Friday, October 01, 2010

Hidup berprinsip

Hiduplah dengan berprinsip. Kita boleh berkawan dengan siapa saja, berurusan dan bekerja di mana saja. Tapi kita masih tetap kita kerana kita berprinsip dalam hidup ini. Prinsip yang kita pegang ialah seperti dalam hadith bahawa Ali RA meriwayatkan Rasulullah SAW bersabda: Tidak ada ketaatan (kepada seseorang) dalam kedurhakaan kepada Allah. Ketaatan hanya dalam perkara yang makruf. HR Abu Daud. 

Senang. Bukan hanya terikut kawan. Bukan takutkan boss di dunia ini. Kerana kita sedar dan yakin hanya Allah pemberi rezeki kita.


Rujuk: Maulana Yusuf Kandahlawi (2003). Muntakhab Ahadith. Terjemahan oleh Muhammad Qosim At-timori. Sekupang, Batam : Team Jami’atul Ulum Ar-Rahman. Muka surat 639, hadith no. ?.

No comments: