Monday, April 23, 2012

Forum Ulama Ummat Indonesia (FUUI): Fatwa Syiah Sesat

Keluarkan Fatwa Syiah Sesat, FUUI Desak MUI Terbitkan Fatwa Serupa

Written By Admin BeDa on Senin, 23 April 2012 | 11:00


Forum Ulama Ummat Indonesia (FUUI) mengeluarkan fatwa tentang kesesatan Syiah, Ahad (22/4). Fatwa itu untuk merespon pertanyaan kaum muslimin, sekaligus menyikapi gerakan Syiah di Bandung, Jawa Barat dan sekitarnya.

Sejak sehari sebelumnya, sekitar 200 ulama dari berbagai pesantren dan ormas Islam seperti Persis, Muhamadiyah, NU, Hidayatullah, Al Irsyad, DDII, PUI, termasuk MUI Pusat menghadiri Musyawarah Ulama dan Umat Islam di Masjid al-Fajr. Acara yang digelar FUUI tersebut dibuka oleh Gubernur Jawa Barat, Ahmad Heryawan, dan dihadiri oleh Wali Kota Bandung, Dada Rosada.

Musyawarah tersebut menghasilkan sejumlah poin kesepakatan, namun intinya seluruh ulama di Indonesia harus terus memberikan pemahaman kebenaran Ahli sunnah wal jamaah dan bahaya kesesatan Syi’ah dengan berbagai cara.

"Kami juga minta Menkum HAM, Mentreri Agama, dan Kejaksaan Agung agar mencabut izin seluruh organisasi, yayasan, atau lembaga yang berada di bawah naungan Syi’ah dan atau yang berfaham Syi’ah. Kami juga merekomendasikan pada pemerintah melalui Mendiknas agar menutup kegiatan Iranian Corner di seluruh perguruan tinggi Indonesia," ujar Ketua FUUI Athian Ali.

Sebelumnya, pada 17 Maret lalu di FUUI berkumpul tim ahli yang terdiri dari Ustadz Amin Jamaluddin, Ustadz Luthfi Bashori, Ustadz Hartono Ahmad Jaiz dan Ustadz Daud Rasyid, serta Sekretaris PP Persis Ustadz Ihsan Setiadi Latief. Sementara Ustadz Adian Husaini berhalangan hadir tetapi telah menyampaikan masukan-masukannya secara tertulis. Dalam pertemuan itu, dihimpun usul dan saran berkenaan dengan rencana FUUI mengeluarkan fatwa serta mematangkan perencanaan musyawarah nasional.

Pada 22 Maret 2012, diterbitkanlah “Fatwa Tentang Syi’ah” ditandatangani oleh Ketua FUUI dan salah seorang Penasihat FUUI, KH. ‘Abdul Qodir Shodiq. Kendati demikian, memperhatikan saran para Penasihat FUUI agar tetap menjaga kebersamaan, maka dikeluarkannya Fatwa FUUI mengambil moment pada tanggal 22 April 2012, dengan sebelumnya diedarkan kepada para ‘Ulama dan para Pimpinan Ormas Islam di seluruh Indonesia. [IK/VI/Dtk]

Mengundi wajib - Mufti

Mengundi wajib - Mufti



KUANTAN - Tanggungjawab untuk mengundi pada pilihan raya umum adalah wajib kepada umat Islam dalam membentuk sebuah kerajaan yang dapat membela kesucian agama dan keamanan, demikian kata Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Osman.

“Mengundi adalah fardu kifayah, tetapi jika ramai tidak melaksanakannya sehingga boleh menjejaskan pembentukan sesebuah kerajaan, maka tanggungjawab itu akan menjadi fardu ain,” jelasnya.

Menyingkap sirah pada zaman Rasulullah, katanya, apabila Nabi wafat, waktu untuk pengebumian terpaksa ditangguhkan sebentar bagi melantik seseorang yang boleh memikul tanggungjawab sebagai khalifah.

“Daripada kisah itu kita dapat melihat betapa penting pelantikan khalifah itu kepada masyarakat untuk melaksanakan agenda seterusnya ke jalan benar.”

Abdul Rahman juga berkata, Islam tidak melarang umat mengundi calon bukan Islam jika tidak menimbulkan pelanggaran terhadap ajarannya.

“Diharuskan mengundi bukan Islam yang akan membantu pembangunan Islam dan pada masa sama boleh menjaga umat Islam. Kita sesama Islam hendaklah bertolak ansur dan bersatu serta tak perlu berkeras dengan bukan yang Islam,” jelasnya lagi.

Mengulas lanjut mengenai bai’ah, Abdul Rahman berkata ia pengakuan taat setia dan individu yang mengingkarinya bakal menerima balasan atau musibah. Pengakuan bai’ah juga tidak boleh dalam bentuk paksaan.

“Jika berbentuk paksaan, perjanjian itu adalah terbatal,” katanya.

Komen: Mengundi itu wajib. Dan undilah calon yang berakhlak, yang menjauhi maksiat, yang anti rasuah.

Takutlah kepada dosa!

Takutlah kepada dosa!



Dosa adalah racun yang berbisa.

Dosa merupakan punca manusia terhumban ke lubuk neraka.

Mukmin adalah orang yang takut kepada dosa. Daripada Abdullah bin Mas’ud , Nabi sallallahu alaihi wasalam bersabda (maksudnya):


“Sesungguhnya mukmin melihat dosanya seolah-olah dia sedang berada di kaki bukit dan dia takut bukit itu akan runtuh menghempap dirinya. Dan sesungguhnya fajir (orang jahat) melihat dosanya seperti lalat yang hinggap di hidungnya, lalu dia menepis-nepisnya.”

(Riwayat at-Tirmizi dan Ahmad)

Mukmin akan sentiasa menghisab dirinya. Dia takut kepada dosa walaupun kecil kerana mungkin dosa yang kecil akan memusnahkan pahalanya yang besar. Sejak dahulu para salaf yang soleh berpesan: “Jangan engkau lihat kepada kecilnya dosa, tetapi lihatlah kepada siapa engkau derhaka!”

Sesungguhnya dosa dan maksiat akan meninggalkan kesan yang sangat buruk, memudaratkan diri lahir dan batin, sama ada di dunia mahupun akhirat.

Ibn al-Qayyim rahimahullah menyenaraikan beberapa keburukan dan bahaya dosa yang akan menimpa pelakunya. Antaranya:

1. Terhalang daripada ilmu. Ilmu adalah cahaya yang Allah campakkan ke dalam hati hamba-Nya. Dan maksiat akan memadamkan cahaya tersebut.

2. Rasa diri terpinggir dan jauh dari Allah Taala. Orang yang terpinggir dan jauh dari Allah tidak akan berasa tenang meskipun segala jenis kelazatan dunia berada dalam genggamannya. Hal ini tidak akan disedari kecuali oleh hati yang masih hidup.

3. Rasa diri terpinggir, jauh dari manusia terutama golongan yang baik-baik. Apabila diri semakin jauh dan renggang dari golongan yang baik, semakin luputlah peluang untuk menimba kebaikan dan mendapat keberkatan daripada mereka.

4. Segala urusannya dipayahkan. Setiap urusan yang hendak dilakukan semuanya sukar dan tersekat.

5. Dosa menjadikan hati dan badan lemah.

6. Terhalang daripada taat. Orang yang berdosa akan berasa terlalu berat untuk taat kepada perintah Allah dan Rasul.

7. Dosa umpama benih yang menumbuhkan dan melahirkan dosa-dosa yang berikutnya sehingga terlalu sukar untuk meninggalkannya. Sesungguhnya kebanyakan orang yang berdosa, berterusan melakukan dosanya bukan kerana mereka seronok melakukan dosa tersebut tetapi mereka berasa sakit apabila meninggalkannya.

8. Tercabut dari hatinya rasa jijik terhadap dosa yang dilakukan kerana telah menjadi kebiasaan. Maka dia tidak melhat dirinya buruk dan tidak peduli pandangan dan kata-kata manusia terhadapnya.

9. Maksiat menjadi punca hinanya seseorang hamba di sisi Tuhannya. Dia tidak berguna langsung di Mata Tuhannya.

10. Dosa menjadikan hati tidak sihat dan tidak lurus. Sebaliknya hati terdedah kepada pelbagai penyakit dan tergelincir ke jalan yang salah.

11. Orang yang berdosa sentiasa menjadi tawanan syaitan, terpasung dan terpenjara di dalam sangkar nafsu.

12. Dosa mengkhianati manusia ketika manusia itu berhajat kepada dirinya. Dosa mengkhianati hati dan lidahnya ketika nazak sehingga dia tidak mampu menuturkan kalimah syahadah pada saat dia sangat-sangat memerlukannya.

Justeru, Allah Taala Yang Maha Pengasih lagi Penyayang sentiasa menyeru hamba-Nya supaya segera bertaubat dan meninggalkan dosa-dosa sama ada lahir dan batin.

“Dan tinggalkanlah kamu dosa yang nyata dan yang tersembunyi. Kerana sesungguhnya orang-orang yang berusaha melakukan dosa, mereka akan dibalas dengan apa yang mereka telah lakukan.”

(Al-An’am: 120)

“Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan taubat nasuha, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai...”

(At-Tahrim: 8)

“Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai hamba-hamba-Ku yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.”

(Az-Zumar: 53)

“Dan bersegeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan daripada Tuhan kamu dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa.”

(Ali-‘Imran: 133)

Sambutlah seruan Allah. Bersegeralah bertaubat dan meninggalkanlah dosa-dosa sebelum pintu taubat ditutup rapat.

Daripada Ibn Umar radiallahuanhu, Nabi sallallahu alaihi wasalam bersabda (maksudnya):

“Sesungguhnya Allah menerima taubat hamba-Nya selagi nyawa tidak sampai ke halkum.” (Riwayat Ahmad).

Friday, April 20, 2012

KEMULIAAN YANG DIDAMBA

Saudaraku..

Suatu ketika khalifah bani Abbasiyah yang bernama Sulaiman bin Abdul Malik mengadakan perjalanan ke Makkah untuk menunaikan ibadah haji. Saat ia thawaf, tanpa sengaja matanya melihat bayangan sosok ulama karismatik; Salim bin Abdullah bin Umar yang sedang bersimpuh khusyu' di depan Ka'bah. Ia larut dalam zikir dan tenggelam dalam lautan munajat kepada-Nya. Air mata menggenangi pipinya.

Tentu, Salim bukanlah orang asing bagi sang khalifah. Ia adalah cucu Al Faruq; Umar bin Khattab ra. Dari sekian banyak cucu Umar, Salim-lah yang perwajahannya, tampilan fisik dan kepribadiannya sangat mirip dengan khalifah ar Rasyid yang kedua itu. Artinya secara zahir dan bathin, ia menyerupai pemimpin yang zuhud itu.

Setelah thawaf dan melaksanakan shalat dua raka'at, sang khalifah mendekat dan menghampiri Salim. Orang-orang yang melihatnya, segera memberinya tempat. Ia menunggu dengan sabar hingga cucu Umar itu menuntaskan zikir dan do'anya.

Setelah memberi salam, khalifah berkata, "Utarakanlah kepadaku apa yang menjadi keperluanmu, niscaya akan aku penuhi."

"Demi Allah, hati ini teramat malu untuk meminta sesuatu di rumah Allah, terlebih sesuatu itu aku memintanya kepada selain-Nya." Jawab Salim singkat.

Mendengar jawaban Salim, raut wajah khalifah menjadi merah anggur karena menahan malu.

Setelah bermunajat kepada Allah Swt, Salim keluar meninggalkan Masjidil Haram. Banyak orang yang mengejar dan mengerumuninya dengan beragam keperluan, termasuk sang khalifah. Ada yang bertanya perihal balasan dan siksa di akherat. Ada yang bertanya tentang hadits dan makna ayat. Ada yang meminta fatwa tentang persoalan agama. Ada yang minta disambungkan do'a. Adapun khalifah, ingin memberi sesuatu dari kenikmatan dunia, yang barangkali diinginkan oleh Salim.

Khalifah berkata, "(Duhai Salim), sekarang kita telah berada di luar masjid, katakanlah hajatmu yang ingin aku penuhi untukmu?."

"Keperluan dunia atau keinginan akherat?." Komentar Salim.

Khalifah menjawab, "Sudah barang tentu dari hajat dunia."

Dengan penuh izzah Salim berkata, "Aku tidak pernah meminta kebutuhan/keperluan dunia dari Pemiliknya (Allah Swt), bagaimana mungkin aku memintanya kepada yang tidak memilikinya (manusia)?."

Sang khalifah tak mampu menyembunyikan rasa malunya, sambil berlalu ia berkata, "Alangkah mulianya hati kalian wahai keturunan Al Khattab."

(Terinspirasi dari buku "Tharaif wa mawaqif min at tarikh al Islami", karya; Hasan Zakaria Falaifil).

Saudaraku..
Itulah kisah tentang kemuliaan sejati. Harga diri yang dikehendaki Allah Swt dan Rasul-Nya. Izzah yang semestinya menjadi dambaan kita semua selaku ummat Muhammad saw.



Sebuah kemuliaan yang tak mungkin diraih oleh orang-orang yang tamak terhadap dunia. Mengejar kebahagiaan sesaat. Silau dengan kenikmatan semu. Tergiur dengan iming-iming kekuasaan. Bangga memakai mahkota jabatan. Terpedaya dengan penghormatan dan cium tangan para pengagum. Terpesona duduk manis di kendaraan mewah. Di dampingi para artis dan selebritis ternama. Kagum dengan jumlah pengikut yang sarat basa basi. Dan seterusnya.

Saudaraku..
Dari kisah di atas, kita dapat menggali beberapa mutiara berharga bagi kehidupan kita.

· Penguasa dambaan umat, adalah penguasa yang dekat, menghormati dan menghargai para ulama. Bukan menjauhinya apatah lagi menyingkirkannya. Sejarah mencatat, bahwa kegemilangan umat ini terwujud karena para penguasa menjadikan para ulama sebagai penasihat dan mitra dialog dalam menjalankan roda kekuasaannya. Sebaliknya penguasa yang menjauhi, memusuhi dan bahkan menyingkirkan para ulama, maka ia akan dilaknati dan dimusuhi oleh rakyatnya sendiri.

· Tawaran sang khalifah; Sulaiman bin Abdul Malik kepada Salim bin Abdullah bin Umar untuk memberinya sebagian dari kenikmatan dunia, bukan bertujuan untuk menyuap atau sebagai alat pelicin. Agar kekuasaannya tak diusik atau dikritisi oleh para ulama. Tapi pemberian tulus dan merupakan bukti bahwa ia sangat menghormati dan menghargai para ulama.

· Salim, menolak tawaran khalifah bukan lantaran ia tak menghormati penguasa, merendahkannya apalagi membencinya. Tapi ia ingin memberikan pelajaran kepada orang-orang di sekelilingnya dan juga kepada kita generasi setelahnya tentang hakikat zuhud dan waspada terhadap tipu daya dunia. Agar kita tak meminta kepada selain-Nya. Agar dunia tidak menjadi obsesi pertama dalam hidup kita. Agar kita tak dipandang rendah di hadapan manusia. Tapi hanya tunduk dan merendahkan diri di hadapan-Nya. Salim bisa saja meminta jabatan strategis, harta benda dunia, kemewahan hidup dan yang seirama dengan itu. Tapi tidak ia lakukan. Karena ia tidak ingin bergantung kepada selain-Nya. Memiliki ketergantungan kepada selain-Nya.

· Parameter kemuliaan seseorang tidak terletak pada jabatan yang disandang. Atau kendaraan mewah model terbaru yang menghiasi garasi rumah. Atau meraih sederet prestasi puncak, memenangi gobel awards atau meraih bintang. Bukan pula diukur dengan banyaknya pengikut dan fans. Atau menggapai popularitas yang dikejar, kedudukan tinggi dan yang senada dengan itu. Hal itu bisa saja menjadikan kita mulia di mata manusia, tapi tidak di mata Allah Swt. Karena manusia sering terjebak menilai sesuatu dari tampilan luar, sementara Allah Swt hanya melihat hati dan amal shalih kita. Semakin kita mendekat dan menjaga hukum-hukum-Nya dalam kehidupan kita, maka kemuliaan sejati akan berlabuh dalam pelukan kita. "Padahal kemuliaan itu hanya bagi Allah, Rasul-Nya dan orang-orang mukmin." Al Munafiqun: 8.

· Jika ada penguasa yang menawarkan sebagian kenikmatan dunia kepada kita, tentu tanpa menunggu hitungan detik, kita langsung menyebutkan apa saja yang kita inginkan dalam hidup ini. Karena hati kita masih silau dengan dunia. Karena jiwa kita belum mampu menghadirkan warna kenikmatan surga. Karena para bidadari bermata jeli di surga Firdaus, baru mampu kita senandungkan dalam nasyid-nasyid Islami kita, dan belum mampu kita hadirkan bayangannya di pelupuk mata kita.

· Melandasi sebuah perjuangan dengan iming-iming dan pamrih dunia adalah fatamorgana. Seperti kita mau membantu dan mensukseskan calon tertentu dalam sebuah pilkada, tapi kita minta mahar politik, imbalan dan seterusnya.

Saudaraku…
Sudahkah kita menjadi orang mulia di hadapan Allah Swt? Wallahu a'lam bishawab.

Riyadh, 25 Maret 2012 M

Thursday, April 19, 2012

Risalah Mursyid: Wahai Penduduk Syam….Tetap Teguhlah Kerana Kemenangan Akan Menjelma

Risalah Mursyid: Wahai Penduduk Syam….Tetap Teguhlah Kerana Kemenangan Akan Menjelma

Segala puji bagi Allah, selawat dan salam kepada Rasulullah, keluarganya dan orang yang mengikut mereka dengan baik sehingga hari kiamat.

Sesungguhnya apa yang berlaku di bumi Syam – di Palestin yang suci dan Syria yang mulia – memanggil umat manusia seluruhnya, menuntut umat Islam khususnya dan semua orang yang merdeka di dunia ini, untuk menghulurkan tangan bagi membantu dan menyokong mereka. Penderitaan yang mereka lalui mewajibkan semua orang untuk memberikan bantuan kebendaan dan sokongan moral supaya dapat dipelihara nyawa dan kehormatan dan diselamatkan harta benda, disamping untuk memastikan mereka menikmati keamanan dan keselamatan di rumah sendiri, dan kekal merdeka di tanah air mereka.

Sikap membisu dan berdiam diri terhadap jenayah-jenayah keji yang berlaku, atau memberikan sokongan kepada rejim-rejim zalim dan kuku besi yang melakukan penindasan untuk menyembelih rakyat di Palestin dan Syria, atau pembunuhan beramai-ramai keatas segala yang bernyawa di atas muka bumi adalah suatu jenayah perang. Ia mewajibkan pesalah dihadapkan ke tribunal antarabangsa, sebagai penjenayah perang dan pelaku penyembelihan beramai-ramai.

Wahai umat Islam di mana-mana … wahai dunia yang merdeka … wahai para aktivis hak-hak kemanusiaan …

Kini sampailah masa untuk menyelamatkan orang yang tertindas dan melepaskan orang yang dizalimi, mahupun menyelamatkan orang yang dikepung di rumah dan tanah air mereka!! Kinisampailah masa untuk menghentikan jenayah rejim zalim dan diktator, sebelum dunia terjerumus ke dalam jurang dan terjebak di tengah-tengah perang yang akan menghancurkan!!

Wahai umat Islam … Adakah anda kini tidak memahami sejauh mana perikatan Zionis-US merancang dan melaksanakan konspirasi terhadap anda untuk melakukan kemusnahan sejak dua dekad yang lalu? Di belakangnya ialah kebanyakan kuasa dunia yang menyokong dan menolongnya. Hal ini terbukti dengan jelas apabila terlukis peta bumi yang sentiasa berlegar dan berputar dengan pelbagai kancah peperangan dalam dua dekad yang lalu: Palestin, Bosnia dan Herzegovina, Kosovo, Chechnya, Somalia, Afghanistan, Pakistan, Iraq, Sudan, Yaman, Lebanon, dan akhirnya di Syria kini. Bukankah ia menimbulkan syak wasangka yang mendalam tentang tujuan di sebalik semua itu adalah untuk menghentikan kebangkitan Islam di negeri-negeri Islam dari mengambil tempatnya? Kebangkitan itu untuk membangkitkan umat mereka, meninggikan panji mereka sehingga tersebar keadilan, meluasnya kasih sayang dan mencapai kesamarataan agarsemua orang dapat menikmati kebebasan, dan semua orang Islam dan bangsa-bangsa lain merasai keselamatan untuk diri, harta benda dan kehormatan mereka.

Allah Membela Orang Beriman

Allah SWT berfirman (bermaksud):

“Sesungguhnya Allah membela orang yang beriman; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap seorang yang khianat, lagi tidak bersyukur. Diizinkan berperang bagi orang (Islam) yang diperangi (oleh golongan penceroboh), kerana sesungguhnya mereka telah dianiaya; dan sesungguhnya Allah Amat Berkuasa untuk menolong mereka (mencapai kemenangan).” (Al-Hajj: 38-39)

Allah telah berjanji untuk mempertahankan orang beriman yang telah terkandas, yang telah lemah kedudukan mereka dan dikuasai sewenang-wenangnya oleh pemerintah zalim dan kejam. Mereka dibunuh dan ditindas, sehingga mendorong mereka meninggalkan tanah air dan negara asal mereka, memecah belahkan kesatuan mereka sedangkan tiada sebarang pertolongan dari kuasa dunia, bahkan dari jiran yang sebangsa dengan mereka sendiri dan satu agama dengan mereka. Malahan mereka ini menyebelahi penindas dan penzalim pula, membantunya melakukan kezaliman. Mungkin mereka ini lebih zalim dan lebih kejam. Ketahuilah tentang laknat Allah ke atas orang yang zalim dan orang yang membantu mereka yang melakukan kezaliman.

Rasulullah saw telah menyebut bahawa kedudukan para mujahidin di Syria dan Palestin yang tidak mendapat pembelaan dan pertolongan sewajarnya, semua ini sedikitpun tidak akan menggugat dan melemahkan mereka. Dari Abu Hurairah ra, Rasulullah saw telah bersabda (bermaksud):

“Akan sentiasa ada segolongan dari umatku yang berperang dan berjuang di pintu Damsyik dan di sekelilingnya, dan pintu Baitul Maqdis dan di sekitarnya; tidak dapat menggugat mereka orang yang enggan menolong mereka. Mereka terus teguh di atas kebenaran sehingga ke hari kiamat.” (Abu Ya’la dan Ibn ‘Asakir)

Dalam usaha untuk mencapai pertolongan dan pembelaan Allah keatas para penolongNya mereka mestilah:

1 – Bersatu padu dan tidak berpecah belah. Pertolongan hanya berlaku apabila berpegang teguh dengan agama Allah:

“Berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam),
dan janganlah kamu bercerai-berai.” (Al-Imran: 103)

2 – Taat kepada Allah dan Rasul-Nya, dan jangan berselisih faham:

“Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, dan janganlah kamu berbantah-bantahan;
kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu,
dan sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati);
sesungguhnya Allah beserta orang yang sabar.” (Al-Anfal: 46)

3 – Terus menerus dalam kesabaran dan ketabahan, dan juga kuatkan kesabaran mengatasi kesabaran musuh:

“Wahai orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu (lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan). (Ali-Imran: 200)

4 – Melakukan persiapan dan persediaan dengan segala kekuatan yang kita miliki… Tentang kekuatan, Imam al-Banna rahimahullah telah berkata: “Kekuatan adalah lambang Islam dalam setiap sistem dan undang-undangnya. Al-Quran al-Karim sendiri menyebut dengan jelas dan nyata:

“Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan.” (Al-Anfal: 60)

dan Nabi saw juga bersabda (bermaksud):

“Orang beriman yang kuat lebih baik daripada orang beriman yang lemah.”

Malah kekuatan menjadi lambang Islam termasuk dalam doa, sekalipun doa adalah lambang kekhusyukan dan ketenangan. Dengarlah doa Nabi saw untuk dirinya sendiri dan diajarkan kepada para sahabatnya. Baginda bermunajat kepada Tuhannya:

“Ya Allah, aku memohon agar Engkau jauhi diriku daripada rasa murung dan sedih, aku memohon agar Engkau jauhi diriku daripada rasa lemah dan malas, aku memohon Engkau jauhi diriku daripada rasa takut dan kedekut, aku memohon agar Engkau jauhi diriku daripada kongkongan hutang dan penindasan manusia.”

Bukankah kesemua doa ini bertujuan agar Allah menjauhkan sifat-sifat lemah? Lemah kehendak kerana murung dan sedih. Lemah bekerja kerana tidak berupaya dan malas. Lemah dengan wang kerana rasa takut dan kedekut. Lemah harga diri kerana hutang dan penindasan orang lain. Apa lagi yang kamu mahu daripada penganut agama ini selain mempunyai kekuatan dalam segenap aspek; slogannya ialah kuat dalam segala hal! Ini bermakna setiap anggota Ikhwan Muslimun mestilah kuat dan mereka juga perlu bekerja dengan kuat!

5 – Membuang perasaan takut dari hati … Iaitu dengan cara membaharui keimanan kepada Tuhan dan menyempurnakan tawakal kepadaNya, bergantung kepadaNya, dan yakin Allah sentiasa bersamanya dan kemenangan dariNya. Orang yang diberikan pertolongan dan kemenangan tiada siapa pun yang mampu mengalahkannya … Allah swt telah berfirman (bermaksud):

“Dan Allah tidak menjadikan (bantuan malaikat) itu melainkan sebagai berita gembira dan supaya hati kamu tenang tenteram dengannya. Dan kemenangan itu pula hanyalah dari sisi Allah. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” (Al-Anfal: 10)

Firman Allah lagi (bermaksud):

“Jika Allah menolong kamu mencapai kemenangan maka tidak ada sesiapa pun yang akan dapat mengalahkan kamu; dan jika Ia mengalahkan kamu, maka siapakah yang akan dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan yang demikian)? Dan (ingatlah), kepada Allah jualah hendaknya orang yang beriman itu berserah diri.” (Ali-Imran: 161)

Jika perasaan takut menjadi naluri pada manusia, kita mesti mengatasinya. Para rasul juga terdapat perasaan takut, apabila Tuhan menghantar Musa dan saudaranya kepada Firaun:

“Mereka berdua berkata: “Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami takut bahawa ia akan segera menyiksa kami, atau ia akan melampau batas.” Allah berfirman: “Janganlah kamu takut, sesungguh-nya Aku ada bersama-sama kamu; Aku mendengar dan melihat segala-galanya.” (Taha: 45-46),

Dan pada ketika;

“berkatalah pengikut-pengikut Nabi Musa: “Sesungguhnya kita akan dapat ditawan.” (As-Syu`ara’: 61)

Lalu nabi Musa berkata kepada mereka:

“Nabi Musa menjawab: “Tidak! Jangan fikir (akan berlaku yang demikian)! Sesungguhnya aku sentiasa disertai oleh Tuhanku (dengan pemuliharaan dan pertolonganNya), Ia akan menunjuk jalan kepadaku”. (As-Syu`ara’: 62)

Dan dengan membuang ketakutan dari hati maka semua anggota umat akan mengikuti jejak perjuangan, bahkan melahirkan pejuang-pejuang yang berani, serta melakukan gerakan untuk menikmati ketinggian, kemuliaan dan kebebasan.

6 – Membuang perasaan putus asa dan menghidupkan cita-cita dan harapan … Orang Islam tidak mengenal putus asa sebagai jalan ke dalam hati, dan putus harapan sebagai jalan ke dalam jiwanya; Al-Quran al-karim mendidik mereka dengan;

“Dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir”. (Yusuf: 87)

Sekiranya sifat berputus asa telah menimpa sesuatu bangsa dan kekecewaan telah menguasai seseorang, ia akan menyebabkan mereka hanya berpeluk tubuh dan meninggalkan kerja, seterusnya menjadikan mereka orang yang rugi.

Dalam pada itu, orang Islam hendaklah maju ke hadapan dan sentiasa memastikannya bercita-cita tinggi kerana ia mematuhi sesuatu yang benar dalam kehidupan dan perjuangannya. Janji Allah untuk memenangkan yang benar walaupun memerlukan jihad yang panjang.

“Bahkan Kami sentiasa mengarahkan yang benar menentang yang salah, lalu ia menghancurkannya, maka dengan serta-merta hilang lenyaplah dia.” (Al-Anbiya’: 18)

Firman Allah swt lagi (bermaksud):

“Kemudian Kami menyiksa orang yang berlaku salah (mengingkarinya); dan sememangnya adalah menjadi tanggungjawab Kami menolong orang yang beriman.” (Ar-Rum: 47)

Antara sebab tuntutan harapan dan cita-cita kepada penduduk Syam ialah kerana Allah melimpahkan rahmat-Nya kepada mereka. Sabda Rasulullah saw kepada mereka:

“Berbahagialah penduduk Syam.” Kami berkata: Wahai Rasulullah, apakah maksudnya?
Beliau berkata: “Allah melimpahkan rahmat kepada mereka.”

Oleh sebab itu, janganlah berputus asa wahai orang yang ‘merdeka’ di Palestin dan Syria. Janganlah anda putus harapan dari memperolehi rahmat Allah dan pertolonganNya, tidak kira bagaimana beratnya bentuk kezaliman dan penindasan yang dilakukan dan bagaimana tinggipun pengorbanan dan tanggungjawab yang diperlukan. Ini kerana kebebasan tidak akan diterima daripada manusia dan bukan pula hasil dari berunding dengan pembunuh yang telah meminum darah. Sebaliknya, kebebasan adalah hadiah yang terlepas daripada orang yang merampasnya dan dari orang yang melantik diri mereka sebagai tuhan dengan menggunakan kekerasan. Jadi bukanlah jalan untuk mencapai kebebasan dengan harga yang murah.

Segala yang berlaku di sekeliling kita mencerahkan harapan walaupun ada sikap negatif daripada golongan pesimis. Imam al-Banna rahimahullah pernah berkata: “Pernah pada suatu ketika dahulu umat kita kaku dan diam membisu tetapi kini ia mula bangkit dengan semangat yang membara. Jika tidak kerana belenggu yang terlalu berat dan kepimpinan yang tidak berpusat, sudah tentu kesedaran ini akan membawa kesan yang menakjubkan. Belenggu ini tidak akan kekal selama-lamanya dan pasti berakhir. Dalam sekelip mata Allah boleh mengubah banyak perkara. Orang yang kehairanan tidak akan selamanya dalam kehairanan, setelah dia memperolehi petunjuk dan setelah keadaan huru-hara bertukar menjadi stabil. Segala-galanya terserah kepada Allah. Anda sendiri pernah membaca awal surah al-Qasas:

“Taa, Siin, Miim. Inilah ayat-ayat Kitab – Al-Quran – yang memberi penjelasan.Kami bacakan kepadamu (wahai Muhammad) sebahagian dari kisah Nabi Musa dan Firaun dengan keterangan yang benar bagi orang yang beriman.Sesungguhnya Firaun telah berlaku zalim di bumi (Mesir) dengan melampaui batas, serta ia menjadikan penduduknya berpuak-puak. Ia menindas sepuak di antaranya dengan membunuh anak lelaki mereka dan membiarkan hidup anak perempuan mereka. Sesungguhnya adalah ia dari golongan yang membuat kerosakan. Dan Kami hendak berihsan dengan memberikan pertolongan kepada kaum yang tertindas di negeri itu, dan hendak menjadikan mereka pemimpin, serta hendak menjadikan mereka orang yang mewarisi (apa yang dimiliki oleh Firaun dan kaumnya). Dan Kami hendak memberi mereka kedudukan yang kukuh di negeri itu, serta hendak memperlihatkan kepada Firaun dan Haman bersama-sama tentera mereka apa yang mereka bimbangkan dari golongan yang bertindas itu.” (Al-Qasas: 1-6)

Apabila anda membaca ayat ini anda lihat bagaimana keangkuhan golongan yang sesat. Mereka berbangga dengan kekuatan mereka. Mereka begitu yakin dengan kehebatan mereka sehingga melupakan Allah yang sentiasa memerhati mereka. Di saat mereka begitu gembira dengan kekuatan yang dimilki, Allah yang Maha Berkuasa mengazab mereka. Kehendak Allah pasti membantu orang yang dizalimi dan akan membantu orang yang menolong golongan yang lemah hingga akhirnya golongan yang sesat akan hancur sama sekali. Ketika itu kebenaran akan tertegak kukuh dan pendokongnya akan mencapai kemenangan. Ayat ini dan ayat lain yang termaktub dalam Kitab Allah cukup untuk menolak segala alasan untuk berputus asa oleh mana-mana bangsa Islam yang beriman dengan Allah, utusanNya dan kitabNya. Bilakah umat Islam akan memahami hakikat yang dinyatakan oleh kitab Allah ini?

Kewajipan kita untuk menolong Palestin dan Syria

– Berusaha secara berterusan dan bekerja keras untuk mencapai perpaduan di kalangan semua rakyat Palestin dan Syria; kerana kemenangan mereka bergantung apabila berpegang teguh kepada Allah dan tidak berpecah-belah. Sebarang perpecahan dan perselisihan mereka adalah tanda kegagalan dan kerugian; kerana perpaduan adalah rahsia kekuatan mereka.

– Bekerja untuk menyatukan bangsa Arab dan Islam, menyatukan pandangan mereka dan menyusun barisan mereka kepada matlamat utama yang paling besar, yang boleh disimpulkan dalam dua perkara:
· Berdiri teguh di hadapan pemerintah, penzalim dan pembunuh.
· Menyumbangkan segala yang ada untuk memberikan bantuan material dan sokongan moral kepada saudara-saudara kita di Palestin dan Syria.

– Bekerja untuk menggembeling seluruh dunia; dalam usaha untuk menyelamatkan rakyat tersebut daripada penindasan dan kekejaman tentera, yang dibantu oleh Barat dan Timur; untuk menghalang senjata daripada sampai kepada regim ini, menyatakan pandangan di dalam forum-forum antarabangsa, mengenakan sekatan dan melemahkan kuasanya.

– Segera dalam berdoa … Orang Islam, selain dari mengambil semua yang ada dari segi material, ia juga hendaklah mengetuk pintu langit dan mengadapkan wajah kepada Allah dengan doa orang yang ditindas dan ditekan supaya dibukakan kepadanya pintu langit.

“Atau siapakah yang memperkenankan doa orang yang menderita apabila ia berdoa kepadaNya, dan yang menghapuskan kesusahan, serta menjadikan kamu pengganti (umat-umat yang telah lalu) mendiami dan menguasai bumi? Adakah sebarang tuhan yang lain bersama-sama Allah? Amat sedikit di antara kamu yang mengingati (nikmat Allah itu).” (An-Naml: 62)

kerana Rasulullah saw telah bersabda (bermaksud):

“Sesungguhnya doa dan bencana adalah dua perkara yang berhimpun.”

Dengan keengganan Arab menyokong dan menolong rakyat Palestin dan Syria mahupun dunia bersekongkol atas keengganan mereka itu; maka semestinya bagi umat Islam tidak berhenti dari berdoa kerana doa adalah senjata yang dimiliki oleh setiap umat Islam. Ibnu Abbas ra meriwayatkan bahawa Nabi saw telah mengutus Mu’adz ke Yaman dan baginda berkata kepadanya:

"Takutlah kamu akan doa seorang yang dizalimi, kerana doa tersebut tidak ada hijab (penghalang) di antara dia dengan Allah." (Bukhari dan Muslim)

Sabda Rasulullah saw (bermaksud):

“Doa orang yang dianiaya itu akan diangkat oleh Allah ke atas awan, dan dibuka untuknya pintu-pintu langit, kemudian Allah berfirman, "Demi kemuliaan-Ku, sungguh Aku akan tolong engkau walaupun tidak sesegera.” (Tirmizi dan Ahmad)

Di antara doa Salahuddin al-Ayubi iaitu: "Wahai Tuhanku, kekuatan manusia telah tidak berdaya untuk menolong agamaMu, hanya yang tinggal ialah merasa tenang kepadaMu, berpegang teguh dengan agamaMu, dan bergantung harap kepada keagunganMu. Cukuplah Engkau sebaik-baik tempat berserah." Alangkah lembut dan halus doa ini yang lahir daripada hati orang yang tertindas di Syria: Ya Allah, wahai Tuhan, tiadalah bagi kami penolong selain Engkau, ya Allah …

Ya, tiada penolong untuk anda selain Allah. Tiada bantuan untuk anda melainkan dari Allah. Tiadalah bagi anda penjaga dan penolong selain Allah. Cukuplah Allah sebagai penjaga dan cukuplah Allah sebagai penolong.

Mungkin situasi yang kita lihat di rantau Arab ketika ini, sebagai jawapan daripada Allah kepada doa-doa orang yang dizalimi dan ditindas telah diangkatkan kepada Allah tanpa hijab. Sesungguhnya telah tiba saat kemenangan selepas kekejaman sampai ke kemuncaknya. Rakyat telah menanggung beban kekejaman seberat gunung sehingga bilangan orang Syria yang terkorban mencecah 10,858 orang syahid di hari ke 365 .

Jumlah yang terkorban di Palestin dalam sedekad yang lalu menghampiri 8,000 orang syahid, termasuk 1,923 kanak-kanak dan 460 wanita.

Wahai warga Palestin, wahai warga Syria … Tetap teguhlah, tetap teguhlah kerana kemenangan akan menjelma. Kemenangan akan muncul hari esok dengan pembukaan dan penaklukan dari Allah serta kemenangan yang nyata. Kenapa tidak .. Saudara-saudara anda di Mesir sehingga pada petang 11 Februari 2011, tiada seorang pun terbayang bahawa mereka berjaya menjatuhkan regim Mubarak selepas beberapa minit kemudian. Sebelumnya di Tunisia, presidennya secara tergesa-gesa melarikan diri meninggalkan negara. Di Libya dan Yaman rejim jatuh setelah beberapa ketika. Kini tiba giliran rejim-rejim yang lain di mana orang yang ditindas dan disiksa berkata bilakah datangnya pertolongan Allah? Jawapan daripada Tuhan: Ketahuilah bahawa saat pertolongan Allah kian hampir.

“Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang yang beriman yang berada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?” Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah).” (Al-Baqarah: 214).

Janji Allah ialah memberikan ganjaran yang besar di akhirat dan juga kemenangan serta penaklukan di dunia.

“Wahai orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamat-kan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya). (Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa kamu, dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya sungai, serta ditempatkan kamu di tempat tinggal yang baik dalam Syurga ‘Adn. Itulah kemenangan yang besar. Dan ada lagi limpah kurnia yang kamu sukai, iaitu pertolongan dari Allah dan kemenangan yang cepat (masa berlakunya). Dan sampaikanlah berita yang mengembirakan itu kepada orang yang beriman.” (As-Soff: 10-13)

Allah yang Maha Besar dan segala pujian hanya bagi Allah.

Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad saw yang bersifat ummi, keluarganya dan para sahabatnya. Segala pujian adalah untuk Allah Tuhan seluruh alam.