Monday, January 14, 2013

Solat Malam Menjauhkan Penyakit


Rasulullah SAW telah bersabda: 

عَلَيْكُمْ بِقِيَامِ اللَّيْلِ؛ فَإِنَّهُ دَأَبُ الصَّالِحِينَ قَبْلَكُمْ. وَإِنَّ قِيَامَ اللَّيْلِ قُرْبَةٌ إِلَى اللهِ عَزَّ وَجَلَّ، وَمَنْهَاةٌ عَنِ الإِثْمِ، وَتَكْفِيرٌ لِلسَّيِّئَاتِ، وَمَطْرَدَةٌ لِلدَّاءِ عَنِ الْجَسَدِ 

yang bermaksud: Hendaklah kamu sentiasa melakukan qiyam al-lail (sembahyang malam), kerana sesungguhnya ia merupakan amalan yang sentiasa dilakukan oleh orang-orang solih sebelum kamu. Sesungguhnya sembahyang malam juga adalah qurbah (ibadah yang dapat mendekatkan diri kamu) kepada Allah ‘Azza wa jalla, mencegah seseorang daripada perbuatan dosa, menghapuskan segala kejahatan (dosa) dan menghalau penyakit daripada badan.
Rujukan: Sunan Tirmizi Hadith No. 2743, Musnad Imam Ahmad Hadith No. 79732. Disemak oleh Ustaz Dr Ajmain Safar, Fakulti Tamadun Islam, UTM. 12 Januari 2013.

Semoga dapat kita amalkan dan sampaikan kepada kawan-kawan yang sakit dan yang belum sakit. Wassalam.

No comments: