Tuesday, November 17, 2009

Khasiat Bunga Cengkih

5 Khasiat Bunga Cengkih

Antara amalan yang diamalkan oleh Tuan Guru Hj Hashim, Mudir Pondok Pasir Tumboh, Kota Bharu, Kelantan, Malaysia sejak berumur 17 tahun lagi hingga sekarang yang hampir mencecah umur 90 tahun ialah makan bunga cengkih.

Antara kelebihan makan bunga cengkih ialah:

1. Paru-paru dapat berfungsi dengan baik yang membolehkan suara sentiasa lantang

2. Jantung berdegup dengan baik yang menjamin kesihatan

3. Mata dapat melihat dengan baik walau pun telah berusia

4. Gigi dapat tahan daripada gangguan ulat sehingga tahan lama

5. Otak sentiasa berkembang yang menguatkan ingatan berbanding suka minum ais atau pulut yang membawa kepada tertutupnya otak yang melemahkan ingatan

Cara makan

Sebaiknya 10 kuntum bunga cengkih sehari

Buat macam coklat/gula-gula dengan digigit/kemam dan dihisap airnya.

http://aki2004.wordpress.com/2008/10/21/5-khasiat-bunga-cengkih/

Nota Tambahan: Inna lillaahi wainna ilaihi raaji'uun. Setelah berpuluh tahun berkhidmat sebagai pengajar utama di Pondok Pasir Tumbuh, Kota Bharu, Tuan Guru Haji Hashim, 88 tahun,  telah kembali ke rahmatullah pada 1 Syawal 1432H bersamaan 30 Ogos 2011M pada jam 1.10 tengahari dan disemadikan di tanah perkuburan Islam Pondok Pasir Tumboh pada jam 6.30 petang.  

Allaahum maghfirlahu warhamhu wa 'afihi wa'fuanhu. Allahumma laa tahrimnaa ajrohu walaa taftinna ba'dahu waghfirlana walahu. Aamiin.
Sumber: http://albakriah.wordpress.com/2011/08/31/mudir-pondok-pasir-tumboh-sekarang/

No comments: