Adam Adli dizalimi !
1. Sewaktu Utusan Malaysia menyiarkan kenyataan perkauman jijik dan penuh hasutan "apa lagi orang cina mahu?" kenapa pihak berkuasa tidak mengambil tindakan tegas untuk menahan editornya , membatalkan permit penerbitannya serta mereka yang bertanggungjawab mengungkapkan kenyataan tersebut ?
2. Semasa Datuk Zahid Hamidi mengeluarkan kenyataan melampau berbau hasutan apabila beliau mendesak pihak yang menentang penyelewengan dan penipuan dalam pilihanraya, keluar dari negara ini ... dimana pihak berkuasa ? Kenapa tidak tahan dan soal siasat pemimpin yang dangkal ini ?
3. Tatkala Menteri Besar negeri Terengganu mengeluarkan kenyataan penuh emosi, berdendam dengan rakyat dan jelas menghasut serta mencetus kebencian dikalangan rakyat apabila menteri besar cap ayam ini mengatakan mana - mana kawasan yang sokong pembangkang atau tidak sokong BN tidak akan diberi bantuan. Kenapa pihak berkuasa tidak bertindak ? Mengapa mereka tidak menangkap menteri besar yang tidak ada kelas ini?
Sebelum ini Ibrahim Ali Perkasa dan Zulkifli Nordin terlalu kerap mengeluarkan kenyataan berkauman dan hasutan, kenapa mereka tidak pernah disentuh oleh pihak berkuasa?
4. Kenapa Adam Adli menjadi mangsa? Kenapa Adam Adli ditangkap? Kelihatan UMNO dan BN sangat takut kepada Adam Adli? Mengapa Adam Adli disoal siasat? Jelas tindakan pihak berkuasa hanya membela pembesar sebaliknya menindas rakyat serta seorang anak muda yang bersuara agar suara keinginannya didengari oleh pemerintah.
5. Inilah wajah sebenar pemerintah negara kita. Menjadi pemangsa ke atas rakyat sendiri. Bukan sahaja suara rakyat tidak didengari malah rakyat pula dibelasah hanya kerana mereka berkuasa dan terus mahu kekal berkuasa.
Saya mewakili seluruh warga Dewan Pemuda PAS Malaysia mendoakan agar Adam Adli tidak patah semangat mendepani ujian getir perjuangan ini. Serentak itu kami mengecam sekeras - kerasnya tindakan tidak bertamadun yang dilakukan oleh pihak berkuasa ke atas saudara Adam Adli.
Saya juga menyeru agar anak muda bangkit menolak kerajaan yang rakus dan zalim ini.
Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia.

No comments:
Post a Comment