KETIKA MENCARI CALON
 Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita
 Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.
 
 KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis,
 tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.
 
 KETIKA AKAD NIKAH
 Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu,tetapi menikah di hadapan Allah
 
 KETIKA WALIMAH/KENDURI/RESEPSI PERNIKAHAN
 Catat dan hitung semua tetamu yang datang untuk mendoakan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana mensia/menyia-nyiakan doa mereka.
 
 KETIKA MALAM PERTAMA
 Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.
 
 SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
 Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan
 duri.
 
 KETIKA BIDUK/PERAHU RUMAH TANGGA GOYANG
 Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justru semakin erat berpegang tangan
 
 KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK
 Cintailah isteri atau suami anda 100%
 
 KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK
 Jangan bahagikan cinta anda kepada (suami) isteri dan anak anda, tetapi cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.
 
 KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
 Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.
 
 KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
 Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita.
 
 KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
 Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggung jawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.
 
 KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
 Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.
 
 KETIKA MENDIDIK ANAK
 Jangan pernah berpikir bahawa orang tua yang baik adalah orang tua yang tidak pernah marah kepada anak, kerana orang tua yang baik adalah orang tua yang jujur kepada anak.
 
 KETIKA ANAK BERMASALAH
 Yakinilah bahawa tidak ada seorang anakpun yang tidak mahu bekerjasama dengan orang tua, yang ada adalah anak yang merasa tidak didengar oleh orang tuanya.
 
 KETIKA 
Jangan diminum, cukuplah suami, isteri sebagai ubat.
 
 KETIKA INGIN AMAN DAN HARMONIS
Gunakanlah formula 7 K
 1 Ketaqwaan
 2 Kasih sayang
 3 Kesetiaan
 4 Komunikasi dialogis
 5 Keterbukaan
 6 Kejujuran
 7 Kesabaran.
No comments:
Post a Comment