Monday, November 14, 2005

NAK KAHWIN? OK, TAPI IKUTLAH TATACARA ISLAM

Anakanda yang di sayangi…
Nak kahwin ok, tapi ikutlah tatacara Islam. Baliklah kepada Islam mengikut syariat Rasulullah s.a.w. yang telah berjaya mengatur kehidupan manusia lebih 1400 tahun lalu.

Atas apa alasan pun, haram jumpa girlfriend walaupun nanti dia akan jadi tunang kamu dan kemudiannya menjadi isteri kamu.

Sudah tahu hukumnya tidak di izinkan, nak buat juga, tunggulah keputusan dari ALLAH. Ingatlah kehebatan dan kepandaian kamu terlalu kecil (insignificant) berbanding dengan khazanah Allah. Jangan lupa seluruh kehidupan kita ini bergantung kepada izinNya.

Kalau itulah caranya cari jodoh dengan berkenalan dulu, berjumpa dulu, bercinta dulu, bermesra dulu, berouting ke sana sini dan sebagainya tentu Rasulullah s.a.w. telah tunjukkan kepada kita.

Kena tanya diri sendiri : iman vs nafsu – siapa menang? Mahu letak di mana Islam yang di muliakan?
Kena ingat nak jadi suami, kuat bukan setakat zahir…

Dalam hal-hal sebelum kahwin atau pra nikah kenapa suka sangat ikut sunnah atau perkara-perkara yang di buat oleh ahli maksiat? Pada hal maksiat bererti menderhakai peraturan Allah.

Pada hal, kita disuruh ikutlah sunnah Nabi s.a.w. Sudah tentu BERJAYA di sini (dunia ini) dan di sana (akhirat yang pasti akan tiba).

Wallahu a'lam.

KE ARAH DUNIA ADIL & SEJAHTERA.

No comments: