Wednesday, October 11, 2006

PESANLAH KEPADA ANAK-ANAK TERSAYANG

Kita tertanya-tanya: Apa yang hebat sangat tentang agama-agama lain sehingga sanggup keluar Islam? Adakah agama lain yang lebih hebat, benar dan betul dari Islam…sehingga sanggup murtad dari Islam?

Seolah-olah wujud gerakan sulit terancang untuk memurtadkan ummat Islam terutamanya anak Islam kesayangan kita dengan pelbagai cara terutama melalui budi, cinta dan kahwin. Lantas semudah itu Islam di korbankan.

Apakah segunung kasih dan selaut budi yang di terima dari kenalan atau kekasih yang kafir itu MELEBIHI kasih sayang ibu bapa sejak sebelum di lahirkan, sewaktu bayi dan sewaktu membesar kanak-kanak…..serta kasih sayang Allah menghidupkan kita dan mengurniakan kita segala-galanya.

Ingatlah KEBENARAN hanya satu bukan dua atau tiga… Berpeganglah kepada TRUTH (kebenaran) sampai mati dan sampaikan kepada kawan-kawan keliling kita. Carilah KEBENARAN dengan banyak membaca buku, mengkaji Al-Quran banyak berbincang dengan pakar.

Kita sebagai ummat Nabi terakhir mesti berdakwah kepada orang kafir di mana saja. Melalui dakwah, sudah ramai kafir menjadi muslim saudara kita. Melalui dakwah juga, orang Islam bertambah baik iman dan amal mereka. Tanpa dakwah, tiada apa yang boleh menyelamatkan kita dari neraka di akhirat.

Oleh kerana kita terleka dan tidak berdakwah menyebabkan kesesatan dan kebatilan di pandang sebagai kebenaran. Kita orang Islam sepatutnya meneruskan berdakwah kepada kebenaran Islam. Sejarah mengajar kita hanya dengan dakwah kebenaran sahaja akan mengalahkan kesesatan dan kebatilan. Orang Islam kena ingat dakwah Islam sangat penting untuk survival umat termasuk diri kita dan keluarga.

Jom teruskan dakwah, selamatkan semua orang termasuk semua yang di sayangi.

Kearah Dunia Adil & Sejahtera

No comments: