Wslm.
Berkenaan definisi ahli sunnah wal jamaah, mudahya kita faham mereka yang cuba menganut dan mengamalkan Islam sesuai yang dibawa oleh Rasulullah SAW dan salafussoleh. Lawannya adalah ahli bid'ah iaitu mereka yang mengada2kan ajaran2 yang baru. Ahli sunnah ada usul2 atau prinsip2 yang jika digadaikan, ia akan menjadikan kita keluar daripada ahli sunnah atau bahkan sebenarnya keluar dari Islam yang sebenar.
Contohnya, antara prinsip ahli sunnah adalah menerima dan menghormati para sahabat semua sekali tanpa terkecuali. Menerima mereka sebagai generasi terbaik yang pernah ada. Adapun siapa yang membenci atau mengkafirkan para Sahabat maka mereka terkeluar dari landasan ahli sunnah wal jamaah bahkan terkeluar dari Islam. Atas sebab itu kita katakan Syiah adalah ahli bid'ah.
Risikonya yang paling besar ialah boleh terkeluar dari Islam (murtad) tetapi setiap prinsip yang dilanggar hendaklah dibincang secara terperinci sbb kadang2 ada masalah furu' yang kita anggap usul dan sebaliknya. Jadi kita sangat perlu berhati2.
Allahu a'lam
No comments:
Post a Comment