Mungkin kita sewaktu hidup ini sentiasa di penuhi kawan, taulan dan penyokong. Tapi kita semua akan bertanggungjawab secara INDIVIDU di hadapan Allah di mahkamah akhirat, tanpa kawan, tanpa peguambela. Saksi Allah pada hari itu ialah seluruh anggota badan kita yang pernah melakukan maksiat.
Lidah yang bijak bermain kata-kata tidak dapat bersuara kerana mulut kita pada hari itu akan dikunci rapat.
Oleh itu, jagalah iman dan Islam sementara ada.
Tentunya tidak rugi sama sekali menjadi soleh dan musleh.
Berhambakan tangan, bersaksikan mata dan berhakimkan hati kita rugi kalau sewaktu hidup di dunia dulu tidak mentaati Allah.
No comments:
Post a Comment