Bagaimana budaya berkumpul ini menurut pendapat Islam?
Jika kita melihat sejarah, maka kita akan mendapati juga para sahabat dan tabi’in, mengadakan perkumpulan hingga larut malam.
Tapi, bezanya, mereka akan berkumpul untuk membincangkan mengenai ilmu atau bermesyuarat membincangkan mengenai sesuatu masalah.
Ada juga perkumpulan zikir dan juga qiamullail.
Bermakna, budaya berkumpul ini juga wujud di kalangan sahabat dan para tabi’in, tetapi cara dan perjalanannya berbeza.
Jika kita boleh tukarkan, budaya lepak menjadi medan perbincangan anak-anak muda untuk membangunkan negara, membangunkan ekonomi keluarga dan negara, menyelesaikan masalah sosial di tengah masyarakat, maka kita akan melihat, ia menjadi medan untuk tempat membina orang-orang hebat.
Ini kerana, manusia yang selalu berbincang, akan hidup hatinya dengan ilmu.
Dari Sunan ad-Darimi, kitab Muqaddimah bab Muzakarah al-Ilmi menyebutkan:
Hendaklah kamu saling memperingatkan hadith maka sesungguhnya, hidupnya (hadith ini) dengan membincangkannya)
Di dalam hadith yang lain, ada menyebutkan:
Lenyapnya ilmu itu dengan lupa dan meninggalkan muzakarah (riwayat ad-Darimi)
Walau apapun, jika kita boleh menukar budaya ini kepada budaya perbincangan ilmu yang bermanfaat, maka ia akan menjadikan berkumpul itu satu perkara terpuji.
Semoga, kita sentiasa membiasakan yang betul dan membetulkan yang biasa.
http://www.ustazamin.com/2009/09/universiti-kehidupan-113-budaya-lepak.html
No comments:
Post a Comment