Monday, July 03, 2006

Interfaith Commission (IFC) : Orang kafir mahu campur tangan dalam agama Islam?

Pengenalan
Interfaith Commission (IFC)atau Suruhanjaya Antara Agama yang asalnya Inter Religious Council (IRC) adalah sebuah suruhanjaya yang dicadangkan penubuhannya seperti sebuah badan berkanun yang mempunyai kuasa undang-undang untuk mengawal dan mengubah ajaran sesetengah agama (baca: matlamat IFC ialah untuk meminda beberapa ajaran asas Islam yang akan merosakkan aqidah orang Islam).

IFC digagaskan oleh Malaysian Consultative Council of Buddhism, Christianity, Hinduism and Sikhism (MCCBCHS) ataupun Majlis PerundinganAgama Buddha, Kristian, Hindu dan Sikh melalui memorandumnya kepada Majlis Peguam Malaysia (Malaysia Bar Council) bertarikh 21 Ogos 2001. Majlis Peguam Malaysia merupakan pertubuhan yang amat kuat menyokong penubuhan IFC melalui Jawatankuasa Kecil Hak Manusia.

Kontrak Sosial - Kembali Memahami Sejarah
Kontrak sosial yang berlaku sebelum merdeka, walaupun kita kadang-kadang buat tidak tahu, seharusnya tidak perlu dipersoalkan oleh mana-mana pihak. Formula kontrak sosial antara kaum telah dipersetujui oleh semua pemimpin negara yang berbilang bangsa ketika negara mencapai kemerdekaan. Adalah tidak wajar jika kontrak sosial dianggap sebagai suatu diskriminasi kaum, sebaliknya ia menjadi satu formula terbaik bagi mewujudkan keseimbangan sosial di negara ini yang mempunyai masyarakat berbilang kaum, agama dan budaya. Keamanan yang dikecapi rakyat sehingga ke hari ini merupakan jaminan kepada negara untuk terus maju ke hadapan.

Kontrak sosial merupakan satu istilah permuafakatan antara kaum yang dicapai sebelum merdeka melalui satu persetujuan di kalangan rakyat dan pemimpin yang terdiri daripada kaum Melayu, Cina dan India. Pemeteraian kontrak sosial ini juga turut disertai dan dipersetujui oleh parti-parti yang mereka wakili iaitu UMNO, MCA dan MIC. Istilah ini sebenarnya tidak wujud dalam Perlembagaan Persekutuan 1957 tetapi dari perspektif lain, kontrak sosial sememangnya wujud dalam sejarah negara dan permuafakatan yang dicapai itulah yang mentakrifkan negara kita dan seterusnya menentukan sifat negara.

Generasi bukan Melayu sekarang menganggap kontrak sosial ini sebagai sesuatu yang sudah berlalu. Mereka tidak nampak kenapa ia masih dibangkitkan kerana bagi mereka ia adalah sesuatu yang automatik. Mereka juga tahu bahawa hak istimewa masyarakat bumiputera merupakan sebahagian daripada kontrak sosial. Jika golongan bukan Melayu diberi kewarganegaraan atas syarat-syarat tertentu, masyarakat bumiputera pula diberi perlindungan melalui fasal-fasal dalam Perlembagaan tentang hak istimewa orang Melayu. Masyarakat bukan Melayu perlu memahami kedudukan politik Melayu atau sistem kenegaraan Melayu dan pengaruhnya kepada negara manakala kaum bumiputera pula harus memahami hakikat masyarakat berbilang kaum yang terdapat di negara ini. Hak orang bukan Melayu tidak boleh disangkal kerana mereka telah lama bermastautin, lahir dan membesar di Malaysia.

Penutup
Sebenarnya orang Melayu telah memberikan pengorbanan yang terlalu besar semata-mata untuk mencapai kemerdekaan iatu lebih sejuta orang bukan Melayu yang sebahagian besarnya imigran atau keturunan imigran telah diterima secara automatik sebagai warganegara ikut kaedah jus soli dan kini di nikmati oleh ANAK-CUCU MEREKA sekarang ini.

Tawaran ini terbuka bila-bila masa sekiranya orang China dan India tertentu di Majlis Peguam Malaysia (Malaysia Bar Council) serta lain-lain di sebalik belakang IFC merasa hebat dan mahukan HAK untuk campur tangan dalam agama Islam, mempersoalkan Islam sebagai agama persekutuan dan seterusnya diharapkan supaya MEMBATALKAN warga negara automatik yang kamu dan anak-cucu dapat hasil daripada kontrak sosial dipersetujui oleh orang yang terdahulu dari kita. Apa macam setuju?

Kadang-kadang setengah-tengah orang cepat TERLUPA, tak sedarkan diri, merasa diri sudah cukup hebat, sehinggakan di berikan betis nak paha pula. Lantas terlupa dimana bumi di pijak, di situ langit di junjong. Sila baca balik proses merdeka, bukan senang nak merdeka. Dear friends, you are asking for TOO MUCH. Tidak pernah berlaku dalam dunia ini orang kafir di izinkan masuk campur dalam agama Islam. Right is might.

Kearah Dunia Adil & Sejahtera

Rujukan:
Utusan Malaysia, 28 Ogos 2005
Milenea Muslim 2006

2 comments:

Anonymous said...

untuk menambah keyakinan dan iman kita dalam perjuangan Islam, sila layari:

www.partiislam.blogspot.com

jiwakitamerdeka said...

tq, jom kita layari....
hujungnya...islam memerintah dunia ini. Senang.