkan bersama-sama sewaktu masih dikampus sebagai persiapan untuk kehidupan selepas kampus yang lebih panjang dan berliku-liku. Jangan jadikan kesibukan harian sebagai pelajar Universiti sebagai alasan. Perlu diderima bahawa kehidupan bekerja nanti akan lebih sibuk sebenarnya berbanding kesibukan sebagai pelajar kini.
Hanya excellent dalam bidang akademik (apatah lagi kalau tidak excellent) di Universiti tetapi tidak menggunakan masa di kampus untuk menjadi manusia yang berakhlak mulia in its true and wider sense adalah tidak cukup. Kesibukan sebagai pelajar menyebabkan tidak prihatin bersama-sama menyelesaikan permasalahan masyarakat. Pelajar Universiti sepatutnya menjadi contoh ikutan orang lain. Kalau tidak, masyarakat luar akan terus dilanda confusion apa ertinya menjadi educated dan belajar di Universiti…………
Teruskan mencari makna sebenar tujuan mendapat pendidikan di Universiti. Amalkan ia dalam kehidupanmu. To be a good person secara consistent is not easy. Don’t wait until tomorrow.
Masa bertindak ialah NOW for the sake of tomorrow that will eventually come. You decide. For the good of our shared Malaysia ..
1 comment:
anugerah sijil yg diberi.. smmgnya lambang kejayaan seseorg.. mmg benar..kejayaan individual itu perlu dari segi akhlak mahupun akademik.. jika cemerlang dlm akademik..namun rosak akhlak..
BUKAN cemerlang namanya..
Post a Comment