memperkatakan mengenai jiwa kita yang merdeka supaya terus dan tetap merdeka :: dealing on the freedom of mind & soul so that they will be free forever
Wednesday, October 11, 2006
SAYURAN SEGAR DAN IKAN MELALUI AKUAPONIK
Anda dan keluarga sukakan sayuran segar sepanjang tahun serta suka memperolehi berkilo-kilo ikan? Caranya mudah saja iaitu melalui akuaponik. Anda cuma perlu peruntukkan masa 5 minit sehari untuk berladang cara akuaponik walaupun dengan pakaian yang anda pakai ke pejabat. Tidak perlu mencangkul, merumput, menggembur dan membongkok atau duduk lama yang menyiksa badan. Sistem akuaponik tidak menggunakan sebarang racun rumpai dan racun serangga. Juga tidak perlu bimbang untuk menyiram sayuran setiap hari. Anda hanya memberi makan kepada ikan lalu menyebabkan anda mendapat sayuran dan ulam segar.
Akuaponik (aquaponic atau aquaponics) adalah gabungan berternak atau memelihara ikan dan sekaligus menanam sayuran menggunakan air tanpa menggunakan tanah. Ikan air tawar yang anda suka (contohnya ikan tilapia, ikan keli, ikan emas, ikan koi atau udang galah dll) boleh di ternak atau di pelihara di dalam kolam atau tangki.
Kehadiran ikan dalam kolam@tangki ikan akan menyebabkan air menjadi beracun/toksik kepada ikan. Dalam sistem akuaponik, air kumbahan dari kolam ikan akan di sedut sebagai pupuk@baja menggunakan pam ke dalam ruang tanaman yang terdiri dari kerikil yang di tanam dengan pelbagai jenis sayuran, herba atau pokok bunga hias.
Kehebatan Allah menjadikan bakteria nitrosomas and nitrobactor untuk menukarkan air kumbahan menjadi baja kepada tanaman dan sekaligus membersihkan air yang kemudiannya di alirkan ke kolam ikan menggunakan graviti (di sebut air terjun buatan) yang sekaligus memperkayakan kandungan oksigen dalam air. Proses yang berlaku menyebabkan air menjadi bersih dan di kitar untuk kegunaan ikan.
Bahan mudah untuk membina sebuah sistem akuaponik anda adalah:
1. Kolam di dalam tanah atau atas tanah menggunakan kok konkrit (precast concrete ring dengan lantai), tangki PVC atau kaca gentian
2. Paip PVC dan bahan kerja paip yang bersangkutan
3. Bekas tanaman sebesar mungkin daripada pvc, plastik atau kaca gentian di atas pelantar yang sesuai
4. Pam akuarium yang sesuai.
Lubang-lubang kecil perlu di tebuk pada paip PVC untuk membolehkan air daripada kolam ikan keluar mengairi ruang tanaman yang di isi dengan kerikil.
Perhatian: Nisbah isipadu air tangki ikan : kerikil dalam bekas tanaman = kira-kira 1.3 : 1.
Akuaponik adalah sesuai untuk sebarang saiz berdasarkan kreativiti anda samada di amalkan sebagai hobi untuk manfaat sendiri dan keluarga, untuk pelajar tadika atau sekolah rendah/menengah memahami sains mengenai ekosistem mini yang mengaitkan hubungan rapat dan berterusan diantara ikan, bakteria dan sayuran; pertubuhan kebajikan contohnya rumah anak yatim, pusat serenti; dan untuk kegunaan komersial.
Anda dan keluarga akan terpegun melihat kehebatan Allah menjadikan ekosistem ikan, air, bakteria dan sayuran yang saling membantu untuk kesejahteraan manusia. Wajar benar kita mentaati Allah dalam hidup yang sementara ini. Selamat memetik sayuran segar dan ikan. Berkongsilah ilmu, sayuran dan ikan dengan jiran anda.
Kearah Dunia Adil & Sejahtera
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
camana kalu nak tau lebih lanjut pasal kolam kebun ni? pejabat pertanian tau ke pasal ni? mcm menarik jer :)
Belajar dan baca dalam internet. Terlalu banyak sumber untuk di baca. Sistem ini popular di negara maju...sama ada untuk hobi atau komersial.
Dengan guna akal, boleh....
Para cendekiawan, boleh kaji sistem ini...
sistem ni dah lama dibuat..universiti tempatan pun ada gak buat research..rasanya kat UM kot..dia org tanam pegaga air sebagai alat penapis
numpang nanya..
air yg dr kolam ke tanaman itu ngalir terus slama 24 jam kah..???
lz
Dear Samuel
Saya telah cuba kedua2 cara: alirkan terus 24 jam dan pada selangan @ interval masa 15 minit guna timer...
Gunalah salah satu pilihan hati.
Terima kasih UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU (UMT)kerana sudi ke bawah memajukan lagi seni akuaponik di negara kita....
Salam 1Malaysia
Malaysia's very own Aquaponics...
Check us here :
http://lpgdsmartaquaponics.blogspot.com/
Post a Comment