Friday, July 08, 2005

SENAMAN AYUNAN TANGAN UNTUK KITA : MUDAH DAN BERKESAN

Setinggi-tinggi terima kasih dan jazakallahu khairan kathiran kepada Prof. Haji Muhammad Hembing Wijayakusuma (lahir 1940) - yang terkenal di Indonesia dengan Hidup Sihat ala Hembing - melalui bukunya berjudul “15 Menit Menuju Sehat Dengan Ayunan Tangan”, kerana memberikan kita satu jenis senaman berasal dari Shanghai yang mudah, murah, aman/selamat, dan sesuai untuk lelaki dan perempuan dari semua peringkat umur.

Kesan penyembuhan senaman ini, berdasarkan buku Prof. Haji Muhammad Hembing Wijayakusuma, dibuktikan terhadap penyakit meliputi susah tidur, gangguan buah pinggang, kurang nafsu makan, gastrik, burut/angin pasang (hernia), buasir, lumpuh sebelah badan akibat strok (hemiplegia), mata berselaput, buta warna, rabun jauh, penyakit jantung, kolestrol tinggi, stres, diabetes (kencing manis), migrain, tekanan darah tinggi, strok, reumatik, kanser, tumor, penyakit hati, batuk kering, gangguan pencernaan, kegemukan (obesiti), alergi dan resdung (sinus).

CARANYA

berdiri tegak dengan relaks, kaki membentang selebar bahu, pandangan lurus jauh ke depan

sebaik-baiknya jangan mengenakan alas kaki

pakai nafas perut lebih baik, iaitu tarik nafas sambil kembungkan perut, dan nafas di hembus sambil kempiskan perut

tangan lurus, telapak tangan menghadap ke belakang

lalu AYUNKAN TANGAN bersama-sama ke depan dan ke belakang.
(Ayunan ke depan dan ke belakang JANGAN SAMPAI mencapai kedudukan 90 darjah, cukup dengan kedudukan 45-50 darjah dari garisan tegak).

BERAPA KALI

200 – 300 kali
2000-5000 kali untuk mengatasi suatu penyakit.

MEDITASI/ZIKIR DAN DOA

Sepanjang senaman pemusatan fikiran dengan mengingat Allah (zikir), mengucapkan kebesaran Allah atau berdoa kepada Allah dan doa-doa penyembuhan, seperti: “ Ya Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang, berilah kekuatan dan kesembuhan”.

Jika kita melakukan setiap hari, maka kita akan sihat, dengan izin Allah. Sampaikan kepada kawan-kawan.


KEARAH DUNIA ADIL & SEJAHTERA


Pengenalan kepada Prof. Haji Muhammad Hembing Wijayakusuma

Beliau antara lain adalah Ketua Umum Himpunan Pengobat Tradisional dan Akupuntur Se-Indonesia (HIPTRI), tetamu Acara Hidup Sihat ala Hembing di TVRI setiap hari Sabtu jam 07.30 WIB, pakar perubatan tradisional dengan tanaman herba dan akupuntur, penulis kesihatan di berbagai media, telah banyak menulis lebih kurang 70 buku, Pengarah Klinik Akupuntur Wijayakusuma, Jakarta (1978- sekarang) dan pengasas Kursus Akupuntur Fakulti Kedokteran, Universiti Islam Sumatera Utara, 1976.


Rujukan

Prof. Haji Muhammad Hembing Wijayakusuma (2004). 15 Menit Menuju Sehat Dengan Ayunan Tangan. Cetakan Kelapan. Jakarta : PT Gramedia Pustaka Utama.

http://khairulu.blogsome.com/2005/05/

No comments: