Monday, February 11, 2013

Doa untuk anak-anak kita agar terang hati (cerdik) dan soleh

Assalamu 'alaikum sahabat.

Semoga semua sihat sejahtera.

Elok amalkan doa-doa berikut untuk anak-anak kita.

1) Letakkan tangan kita di ubun-ubun anak-anak dan bacakanlah:

Bacaan doa untuk lelaki: ALLAHUMMA FAQQIHHU FIDDIN WA 'ALLIMHUTTA'WIIL.

Bacaan doa untuk perempuan: ALLAHUMMA FAQQIHHA FIDDIN WA 'ALLIMHATA'WIIL.

Bermaksud:  "Ya Allah, berikanlah kepadanya kefahaman dalam agama dan ajarlah kepadanya tentang kefahaman Al-Quran."

Doa ini telah dibacakan oleh Rasulullah SAW kepada Ibnu Abbas RA sewaktu beliau berusia 6 tahun. Alhamdulillah, beliau jadi genius. Beliau telah dilantik jadi Mufti di Baghdad semasa berusia 13 tahun dan  menjaga solat.

2) Baca ayat 57, Surah Yunus sebagai amalan doa kita untuk anak-anak.

Rujukan:

1) Ustaz Sharhan Safie (2011). Ubat, Doa & Penyembuhan Serta Khasiat Surah-Surah Al-Quran. Petaling Jaya : Vesselmas. muka surat 134-136.

2) Ustaz Sharhan Safie (2013). Dalam menghuraikan PENYAKIT HATI dalam program Tanyalah Ustaz TV9, 09 Februari 2013.

Sebar-sebarkan kepada kawan-kawan yang ada anak-anak kecil. Semoga anak-anak jadi taat dan jadi anak-anak soleh/solehah. Allahumma amiin. Ws.

No comments: