Jika ada sesiapa yang bertanyakan kepada saya, apakah kumpulan yang paling konsisten dan paling iltizam di dalam perjuangan mereka di Malaysia ini? Saya akan jawab Sisters in Islam (SIS)!
Mana tidaknya, semenjak ianya ditubuhkan sehingga ke detik ini, SIS tetap komited dengan perjuangan mereka:
anti lelaki,
anti ulama lelaki,
anti poligami,
anti kadi-kadi lelaki,
skeptik terhadap mahkamah Syariah yang bias kepada lelaki,
anti golongan agamawan lelaki yang kononnya bersikap bias kepada lelaki dan
apa sahaja dari sumber ajaran Islam hasil menurut pertimbangan mereka bersumberkan dari tafsiran para ulama yang majoritinya lelaki.
Barang siapa dapat memahami prinsip-prinsip ini, mereka akan memahami inti pati perjuangan SIS di dalam isu apa pun yang mereka perjuangkan.
Bermula dari isu mengkritik mahkamah Syariah yang didakwa sentiasa tidak menyebelahi wanita, isu anti poligami, isu taklik, isu “moral policing”, isu kondom percuma, isu Aminah Wadud dan yang terkini ialah isu pindaan undang-undang keluarga Wilayah Persekutuan. Berdasarkan prinsip-prinsip yang mereka junjung itu, mereka terus komited dengan perjuangan memperjuangkan nasib wanita Islam yang didakwanya sebagai “terancam” oleh golongan agamawan lelaki di Malaysia. Mereka juga amat komited untuk memperjuangkan ideologi Islam Liberal yang didakwanya sebagai sesuatu “yang gagal diterima oleh golongan agama yang ortodoks dan jumud”.
Sayangnya, SIS bersikap double standard. Isu wanita lslam yang ingin mereka perjuangkan adalah menurut acuan pemikiran liberal mereka sahaja dan bukannya isu asasi wanita lslam berteraskan al-Quran dan al-Sunnah. Mereka inginkan hak wanita Islam dibela menurut ideology Liberal yang mereka imani dan bukan sebaliknya. Maka isu sebenar wanita Islam tidak pula mereka perjuangkan.
Jika dilihat
isu wanita Islam bertudung yang dinafikan hak untuk di sesetengah firma/syarikat milik bukan Islam,
isu pengacara-pengacara wanita bertudungyan tidak diberkan peluang di stesyen-stesyen penyiaran (kecuali TV3) di Malaysia negara Islam Hadhari,
isu wanita-wanita “saudara kita” yang di diskriminasi oleh keluarga bukan muslim mereka,
isu wanita Islam yang sentiasa diberikan imej buruk oleh media kerana ketrampilan mereka,
isu tiada tempat untuk bersolat bagi para pekerja wanita di gedung-gedung membeli belah,
isu balu-balu yang tidak mendapat hak yang sepatutnya dari zakat yang diagihkan,
isu andalusia (anak dara lanjut usia),
isu wanita yang di eksploit oleh media massa sebagai bahan pelaris produk melalui ikla-iklan,
isu wanita yang dijadikan pelacur secara paksa,
isu kelab-kelab hiburan yang menjadikan wanita sebagai GRO dan objek seks;
isu hak pramugari MAS yang telah bertudung, berkahwin, lanjut usia dan mengandung; isu rogol yang semakin meningkat, isu ragut, isu ketuk ketampi berbogel,
isu wanita yang sering dijadikan bahan seksi dengan separuh dibogelkan di dalam acara perlumbaan Formula One dan perlumbaan kereta atau motosikal atau pameran kereta berjenama; dan
1001 lagi isu yang khusus membabitkan pencabulan maruah dan integriti wanita Islam.
Mengapa isu-isu ini tidak mereka perjuangkan? Mengapa Sisters in Islam hilang punca dalam perjuangannya? Adakah kerana ianya tidak mempunyai keutamaan di dalam ideologi ataupun aqidah Liberal yang mereka anuti. Jelas sekali Sisters in Islam dan aktivis pejuang hak wanita yang seumpamanya gagal memahami ilmu keutamaan (fiqh awlawiyaat atau the sciences/knowledge of priority) di dalam perjuangan mereka. Ternyata mereka terlupa keutamaan perjuangan.
Rujukan:
Maszlee Malik, Fiqh Awlawiyaat Punah di Malaysia? Milenia Muslim, May 2006 (ms 59-61, 63).
No comments:
Post a Comment