Thursday, October 21, 2010

Tugas Manusia sebagai Khalifah di Bumi

Dalam ayat Quran, surah Al-Baqarah ayat 30 Allah SWT telah menyebut mengenai penciptaan manusia dan penguasaannya di bumi, seperti berikut: 

Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi." Mereka berkata: "Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui." 

Dalam kitabnya Tafhim al-Qur'an (The Meaning of the Qur'an), Sayyid Abul Ala Maududi telah menerangkan definisi khalifah, seperti berikut:

Khalifah: one who exercises the delegated powers on behalf of another as his vicegerent. Khalifah thus is not the master, but deputy of the Master; his powers are not his own but delegated to him by the real Master. He has, therefore. no right to have his own will but he is there to fulfil the will of the delegating Authority. It would be dishonesty and treason, if he assumed sovereign powers, or used them according to his own whim, or if he acknowledged another as his sovereign and submitted to his will.

Terjemahannya: 

Khalifah: khalifah ialah orang yang melaksanakan kuasa yang perturunkan oleh pihak lain. Khalifah sehingga tidak menjadi tuan, tetapi hanya wakil dari tuan; kuasanya itu tidak sendiri melainkan didelegasikan kepadanya oleh tuan sebenar. Oleh itu. seseorang khalifah tidak berhak untuk memiliki kehendaknya sendiri tetapi mesti memenuhi niat Pihak Berkuasa mendelegasikannya. Sekiranya khalifah menganggapnya mempunyai kuasa mutlak, atau digunakannya sesuai dengan kehendak sendiri, atau jika dia mengakui pihak lain sebagai kuasa dan menyerahkan kemahuannya kepada pihak itu akan dianggap ketidakjujuran dan pengkhianatan.

Ulasan: Kedudukan manusia sebagai khalifah hanyalah sebagai wakil Allah untuk melaksanakan segala perintah/kehendak Allah sewaktu hidup di muka bumi. Ertinya sentiasa melaksanakan peraturan Allah bukan melaksanakan peraturan buatan sendiri. Amat tidak wajar kita hidup di bumi ini tetapi bersungguh-sungguh melaksanakan peraturan buatan sendiri bahkan tidak mengendahkan peraturan Allah atau menghinanya.  Sebagai perumpamaan, duta negara (ambassador) di sesebuah negara lain, sekiranya tidak mengikut peraturan negaranya dan mengagung-agungkan peraturan negara lain, sudah tentu di kenakan disiplin oleh negaranya. Jom kita menjadi khalifah Allah yang baik yang sentiasa melaksanakan peraturan Allah.

Rujukan: 
Sayyid Abul Ala Maududi - Tafhim al-Qur'an - The Meaning of the Qur'an
Surah Al Baqarah (The Cow) (2: 30), Footnote No. 38. http://www.englishtafsir.com/Quran/2/index.html



Tuesday, October 12, 2010

Fesyen Tudung Bersanggul

oleh: Nik Noor Azman Ghazali

Sanggul yang saya maksudkan adalah seperti dalam gambar di sebelah. Memakai tudung yang menampakkan bonggolan dikepala. Jadi, sebab tadi saya dah terbaca berkaitan pemakaian tudung sebegini, jadi semestinya saya share dengan anda semua . Renungkanlah hadith-hadith dibawah:

“Akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid.

Wanita-wanita mereka( isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang (nipis & ketat).

Di atas kepala mereka pula(wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat” – Hadith Riwayat Ahmad, jil.2, ms. 223. 

Rasulullah S.A.W bersabda:

“Dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka didunia: golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang.

Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini” – Hadith Riwayat Muslim. Hadith no 212.

Jawapan dari Ustaz Nor Amin

Ingatan kepada semua, wanita yang tidak menutup aurat adalam dosa dan haram perbuatan tersebut. Wanita yang bersanggul tinggi yang tidak menutup aurat adalah dosa dan haram sepertimana dinyatakan oleh hadis yang pertama di atas. Masalah ini beza dengan wanita yang bertudung, tetapi mempunyai sanggul tinggi di dalam tudungnya.

Masalah sanggul rambut tinggi seperti bonggol unta ini mestilah dilihat dari tujuannya. Kenapa disanggulkan rambut tersebut? Adakah ia untuk diperlihatkan kepada orang ramai? Adakah untuk menjadikan dirinya cantik? Atau sebagainya. Menurut saya, kalau sanggul tersebut dibuat adalah untuk kecantikkan dan diperlihatkan oleh orang yang bukan mahram, maka ia haram kerana ia menimbulkan fitnah dan menarik perhatian lelaki yang bukan mahram. Ini jelas bahawa wanita Islam hanya boleh menghiaskan dirinya untuk suaminya sahaja dan tidak boleh untuk orang lain. Malangnya wanita Islam sekarang ini tidak tahu maksud perhiasan yang dibenarkan dalam Islam. Ada wanita yang memakai pakaian biasa di rumah dan hadapan suaminya dengan alasan tidak bergaya disebabkan duduk di rumah sahaja, senang nak buat kerja rumah dan sebagainya. Tetapi apabila wanita tersebut keluar rumah dengan pakaian serba cantik dan memakai minyak wanginya hampir sebatu bauannya sehingga menarik perhatian orang lain. Inilah yang dikatakan haram walaupun niatnya betul dan berpakaian kemas dan cantik.

Sanggul tinggi adalah harus apabila tidak menarik perhatian orang lain dan tidak mempunyai niat-niat yang tidak baik sepertimana dinyatakan di atas. Awas!!! Jika sanggul tersebut dapat menarik perhatian orang bukan mahram dan boleh membangkitkan syahwat orang lelaki lain, maka ia menjadi haram dan perlu menukar teknik sanggulnya dari tinggi menjadi rendah. Harus bersanggul tinggi dihadapan suaminya atau berpakaian cantik dihadapan suaminya, kerana ini adalah suruhan agama berhias untuk keselesaan suaminya. 

Jika dilihat dari tren orang sekarang ini berfesyen seperti sanggul tinggi dan fesyen tudung yang semakin hari semakin menjadi-jadi fesyen tersebut. Pendapat saya, jika fesyen tersebut tidak melanggar hukum Islam atau syariat Islam tidak menjadi masalah. Kalau ia melanggar syariat Islam walaupun bertudung, tetapi berpakaian ketat seolahnya bertelanjang sepertimana yang ada sekarang, maka itu menjadi haram. Hadis Nabi Muhammad yang bermaksud :

“Dua golongan di kalangan ahli neraka yang tidakkan aku pandang iaitu kaum yang bersama mereka cemeti seperti ekor lembu yang dengannya digunakan memukul orang lain dan wanita-wanita yang berpakaian bagaikan bertelanjang yang condong kepada maksiat dan menarik orang lain untuk membuat maksiat. Sanggul dikepala mereka ditusuk tinggi-tinggi seperti bonggol unta yang sangat lemah. Mereka ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya sedangkan sesungguhnya bau syurga itu sudah boleh dicium dari jarak demikian dan demikian.” (Riwayat Muslim).

Sumber: Ustaz Nor Amin Sayani bin Zainal

http://feryco.com/fesyen-tudung-bersanggul

Hukum Bersanggul Tinggi

Daripada Abu Hurairah RA, beliau meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, yang bermaksud :

Dua golongan yang termasuk dari kalangan ahli neraka yang tak pernah aku lihat iaitu yang pertama mereka yang memegang cemeti seperti ekor lembu (bentuk cemeti itu seperti ekor lembu yang berbulu-bulu dan berambut-rambut) dan mereka memukul manusia dengan cemeti tersebut.

Yang kedua adalah perempuan memakai pakaian tetapi keadaanya umpama telanjang (ketat), dan perempuan ini berjalan sambil berlenggang lenggok dan sanggol rambutnya (ataupun sekarang ikatan rambutnya) umpama bonggol unta. Dan perempuan yang sebegini keadaanya tidak akan mencium bau syurga. Ketahuilah bau syurga sudah boleh diciumi dari jarak begini dan begini.

*Hadith ini diriwayatkan oleh Imam Muslim, Imam Ahmad, Imam Malik dan selain mereka. Hadith ini adalah hadith sahih.

Dinyatakan oleh Rasulullah SAW bentuk pakaiannya adalah ketat (berpakaian tetapi umpama telanjang) yang menunjukkan bentuk tubuh.

Dinyatakan oleh Rasulullah SAW ikatan rambutnya umpama bonggol unta, iaitu sanggulan rambutnya diikat hingga kelihatan seperti bonggol unta (membulat di atas kepala, jelas kelihatan). Kalau kita tengok pada hari ini bukan setakat seperti bonggol unta, tetapi sudah berbagai-bagai bentuk dengan sanggul, ikatan dan tocang.

Malah yang memakai tudung pun masih kelihatan bentuk sanggulan rambutnya yang berada di bawah tudung itu, maka tujuan untuk memakai tudung tidak tercapai. Sewajibnya, tudung itu mestilah sempurna sifatnya yang menudung rambut dan bentuk rambut.


Dinyatakan oleh Rasulullah SAW bahawa cara berjalanya adalah berlenggang lenggok menggoyangkan pinggulnya. Hari ini bukan sahaja berjalan berlenggang lenggok, malah perempuan hari ini menari menggerakkan semua tubuh bukan sahaja pinggul, semua tubuh!

Dan dinyatakan oleh Rasulullah SAW sebagai balasannya, bahawa perempuan sebegini tidak akan mencium bau syurga. Dan bau syurga itu boleh dicium dalam jarak sebegini dan sebegini (perkataan sebegini dan sebegini itu tidak dinyakan berapa jaraknya, tetapi ianya ingin menunjukkan bahawa bau syurga sudah pun boleh dicium dari jarak jauh).

http://rabiasensei.blogspot.com/2010/08/hukum-bersanggul-tinggi.html

Tuesday, October 05, 2010

Bersama kita kukuh mengukuhkan

Setiap orang ada kelebihannya...
Jom tengok pada kelebihan kawan2.
Jgn habiskan masa mencari kelemahan kawan2...kerana kelemahan kita pun banyak.
Mari kita membina kekuatan bersama menggunakan kelebihan kita.

Apa prinsip hidup?

Baguslah hidup berprinsip. Cuma kena pastikan prinsip itu betul ke?
Yg cantiknya...jadikan pegangan agama sebagai hidup kita. Krn agama kekal sampai bila2.

Hidup berprinsip agama amat indah...dan hujungnya kebahagiaan di akhirat.

Modal yang ada : Masa Sekarang

Semalam jadi kenangan cuma.
Esok hanya harapan...entah datang, entah tidak.
Tapi perlu ada niat yg baik utk lakukan esok2
Modal yg ada ialah masa sekarang
Gunakan masa sekarang untuk membuat bekal hidup di akhirat...

Friday, October 01, 2010

Bersabarlah bila di timpa musibah

Moga dirimu senantiasa dalam rahmatNYa...
Moga bersabar menghadapi apa jua musibah, ujian dan dugaan..segala sesuatu yang berupa tidak disukai oleh manusia samada berupa kematian, kesakitan kemiskinan, ketakutan, kegagalan, bencana dan lai-lain.

Kerana ganjarannya banyak sekali…
Sepertimana firman Allah dalam Surah Az Zumar, ayat 10 yang maksudnya:
“...Sesungguhnya diberi ganjaran orang sabar dengan pahala tanpa hisab.” 
@ "…Sesungguhnya orang-orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira".

Kadang2 Allah patahkan semangat kita...untuk selamatkan jiwa kita..
Dia patahkan hati kita untuk membuat kita LEBIH BERSEMANGAT...
Dia memberikan kita sakit..supaya kita menjadi LEBIH KUAT...
Dia memberikan kita kegagalan..utk membuat kita rendah hati @ tawadhu’...
Dia menghantar penyakit..supaya kita boleh menjaga diri sendiri...
Kadang-kadang segalanya diambil dari kita...supaya kita boleh belajar menghargai nikmat yg diberikanNYA...
Ini semua kerana kita adalah hambaNYA...buat selama-lamanya...
Dan kita terpilih kena musibah itu. Allah tidak tersilap.
Musibah: Pahit di dunia manis di akhirat.

Yang pentingnya: Teruskan perjuangan...mencari redha Allah.

Rujukan: 

http://www.bicaramuslim.com/bicara7/viewtopic.php?f=8&t=12155

Pahrol Mohamad Juoi. Hikmah Musibah. Solusi Isu# 19. muka surat 17. Terbitan Telaga Biru Sdn Bhd.


Hidup berprinsip

Hiduplah dengan berprinsip. Kita boleh berkawan dengan siapa saja, berurusan dan bekerja di mana saja. Tapi kita masih tetap kita kerana kita berprinsip dalam hidup ini. Prinsip yang kita pegang ialah seperti dalam hadith bahawa Ali RA meriwayatkan Rasulullah SAW bersabda: Tidak ada ketaatan (kepada seseorang) dalam kedurhakaan kepada Allah. Ketaatan hanya dalam perkara yang makruf. HR Abu Daud. 

Senang. Bukan hanya terikut kawan. Bukan takutkan boss di dunia ini. Kerana kita sedar dan yakin hanya Allah pemberi rezeki kita.


Rujuk: Maulana Yusuf Kandahlawi (2003). Muntakhab Ahadith. Terjemahan oleh Muhammad Qosim At-timori. Sekupang, Batam : Team Jami’atul Ulum Ar-Rahman. Muka surat 639, hadith no. ?.