Tidak mempunyai teman wanita (girlfriend) adalah LEBIH SELAMAT bagi lelaki kerana boleh mengelakkan zina. Maaf kerana terpaksa menghebahkan walaupun melawan arus bahawa teman wanita (girlfriend) bukan dari budaya kita. Budaya girlfriend di mana saja hanya menjatuhkan martabat dan maruah kaum perempuan. Hanya berpegang kepada agama kita akan selamat sepanjang hidup dunia akhirat.
Ketenangan dan ketenteraman adalah milik Allah dan di kurniakan kepada sesiapa yang di kehendakiNya. Jalan yang paling mudah untuk mendapatkannya ialah dengan mentaati Allah. Tidak mungkin kita mendapatnya dengan kita melakukan keengkaran kepadaNya.
Lihat saja kehidupan artis di mana jua, termasuk sayangnya artis-artis tempatan, seolah-olah dunia indah gemerlapan kehidupan milik mereka. Hidup bersama lelaki-perempuan sebagai pasangan ideal, the most loving couple pergi ke hulu ke hilir tanpa mengira langsung hukum agama. Semuanya yang indah cuma berlaku sebelum nikah pada hal jelas perbuatan itu haram.
Lepas nikah, sibuk dengan urusan cerai yang tak habis-habis. Apa ertinya ini semua? Jalan agama adalah sebaik-baik cara untuk hidup tenteram kerana Allah menguasai setiap sesuatu hatta hati manusia. Hidup ini terlalu pendek untuk bermaksiat kepada Allah. Jangan ingat kita menguasai hidup ini. Dari Allah kita datang dan Allah Maha Berkuasa.
Kearah Dunia ADIL dan SEJAHTERA
No comments:
Post a Comment