memperkatakan mengenai jiwa kita yang merdeka supaya terus dan tetap merdeka :: dealing on the freedom of mind & soul so that they will be free forever
Thursday, May 25, 2006
PEREMPUAN ATAU BETINA?
Aku tidak mahu mati kerana seorang BETINA.
Pilih...
Translation:
I was born by a good WOMAN.
I don't want to die for the sake of a bad WOMAN.
Choose...
(terima kasih Cikgu Halim R..kerana mengajar erti kehidupan)
Kearah Dunia Adil & Sejahtera
Wednesday, May 10, 2006
SIFAT-SIFAT PAKAIAN WANITA ISLAM
1. Pakaian itu mestilah menutup aurat.
2. Pakaian itu tiada terlalu tipis sehingga tampak terbayang-bayang tubuh badan dari luar.
3. Pakaian itu tiada ketat atau sempit, tetapi longgar atau selesa dipakai. Ia menutup bahagian-bahagian bentuk tubuh yang menggiurkan nafsu lelaki dan ia menutup aspek kehaiwanan dari insan itu.
4. Warna pakaian itu suram atau gelap, seperti warna hitam atau kelabu asap atau perang, sehingga tiada bernafsu lelaki melihatnya.
5. Pakaian itu tiada sekali-kali disemerbakkan dengan bau-bauan yang harum, demikian juga tubuh badan perempuan itu, kerana bau-bauan itu ada pengaruhnya atas nafsu kelamin yang ajnabi.
6. Pakaian itu tiada bertasyabbuh dengan pakaian lelaki, yakni tiada meniru-niru atau menyerupai pakaian lelaki.
7. Pakaian itu tiada bertasyabbuh dengan pakaian perempuan kafir atau musyrik.
8. Pakaian itu bukanlah libasusy-syuhrah, yakni pakaian untuk bermegah-megah, untuk menunjuk-nunjuk atau berhias-hias.
Kearah Dunia Adil& Sejahtera
Di ambil terus dari sumber asal:
Wan Muhammad bin Wan Muhammad Ali (1979). Al-Hijab: Sebuah Risalah Tentang Aurat Lelaki dan Aurat Perempuan dan Tentang Hijab Wanita Islam. Kuala Lumpur : Percetakan Watan.
Monday, May 08, 2006
PAPAYA AS CANCER MEDICINE?
Directions (see pages 79-80):
1. Use 7 medium size papaya leaves – not very old ones, and not too young.
2. The leaves should be washed thoroughly and partly dried.
3. Cut them like cabbage.
4. Put them in a saucepan together with 2 litres of water.
5. Bring the water and leaves to the boil and simmer (without a lid) until the water is reduced by half.
6. Strain the liquid and bottle in glass containers.
7. The concentrate will keep in the refrigerator for 3 to 4 days.
8. The recommended dosage is 50ml three times a day.
9. If the concentrate becomes cloudy it should be discarded.
Dear cancer suffers, why not we just try drinking papaya leaf concentrate. There is nothing wrong to try. Hopefully by Allah’s Mercy and Permission, we are healed...then we can many things to do to help His Way and His servants. Allah Knows better.
Towards Just & Peaceful World
Reference:
Harald W Tietze (2001) Papaya as Medicine. Subang Jaya: Pelanduk Publications. Originally published in 1997 oleh Harald W. Tietze Publishing Pty Ltd, Australia.
BETIK UBAT KANSER?
Caranya (lihat m.s 79-80):
1. Ambil 7 helai daun yang sederhana besarnya -- daun betik yang tidak terlalu tua, dan tidak terlalu muda.
2. Basuh daun2 itu dan toskan.
3. Potong daun2 itu kecil2 seperti kita potong kobis.
4. Masukkan daun yang sudah dipotong ke dalam periuk bersama 2 liter air sejuk.
5. Rebus perlahan2 sehingga mendidih dan air menjadi setengah.
6. Tapis dan masukkan ke dalam bekas kaca.
7. Simpan di dalam peti sejuk sehingga 3 atau 4 hari.
8. Minum sebanyak 50 ml tiga kali sehari.
9. Kalau air sudah menjadi keruh (cloudy) sila buang.
Wahai tuan dan puan yang menderita kanser cubalah minum air rebusan daun betik. Belum cuba belum tahu. Tidak salah untuk mencuba. Hanya dengan rahmat dan izin Allah, kita akan sembuh...dan boleh terus membantu Allah dan hambaNya. Wallahu a’lam (Allah lebih mengetahui).
Kearah Dunia Adil & Sejahtera
Rujukan:
Harald W Tietze (2001) Papaya as Medicine. Subang Jaya: Pelanduk Publications. Asal di terbitkan pada 1997 oleh Harald W. Tietze Publishing Pty Ltd, Australia.
Tuesday, May 02, 2006
Terapi Gangguan Jin dengan Ruqyah & Doa
Dalam muqaddimah buku Terapi Gangguan Jin dengan Ruqyah & Doa (200?), Ustaz Fadhlan Abu Yasir menulis:
“Banyak sekali gangguan syaitan (jin kafir atau jin fasik) terhadap anak Adam (manusia). Boleh (bisa) dari luar jasad dan bisa langsung merasuk ke dalam jasad. Sebahagian jin mampu menampakkan diri, melakukan gangguan dengan suara, bau (aroma), gerakan yang menunjukkan adanya kekuatan pada suatu tempat dan ada juga gangguan fisikal seperti sakit pada bahagian tertentu atau mempengaruhi jiwa manusia.”
Dalam buku panduan Terafi Gangguan Jin Dengan Ruqyah & Doa dengan Kaset (2004), Ustaz Fadhlan Abu Yasir menulis:
“Melakukan terafi gangguan jin tidaklah sulit. Buktinya tidak ada ulama salaf yang terkenal sebagai seorang pakar (specialist) terafi gangguan jin atau terafi serangan sihir. Mereka umumnya mampu, dan banyak riwayat tentang kemampuan mereka dalam terafi.
Saya ingin memasyarakatkan terafi gangguan jin secara Islami agar masyarakat mendapatkan hidayah Allah dan menjauhi paranormal, dukun, tukang sihir, dan sejenisnya.”
Allah memberikan petunjuk kapada kita dalam melawan gangguan jin dengan cara berlindung kepada kepada Allah dari kejahatan mereka. Jom kita sama-sama amalkan ruqyah dan doa syar’iyyah (yang diizinkan oleh syari’at) sebagai tuntutan Islam untuk menghadapi segala gangguan tipu daya syaitan. Kita sama-sama boleh laksanakannya.
Kearah Dunia Adil & Sejahtera
Rujukan
Ustaz Fadhlan Abu Yasir (2004). Terapi Gangguan Jin dengan Ruqyah & Doa dengan Kaset. Yogyakarta : Penerbit tiada diberikan.
Ustaz Fadhlan Abu Yasir (200?). Terapi Gangguan Jin dengan Ruqyah & Doa. Yogyakarta (?) : Maktabah Bin Ali.
Hassan Bishri (2005). 53 Penjelasan Lengkap Tentang Ruqyah. Cetakan Kelima.