Terdapat dua ayat Al-Quran berkaitan dengan fitnah yang selalu disebut tanpa mengetahui maksud sebenar kehendak ayat iaitu:
“Fitnah itu lebih besar bahayanya dari pembunuhan.” (Al-Quran, Al-Baqarah : sebahagian daripada ayat 191)
“Dan berbuat fitnah itu lebih besar (dosanya) daripada membunuh.” (Al-Quran, Al-Baqarah : sebahagian daripada ayat 217)
MARI KITA FAHAM DENGAN MELIHAT NOTA KAKI AYAT-AYAT TERSEBUT
Perhatian : Semua nota kaki di ambil dari Al-Quran dan Terjemahnya. Departemen Agama Republik Indonesia, di cetak pada 1415 Hijrah di Kompleks Percetakan Al-Quran Malik Fahd di Madinah Munawwarah.
Lihat nota kaki no:117 bagi ayat (Al-Quran, Al-Baqarah : 191) : Fitnah (menimbulkan kekacauan) seperti mengusir sahabat (Nabi) dari kampung halamannya, merampas harta mereka dan menyakiti atau mengganggu kebebasan mereka beragama.
Lihat nota kaki no:135 bagi ayat (Al-Quran, Al-Baqarah : 217) : Fitnah disini ertinya penganiayaan dan segala perbuatan yang dimaksudkan untuk menindas Islam dan Muslimin.
JUGA LIHAT NOTA KAKI BERIKUT
Sila lihat juga nota kaki no:1569 bagi ayat (Al-Quran, Al Buruj : 10) : Kalimah fatanu (fitnah) di dalam ayat ini (Al-Quran, Al-Buruj : 10) diterjemahkan sebagai mendatangkan cubaan. Yang dimaksudkan ‘mendatangkan cubaan’ ialah seperti menyiksa, mendatangkan bencana, membunuhnya dan sebagainya.
INGATLAH
Wahai pemimpin atau penguasa (siapa saja) dan jenteranya yang melaksanakan rancangan (apa bentuk pun dan dimana saja) untuk menindas Islam dan menyiksa, mendatangkan bencana, membunuh Muslimin dan sebagainya berhati-hatilah
KERANA TELAH DIPERINGATKAN:
Sesungguhnya orang-orang yang mendatangkan cubaan kepada orang-orang mukmin lelaki dan perempuan kemudian mereka TIDAK bertaubat, maka bagi mereka azab Jahannam dan bagi mereka azab (neraka) yang membakar. (Al-Quran, Al-Buruj : 10)
JUGA:
Dan mereka tidak menyiksa orang-orang mukmin itu melainkan kerana orang-orang mukmin itu beriman kepada Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha Terpuji. (Al-Quran,
Al-Buruj : 8)
INGATLAH SENTIASA:
Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal yang saleh bagi mereka syurga yang mengalir di bawah nya sungai-sungai; itulah keberuntungan yang besar. (Al-Quran, AlBuruj : 11)
JOM KITA TOLONG MENANGKAN AGAMA ALLAH
Semua kita tanpa kecuali sama ada yang miskin atau kaya, sakit atau sihat, penguasa atau kakitangan atau jentera merancang dan/atau melaksanakan atau menjayakan rancangan jahat dalam berbagai cara dan berbagai peringkat mengikut kedudukan, keupayaan, kecerdikan, atau fizikal untuk menindas Islam dan menyiksa, mendatangkan bencana, membunuh Muslimin dan sebagainya hujungnya akan kembali, mahu tidak mahu, kepada Allah Tuhan Sekelian Alam untuk di soal dan pertanggungjawabkan terhadap perbuatan kita sewaktu hidup ini. Beruntunglah kita selama-lamanya sekiranya kita telah menggunakanlah kuasa sementara yang ada pada kita untuk menolong memenangkan agama Allah.
KEARAH DUNIA ADIL & SEJAHTERA
Rujukan
Al-Quran dan Terjemahnya. Departemen Agama Republik Indonesia, di cetak pada 1415 Hijrah di Kompleks Percetakan Al-Quran Malik Fahd di Madinah Munawwarah.
Ahmad Sonhadji Mohamad. 1991. Tafsir Al-Quran ‘Abrul Athir. Cetakan Ketiga. Kuala Lumpur : Pustaka Al-Mizan.
No comments:
Post a Comment