Friday, November 18, 2005

MADAH ULAMA

JIKA PERTEMUAN DI ANTARA KAMU DENGAN SAHABATMU ITU
TIDAK MENERBITKAN RASA KASIH DI HATINYA
TIDAK MENGAPA.
TAPI,
PASTIKAN RASA KASIH ITU SUBUR DI HATIMU.

(Tq kepada kawan yang menghantar sms ini. Sengaja di simpan untuk iktibar di hari muka. Jazakallahu khoiran kathiron.)

KE ARAH DUNIA ADIL & SEJAHTERA

Thursday, November 17, 2005

KELAZATAN RUHANI (KELAZATAN SPIRITUAL)

Kenapa ramai orang bersusah payah ke restoran tertentu? Untuk menikmati kelazatan makanan dari tukang masaknya. Tukang masak yang benar-benar pakar merupakan aset besar sesebuah restoran kerana itu amat di sayangi oleh pemilik restoran. Bila tukang masak tiba-tiba berhenti kerja atau berpindah tempat ke restoran lain, pengunjung restoran dapat merasakan kelainan kelazatan masakan.

Cerita-cerita keagungan sepanjang sejarah Islam bersumberkan kelazatan ruhani. Penuh dengan pengorbanan para sahabat (r.anhum), karya-karya dan kesungguhan para ulama, darah syuhada, keadilan para pemimpin, kasih sayang para duat dan kelembutan para guru.

Kelazatan ruhani menjadi sumber kekuatan melaksanakan, mengamalkan apa saja yang di cintai Allah s.w.t dan Rasulullah s.a.w. Laksana puncak syahwat yang kita rasakan pada setiap keintiman fizikal, dan mengajak kita untuk mengulangi lagi dan lagi.

Kelazatan ruhani adalah kurnia Allah kepada dan hanya dirasakan oleh mengamalkan amal. Seorang ahli ibadah mengatakan: “Seandainya para raja mengetahui kelazatan yang kita rasakan dalam ibadah ini mereka pasti akan menyiksa kita untuk merampas kelazatan itu.”

Itulah kelazatan ruhani yang dirasakan Saidina Khalid Al-Walid bila meletus perang, atau Saidina Uthman Al-Affan sewaktu berinfak, atau Saidina Umar Al-Khattab sewaktu menghantar gandum di tengah malam, atau Imam Abu Hanifah sewaktu di kenakan hukuman sebat, atau Badi’uzzaman Sa’id Nursi di penjara, atau Shehu Uthman Dan Fodio melaksanakan keadilan, Umar Al-Mukhtar menghadapi penjajah Itali, atau Imam Syamil melawan Russia atau Tok Janggut menghadapi penjajah di Kelantan atau Syed Qutb menjelang digantung, sekadar menyebut beberapa nama.

Belum dapat merasakan kelazatan ruhani? Beramallah mengikut apa yang telah di ajar oleh Rasulullah dan berdoalah bersungguh-sungguh, mintalah supaya Allah mengurniakan kelazatan ruhani kepada kita.

Belum dapat merasakan kelazatan ruhani bukan bererti meninggalkan amal yang sangat di tuntut daripada kita kini terutama sekali dakwah.

With or without kelazatan ruhani, amal Islami perlu diteruskan. Hujungnya kita sangat-sangatlah mengharapkan Allah akan menjauhkan kita dari nerakaNya dan mengurniakan kita syurgaNya di akhirat. Itulah klimaks kemenangan hidup yang sebenarnya.

Wallahu a’lam.

Rujukan: Tarbawi, Edisi 107 Th 7, Rabi’ul Awwal 1426. Tarbawi Press : Jakarta.

KEARAH DUNIA ADIL & SEJAHTERA

Wednesday, November 16, 2005

JUST DO IT!

Maaflah kerana selalu timbulkan mengenai adab pergaulan dalam Islam. Kalau merasa ragu atau tidak percaya, sila buat kajian sendiri, tetapi berdasarkan sumber-sumber yang muktabar.

Adab pergaulan antara lelaki-perempuan ajnabi (yang dibolehkan berkahwin) adalah salah satu sub-sistem kemasyrakatan – satu aspek yang penting dalam agama kita.

Mahu tidak mahu kita kena menghormati orang perempuan. Sebagai lelaki sepatutnya menjaga kehormatan mereka. Bukan mengambil peluang (exploit) dari kelemahan yang ada pada orang perempuan.

Dalam Islam mudah saja: pergaulan bebas antara lelaki-perempuan bukan mahram adalah haram. Tidak boleh KECUALI selepas nikah.

Bercinta sebelum nikah bukan cara Rasulullah s.a.w. Ada cara Islam utk cari isteri atau suami. Secara ikhlas, cari dan bertanya kepada orang yang tahu mengenai Islam dan kemudian JUST DO IT. Simple.

Jangan buat dosa dalam hendak cari yang halal.

Setiap masa, berfikirlah secara waras menggunakan akal yang sejahtera.

Wallahu ‘alam.

KE ARAH DUNIA ADIL & SEJAHTERA

Tuesday, November 15, 2005

Gunakan segala-galanya untuk menarik rahmat Allah...

Tahniah kerana khabarnya orang bujang sudah membeli kereta. Dulu hanya naik motorsikal. Kereta atau motorsikal sama saja : semoga dapat digunakan untuk membuat amal untuk pahala di akhirat dan elakkan membawa perkara-perkara yang Allah HARAMKAN khususnyanya membawa mak wa (girlfriend/s). Gunakanlah segala-gala yang kita punya untuk menarik rahmat Allah bukan untuk menarik azab Allah.

Diharap dapat bersabar dan menahan nafsu sehinggalah nanti selepas nikah. Selepas nikah, your CAR CAN BECOME YOUR BILIK PENGANTIN yang ada penyaman udara, ada wangian air freshner, dsbnya boleh buat saja yang halal.

Beringatlah dan jagalah sungguh-sungguh agama kita. Kalau sudah suka sangat, berkenan sangat kepada mak wa tersebut, maka di syorkan supaya solat istikharah meminta petunjuk Allah, maka cepatkan urusan nikah... Lepas nikah, semua jadi merdeka dan halal.

Jangan hanya jadi anak kepada orang yang baik-baik, tapi kita sendiri kena menjadi orang baik-baik yang akan melahirkan zuriat yang baik-baik.

Moga menggunakan akal yang sejahtera memahami perkara ini.

Wallahu a'lam.

Monday, November 14, 2005

NAK KAHWIN? OK, TAPI IKUTLAH TATACARA ISLAM

Anakanda yang di sayangi…
Nak kahwin ok, tapi ikutlah tatacara Islam. Baliklah kepada Islam mengikut syariat Rasulullah s.a.w. yang telah berjaya mengatur kehidupan manusia lebih 1400 tahun lalu.

Atas apa alasan pun, haram jumpa girlfriend walaupun nanti dia akan jadi tunang kamu dan kemudiannya menjadi isteri kamu.

Sudah tahu hukumnya tidak di izinkan, nak buat juga, tunggulah keputusan dari ALLAH. Ingatlah kehebatan dan kepandaian kamu terlalu kecil (insignificant) berbanding dengan khazanah Allah. Jangan lupa seluruh kehidupan kita ini bergantung kepada izinNya.

Kalau itulah caranya cari jodoh dengan berkenalan dulu, berjumpa dulu, bercinta dulu, bermesra dulu, berouting ke sana sini dan sebagainya tentu Rasulullah s.a.w. telah tunjukkan kepada kita.

Kena tanya diri sendiri : iman vs nafsu – siapa menang? Mahu letak di mana Islam yang di muliakan?
Kena ingat nak jadi suami, kuat bukan setakat zahir…

Dalam hal-hal sebelum kahwin atau pra nikah kenapa suka sangat ikut sunnah atau perkara-perkara yang di buat oleh ahli maksiat? Pada hal maksiat bererti menderhakai peraturan Allah.

Pada hal, kita disuruh ikutlah sunnah Nabi s.a.w. Sudah tentu BERJAYA di sini (dunia ini) dan di sana (akhirat yang pasti akan tiba).

Wallahu a'lam.

KE ARAH DUNIA ADIL & SEJAHTERA.

Janganlah lupa....Sayang

Success at the expense of faith and family is no success.
Kejayaan dengan mengorbankan iman dan keluarga bukanlah kejayaan sebenarnya.

Usia semakin bertambah, bagaimana iman, akhlak dan amal kita?

Untuk kebahagiaan dalam kehidupan ini yang bila-bila masa boleh ditamatkan, kita sanggup bersusah payah.

Untuk kebahagiaan dalam kehidupan selepas mati yang bila-bila masa boleh bermula, apakah kesungguhan kita untuk bersedia?

KE ARAH DUNIA ADIL & SEJAHTERA

Sajak Akhi oleh Syed Qutb

Syed Qutb (atau disebut juga Sayyid Qutb), salah seorang pejuang besar ummat ini walaupun hanya bertubuh kecil. Beliau bersama sahabat-sahabatnya dari Ikhwanul Muslimun telah di penjarakan pada akhir tahun 1954 oleh Regim Presiden Nasser yang memerintah Mesir pada waktu itu.

Tulisannya yang mencakup memahami Islam secara lebih menyeluruh dalam pemikiran, amalan, aqidah, perilaku, wawasan, jihad dan sikap menyebabkan beliau telah dikenakan hukuman penjara lebih 10 tahun, sehingga akhirnya di kenakan hukuman mati. Apabila hukuman itu disampaikan kepadanya, beliau berkata, “Alhamdulillah. Saya telah melaksanakan jihad selama 15 tahun sehinggalah saya dikurniakan syahid.” (Wright, p. 8)

Sebelum di jatuhkan hukuman gantung, seorang petugas agama seperti biasa mengajarkan beliau supaya boleh menyebutkan kalimah ‘La ilaha illallah’ (bermaksud Tiada tuhan melainkan Allah). Syed Qutb hanya berkata bahawa kerana kalimah ‘La ilaha illallah’ itulah dia dikenakan hukuman mati. Beliau di hukum gantung sampai mati menjelang waktu fajar hari Isnin, 29 Ogos 1966. Beliau tersenyum apabila digantung.

Melalui sajak Akhi (Saudaraku)yang di senandungkan oleh Syed Qutb ketika berada di penjara, seolah-olah ingin mengingatkan kita sebagai pejuang kebenaran sepanjang zaman supaya jangan sekali-kali mengaku kalah. Dalam bahasa mutakhir : Lawan tetap lawan.
Di turunkan di sini terjemahan sajak peninggalan beliau untuk kita bersama-sama hayati:

Akhi

Saudaraku, engkau merdeka di balik tembok itu
Saudaraku, engkau merdeka dengan belenggu itu
Bila engkau jadikan Allah sebagai sandaran
Maka apakah gerangan yang akan memperdayakanmu

Wahai saudaraku, pasukan kegelapan akan binasa
Dan fajar baru akan menyingsing di alam semesta
Lepaskan kerinduan jiwamu
Engkau akan melihat fajar dari jauh telah bersinar

Saudaraku, engkau jangan jemu berjuang
Engkau lemparkan senjata dari bahumu
Siapakah yang akan mengubati luka-luka para mangsa
Dan meninggikan kembali panji-panji jihad?

(Seorang sahabat memberitahu sajak Akhi dalam bahasa Arab di nasyidkan oleh Abu Mazin dan di edarkan oleh Pustaka Salam, Kuala Lumpur sekitar 1985, kalau tidak silap ingatan. Siapa benar-benar tahu? Masih memilikinya?)

Rujukan:
Tarbawi, Edisi 107 Th 7, Rabi’ul Awwal 1426. Tarbawi Press : Jakarta. E-mail: tarbawi@yahoo.com

Ahmed El-Kadi. GREAT MUSLIMS OF THE 20TH CENTURY No. 3 Sayyid Qutb. http://www.icna.org/tm/greatmuslim3.htm

http://www.semp.us/biots/biot_239.html

KEARAH DUNIA ADIL & SEJAHTERA