Kenapa ramai orang bersusah payah ke restoran tertentu? Untuk menikmati kelazatan makanan dari tukang masaknya. Tukang masak yang benar-benar pakar merupakan aset besar sesebuah restoran kerana itu amat di sayangi oleh pemilik restoran. Bila tukang masak tiba-tiba berhenti kerja atau berpindah tempat ke restoran lain, pengunjung restoran dapat merasakan kelainan kelazatan masakan.
Cerita-cerita keagungan sepanjang sejarah Islam bersumberkan kelazatan ruhani. Penuh dengan pengorbanan para sahabat (r.anhum), karya-karya dan kesungguhan para ulama, darah syuhada, keadilan para pemimpin, kasih sayang para duat dan kelembutan para guru.
Kelazatan ruhani menjadi sumber kekuatan melaksanakan, mengamalkan apa saja yang di cintai Allah s.w.t dan Rasulullah s.a.w. Laksana puncak syahwat yang kita rasakan pada setiap keintiman fizikal, dan mengajak kita untuk mengulangi lagi dan lagi.
Kelazatan ruhani adalah kurnia Allah kepada dan hanya dirasakan oleh mengamalkan amal. Seorang ahli ibadah mengatakan: “Seandainya para raja mengetahui kelazatan yang kita rasakan dalam ibadah ini mereka pasti akan menyiksa kita untuk merampas kelazatan itu.”
Itulah kelazatan ruhani yang dirasakan Saidina Khalid Al-Walid bila meletus perang, atau Saidina Uthman Al-Affan sewaktu berinfak, atau Saidina Umar Al-Khattab sewaktu menghantar gandum di tengah malam, atau Imam Abu Hanifah sewaktu di kenakan hukuman sebat, atau Badi’uzzaman Sa’id Nursi di penjara, atau Shehu Uthman Dan Fodio melaksanakan keadilan, Umar Al-Mukhtar menghadapi penjajah Itali, atau Imam Syamil melawan Russia atau Tok Janggut menghadapi penjajah di Kelantan atau Syed Qutb menjelang digantung, sekadar menyebut beberapa nama.
Belum dapat merasakan kelazatan ruhani? Beramallah mengikut apa yang telah di ajar oleh Rasulullah dan berdoalah bersungguh-sungguh, mintalah supaya Allah mengurniakan kelazatan ruhani kepada kita.
Belum dapat merasakan kelazatan ruhani bukan bererti meninggalkan amal yang sangat di tuntut daripada kita kini terutama sekali dakwah.
With or without kelazatan ruhani, amal Islami perlu diteruskan. Hujungnya kita sangat-sangatlah mengharapkan Allah akan menjauhkan kita dari nerakaNya dan mengurniakan kita syurgaNya di akhirat. Itulah klimaks kemenangan hidup yang sebenarnya.
Wallahu a’lam.
Rujukan: Tarbawi, Edisi 107 Th 7, Rabi’ul Awwal 1426. Tarbawi Press : Jakarta.
KEARAH DUNIA ADIL & SEJAHTERA
No comments:
Post a Comment