Monday, July 10, 2006

Bergaul Lelaki/Wanita di Sekolah - Soal Jawab Agama bersama Haji Ishak Baharom (Mufti Selangor), WATAN Selasa 27-30 Januari 1987, m.s. 25:

SOALAN: Dalam Islam, bercampur antara lelaki dan wanita hukumnya adalah haram kerana bimbang berlakunya penzinaan. Tetapi bagaimana di sekolah, maksud saya antara murid lelaki dan wanita berbincang mengenai pelajaran. Apakah cara begini juga dianggap berdosa dan dilarang oleh Islam?

Pelajar Bimbang,
T.T.D.I., Kuala Lumpur.

JAWAPAN: Memang percampuran atau pergaulan antara lelaki dan wanita yang bukan muhrim adalah haram. Dalam soal ini tidak ada alasan.

Seorang pelajar lelaki dengan pelajar wanita hendak bergaul bebas semata-mata hendak berbincang megenai pelajaran. Sedangkan mereka boleh melakukannya antara lelaki dengan lelaki dan wanita sesama wanita.

Kenapa begitu susah dan terpaksa berbincang dengan bukan sesama jenis. Kalau kita renung sejarah,orang-orang dahulu bijak dan menjadi pandai tidak perlu berbincang dengan berlainan jenis.

Yang peliknya kenapa kita di zaman moden ini mencari alasan hendak pandai terpaksa bergaul dengan bukan sesama jenis. Oleh itu saya berharap, anda belajarlah menjauhi apa yang dilarang oleh Allah dan Rasul.

Jangan untuk mencapai satu-satu matlamat anda terpaksa mencemari segala larangan yang telah ditetapkan dalam Islam.

Sekian.
Ditaip oleh MN pada 06/06.

1 comment:

Anonymous said...

jadi, kalau lelaki dan perempuan,yang bukan muhrim, di kumpulkan dalam satu kumpulan oleh guru untuk membuat kerja,adakah ianya juga di anggap haram?