Soalan:
Ust. Macam mana nak merawat iman? Saya rasa iman saya ni kadang-kadang lemah.
Jawapan:
Iman seseorang adakalanya tinggi, kadang-kala akan merundum jatuh. Kita perlu rawat Iman.
Jalan Merawat Iman:
1. Duduk bersama orang soleh
Ust. Macam mana nak merawat iman? Saya rasa iman saya ni kadang-kadang lemah.
Jawapan:
Iman seseorang adakalanya tinggi, kadang-kala akan merundum jatuh. Kita perlu rawat Iman.
Jalan Merawat Iman:
1. Duduk bersama orang soleh
وَإِخْوَانُهُ الأَدْنُونَ كُلُّ مُوَفِّقِ بَصِيرَةٍ بِأَمْرِ اللهِ يَسْمُو إِلَى الْعُلاَ
“Saudara yang dekat dengannya adalah setiap orang yang beroleh taufik, memahami perintah Allah serta suka kepada hal-hal yang meninggikan darjat” Ahmad Ibn Hanbal
Mereka yang selalu memberi nasihat kerana Allah
إِنَّمَا يَجْلِسُ الرَّجُلُ إِلَى مَنْ يَنْفَعُهُ
“Sesungguhnya lelaki yang sejati hanya ingin duduk (bergaul) bersama orang yang dapat memberi manfaat bagi agamanya” Zainul Abidin Ali ibn Hussain
2. Penyertaan di dalam amal
Sentiasa mencari peluang untuk beramal sama ada dalam bentuk pemikiran, fizikal, wang ringgit dan sebagainya.
وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَى وَلا تَعَاوَنُوا عَلَى الإثْمِ وَالْعُدْوَانِ
“dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa,…”. (Al-Maidah: 2)
3. Sentiasa menghubungkan diri dengan majlis ilmu
مَن سَلَكَ طَرِيْقًايَلْتَمِسُ فِيهِ عِلْمًاسَهَّلَ الله لَهُ بِهِ طَرِيقًا إِلى الجَنَّةِ
“Barangsiapa yang melalui suatu jalan untuk mencari ilmu, Allah akan memudahkan baginya jalan menuju ke syurga”
Hadis Riwayat Muslim
Pelbagai cara tambah ilmu, dengar CD, Siaran Agama TV, Kuliah / ceramah di masjid
لاَيُورِكَ لِى بِطَاوِعِ شَمْسِ يَوْمَ لاَ أَذْدَادُفِيهِ عِلْمًايُقَرِّبُنِى مِنَ اللهِ عَزَّوَجَلَّ
“Tiada keberkatan untukku dengan naiknya matahari pada hari yang tidak bertambah padaku ilmu yang boleh mendekatkan aku kepada Allah” hadis
4. Bersungguh-sungguh beribadah dan mujahadah melawan nafsu
Cergas di dalam ibadah, solat-solat sunat, zikir, qiamullail, membaca al-Quran, lawanlah nafsu, jangan menyerah
5. Muhasabah diri
Jadikan budaya muhasabah an-Nafs, untuk jiwa sentiasa beramal dan beribadah.
Hisablah dirimu sebelum kamu dihisab. Timbanglah amalanmu sebelum amalanmu ditimbang”. (S. Umar)
Istiqamah dalam mutaba’ah amal fardi; solat lima waktu secara berjamaah, solat-solat sunat, zikir-zikir, pembacaan al-Quran, puasa sehari dalam seminggu atau dua hari dalam sebulan, sedekah
6. Mengurangkan perkara yang harus
Menegah dari melakukan pemborosan, bersederhana dalam menggunakan perkara harus akan sentiasa mengingatkan kita kepada Allah.
JOM Rawat IMAN kita.....
http://www.facebook.com/
"UKHUWAH TERAS KEGEMILANGAN"
No comments:
Post a Comment