Akhirat itu lebih utama
dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya
Jangan sengaja lewatkan solat
Perbuatan ini Allah tidak suka
Kalau tertidur lain cerita
Jangan tidur selepas solat Subuh
Nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat)
Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan.
Nanti rezeki kita dikongsi syaitan
Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan
Takut-takut kita mati dalam perjalanan
Jangan biarkan mata liar di perjalanan
Nanti hati kita gelap diselaputi dosa
Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa
kerana mati boleh datang bila-bila masa
Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia
kalau memang kita bersalah
Jangan mengumpat sesama rakan taulan
Nanti rosak persahabatan
Kita hilang bahagia
Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita
Nanti kita sombong apabila berjaya
Kalau gagal kecewa pula
Jangan bakhil untuk bersedekah
Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita
Jangan banyak ketawa
Nanti mati jiwa
Jangan biasakan berbohong
kerana ia adalah ciri-ciri munafik
Dan menghilangkan kasih orang kepada kita.
Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan
Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.
Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN.
Sebab semuanya untuk keselamatan kita
ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya.
http://mr-tazkirah.blogspot.com/2008_12_01_archive.html
No comments:
Post a Comment