Friday, August 29, 2008

Akademi Nasyid : Ke Arah Mana?

Sejuk hati bila melihat juri yang bersopan memberikan komen terhadap peserta dan penonton yang juga bersopan. Tapi banyak soalan timbul bila menonton Akademi Nasyid di TV9. Lebih kurang sebulan dulu bila Akademi Nasyid telah menjemput beberapa penyanyi tersohor mempersembahkan nyanyian mereka di hadapan penonton hati kami sekeluarga tertanya kenapa? Kemudian bila hujung-hujung, ramai peserta yang kalah telah di ambil semula. Kami tertanya-tanya. Kemudian peserta-peserta yang akan ke peringkat akhir datang bersama-sama penghibur idola mereka. Malam itu (minggu sudah) peserta-peserta Akademi Nasyid nampaknya seronok kerana bersama penyanyi idola mereka. Kami tertanya-tanya lagi.

Seperti kita tahu, Akademi Bola di wujudkan untuk melatih pemain bola profesional. Tujuan Akademi Badminton pula ialah untuk keluarkan pemain badminton profesional. Sementara Akademi Fantasia (AF) ialah sebuah rancangan realiti televisyen yang pertama di Malaysia yang mana peserta yang disebut sebagai pelajar akan bersaing untuk mendapatkan gelaran juara dan berpeluang memulakan karier dalam industri hiburan iaitu menjadi penyanyi profesional.

Secara ringkasnya tujuan Akademi Nasyid untuk menghasilkan penasyid profesional. Pelik tapi benar dan SEDIH apabila KEBANYAKAN pelajar Akademi Nasyid masing-masing mempunyai idola hiburan mereka iaitu PENYANYI bukan penasyid-penasyid seperti yang kita sedia maklum. Setakat ini Radio IKIM membuka ruang luas untuk nasyid berkembang. Kita juga tidak mahu Radio IKIM di penuhi lagu dari PENYANYI idola penasyid-penasyid tadi.

Akademi Nasyid seolah-olah hilang arah dan sudi memberikan ruang untuk PENYANYI padahal mereka ada dunia tersendiri. Kita yang lebih selesa mendengar nasyid yang membentuk kesedaran pun tidak perlukan PENYANYI-PENYANYI untuk mewarnai dunia nasyid untuk mempengaruhi anak muda kita. Bukankah ramai penasyid-penasyid yang terdapat di seluruh dunia yang boleh di jadikan contoh ikutan pelajar (penasyid baru). Eloklah mengambil yang elok dari yang sudah tersedia elok supaya kita menjadi semakin elok.

Walaupun begitu perlu ingat menjadi penasyid bermakna sudah berada di tepi dunia hiburan. Di sebut di tepi kerana dunia hiburan biasanya penuh dengan maksiat. Kalau tak berhati-hati, kita akan terjatuh ke dalam perangkap yang menelan ramai kerana mencari kehebatan dan kegemerlapan dunia tanpa panduan agama. Tanpa latihan pun kita boleh jadi hebat. Inikan pula dilatih hebat oleh sifu yang hebat.

Oleh itu penasyid selama-lamanya perlu rapat dengan agama iaitu mengamalkan agama dengan ikhlas. Ikutilah kelas pengajian agama dan program yang membolehkan diri sayang kepada Allah dan Rasulullah s.a.w. Tanpa agama nasyid sudah tidak ada maknanya. Nasyid yang di dendangkan hanya menjadi halua telinga, tidak menyerap ke dalam hati pendengar kalau penasyidnya hidup bercelaru macam penyanyi. Penasyid mesti menjadi agen perubahan dalam mesyarakat untuk mendekatkan hati pendengar dan peminat kepada mencintai dan memperjuangkan agama dan kebenaran. Maaf cakap, kalau tidak, lebih baik undur kerana hidup kita ini adalah real yang akan di soal di akhirat. Hidup ini BUKAN lakonan.

2 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum

Baguslah jika anda seorg yg kritis, dan timbangan yg digunakan adalah timbangan ruh Islam itu sendiri.

Cuma saya terkilan baca artikel ini, kerana saya seorang yg selalu mendekati anak2 remaja yg suka seni, sukan ekstrem dan sebagainya dan mengajak mereka kpd kebenaran, dgn pelbagai cara, samada yg nyata atau halus. Saya selalu gunakan apa sahaja yg saya ade (wang, kreativiti, skill dsb) utk mendekati dan menarik kpd kebaikan. Pada saya kan lebih baik kiranya anda sendiri approach kesemua peserta itu, dan pimpin lah ke jalan yg benar yg kita semua perjuangkan, kan ke elok begitu dari dikomen semata-mata.

Akademi Nasyid, kalau dipandang secara positif, telah memberikan kpd kita senjata yg cukup tajam (peserta2 itu sendiri), samada utk dakwah atau menyesatkan, tinggal lagi adakah kita2 ini yg punyai kesedaran mahu berusaha mendekati mereka dan gunakan atau ajak mereka perjuangkan agama, tak ke lg manis pendekatan mcm tu..

Wallahu a'lam

sohibul 'izzah

p/s: Suka lihat dr asri (mufti perlis) yg berusaha menerbitkan album semata-mata nak beri alternatif hiburan murni sebelum ambil tindakan ke atas hiburan tak murni

jiwakitamerdeka said...

sila lihat lagu2 dari aa gym, seorang pendakwah dari seberang...

penasyid bukan buat duit sahaja drpd bernasyid tapi mengajak orang mendekati Allah...

Anak-anak kita jadi confuse bila akademi nasyid jadi cacamerba...bila penasyid pun sama.

Wallahu a'lam.