DIRIWAYATKAN daripada Ibn Mas’ud r.a, katanya: “Sesiapa membaca 10 ayat daripada surah al-Baqarah ketika awal waktu siang, syaitan tidak akan menghampirinya hingga ke petang. Jika ia membacanya pada waktu petang, syaitan tidak mendekatinya hingga ke pagi. Ia juga tidak akan melihat sesuatu yang ia benci pada keluarga dan harta bendanya,” (Riwayat al-Darimi, al-Bhaihaqi di dalam kisah Syu’ab al-Iman).
Ibn Mas’ud r a, meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda: “Sesiapa membaca 10 ayat: Empat daripada awal surah al-Baqarah, ayat al-Kurysi, dua ayat selepasnya dan ayat penutup surah al-Baqarah, nescaya syaitan tidak akan memasuki rumah itu hingga pagi,” (Riwayat al-Tabrani dalam al-Kabir dan riwayat al-Hakim, kata hadis dinilai Sahih).
Sumber: http://chromosome.wordpress.com/2010/09/22/10-ayat-al-baqarah-doa-elak-gangguan-syaitan-siang-dan-malam/
Ulasan: Yang pertama ialah ilmu yang baru. Yang kedua itu memang sudah ada dalam Ma'thurat...mari kita bersama2 beristiqamah mengamalkannya. Allahumma amiin. Kedua2 hadith ini...ada dalam Ma'thurat, keluaran IKRAM Negeri Johor, muka surat 14. Terima kasih IKRAM.
No comments:
Post a Comment