Allah berfirman:
"Dan janganlah kamu mendekati zina" (Quran: Al-Isra’: 32)
“Mendekat saja tidak boleh. Tahu maksudnya mendekat perzinaan? Ertinya dengan pergaulan yang bebas, rapat dengan perempuan yang bukan muhrimnya atau sudah tahu tempat itu tempat ‘kupu-kupu malam’ dia berbuat...“Tidak cuma mendekat saja, cuma melihat saja” Kenapa? “Cuci mata” katanya begitu. Itu namanya sudah mendekati perzinaan.
Macam orang-orang yang membaca majalah-majalah yang cabul, majalah-majalah yang tidak senonoh, filem-filem yang tidak patuh, blue filem (filem lucah) dan sebagainya. Itu namanya sudah mendekati perzinaan – sebab dengan melihat gambar-gambar, surat khabar, majalah-majalah, yang meransang menimbulkan nafsu, atau melihat filem-filem yang menimbulkan nafsu itu bererti mendekatkan diri kepada perzinaan.
Sebab apa? Kalau nafsu sudah melonjak, orang akan jadi buta tuli. Justeru itu Allah tidak melarang kita “walaa taznuu” (dan jangan berzina) tetapi “walaa taqrabuz zina” (dan janganlah mendekati zina).
Mendekatkan diri kepada perzinaan saja (sudah) tidak boleh, apa lagi kita berzina. Lebih-lebih (tidak boleh).
Kerana itu perempuan-perempuan muslimah disuruh menutup aurat, supaya tidak menimbulkan nafsu buat lelaki. Allah dan Rasul(Nya) melarang percampuran bebas lelaki dan perempuan yang bukan muhrim – kerana hendak mengamalkan “Janganlah kamu mendekati zina.”
(Dari keset ‘Amaran Allah’ oleh Habib Sheikh
Al- Jufri, pendakwah bebas daripada negara jiran Indonesia, yang pernah didapati di Malaysia suatu masa dulu)
“Janganlah kamu menghampiri (mendekati) zina” (Quran: Al-Isra’: 32)
Dimaksudkan dengan kata-kata “menghampiri” itu, ialah bergaul bebas itulah antara dua jenis yang berbeza itu.
Perbuatan-perbuatan sebelum perzinaan terjadi, adalah perbuatan “kotor” yang dilarang dan apa lagi kalau sampai kepada perzinaan.
Zina itu adalah larangan mutlak dari agama.
Melakukan sanggama (perhubungan jenis) antara wanita dan lelaki tidak pernah mendapat izin agama, selain antara dua orang suami isteri. Di sini, tidak pernah berlaku kata-kata “darurat” atau apa yang dikatakan sangat “mendesak”.
Seorang tidak boleh melakukan zina dalam keadaan betapapun juga. Seorang lelaki hanya dibenarkan berjimak dengan isterinya yang halal.
(Sedutan pada buku “Tuntunan Perkahwinan dan Rumah Tangga Islam”, muka surat 248 oleh Tamar Djaja (1980), terbitan PT. Al-Ma’arif Bandung)
JOM KITA TAAT
Hidup kita akan lebih bermakna dengan kita mentaati Allah. Akan datang suatu hari akan bila kita mahu tidak mahu akan pulang bertemu Allah Maha Pencipta. Penuhkan hari-hari kita dengan mentaati Allah. Doakan supaya Allah menolong kita supaya mentaatinya. Ajak kawan-kawan supaya bersama-sama.
BERSAMA MEMBINA DUNIA SEJAHTERA
No comments:
Post a Comment