Kadang-kadang kita merasakan hidup ini seolah-olah mimpi. Sesuatu yang ada kita sayangi, kemudian hilang tiba-tiba tanpa izin dari kita.
Tapi hidup ini realiti. Setiap waktu berlalu tidak akan datang semula.
Janganlah bimbang kerana Rasulullah s.a.w. memberi keyakinan kepada kita bahawa kita akan dapat balik apa yang kita lakukan di dunia. Semuanya di ganjari sewajarnya oleh Allah.
Bagi kita yg masih tinggal, lakukan amalan yang terbaik di sini (DO THE BEST here) supaya di kurniakan yang terbaik (to get THE BEST there) iaitu syurga Allah di akhirat.
Sementara masih sihat atau tak uzur sangat, sumbangkan masa dan tenaga untuk membantu agama Allah.
Bila dah tak boleh......tinggal kenangan.
DO IT NOW...senang cerita.
1 comment:
Daripada Abu Abbas, Abdullah bin Abbas r.a : Bahawa pada suatu hari saya sedang berada di belakang Rasulullah SAW ( di atas binatang tunggangannya ), lalu sabda baginda : ‘Wahai anak kecil, sesungguhnya aku telah mengajar kamu beberapa perkataan. Peliharalah ( perintah ) Allah, nescaya Dia akan memelihara kamu, peliharalah ( kehormatan ) Allah, nescaya engkau akan merasakan Dia berada bersama-samamu. Jika engkau memohon, pohonlah kepada Allah semata-mata. Jika engkau meminta pertolongan mintalah kepada Allah semata-mata. Ketahuilah bahawa jika semua umat manusia berkumpul untuk memberikan kepadamu sesuatu menafaat, nescaya mereka tidak akan mampu memberi menafaat itu, melainkan dengan sesuatu yang telah ditaqdirkan oleh Allah. Begitu juga sekiranya mereka berkumpul untuk menentukan suatu mudharat untuk kamu, nescaya mereka tidak akan mampu menentukannya, melainkan dengan suatu yang telah ditentukan Allah ke atas kamu. Telah diangkat kalam ( tulisan ) dan telah kering ( tinta ) buku catitan.’
(Riwayat Tirmizi)
Post a Comment