Monday, April 15, 2013

BETUL KATA DATO HASSAN ALI: - JANGAN BERI SATU PUN UNDI UNTUK PAKATAN RAKYAT....

Lepat Pisang shared Pas Ganti Umno's photo.
BETUL KATA DATO HASSAN ALI: - JANGAN BERI SATU PUN UNDI UNTUK PAKATAN RAKYAT

Petang 15 Apr 2012 ketika aku melalui persimpangan Taman Bahagia Temerloh aku terpanggil oleh kain rentang berkenaan  ceramah menyelamatkan Akidah yang akan disampaikan oleh Dato Dr. Hasan Ali pada malam tersebut. Hati kecil aku berkata bagus juga aku ke ceramah tu bagi mengetahui keadaan sebenar berkenaan Politik  Tanah Air.
Terus terang aku kata kan yang Aku bukan lah memihak kepada mana-mana parti politik. Aku bukan Ahli PAS dan juga bukan Ahli UMNO atau PKR. Aku terima apa sahaja berita dari arus pedana dan aku juga membaca dari sumber-sumber media alternative seperti blog dan FB.  
Susah untuk aku menentukan siapa yang betul, siapa yang salah. Aku harap ceramah Dato Hassan Ali malam ini dapat memberi aku sedikit Ilham untuk membuat Pilihan.
Aku menghormati Dato Hasan Ali kerana aku anggap beliau seorang yang alim yang sudah pastinya berkata dengan jujur dan sesuai dengan penampilannya yang aku anggap sebagai Ustaz.
Selepas Solat Isyak aku bergegas ke Padang Bola di Taman Temerloh Jaya. Pada pandangan Aku, kalau lewat nanti mesti susah nak dapat parking. Tapi bila aku sampai kat situ, aku lihat terdapat beberapa kemah didirikan di tepi tiang gol. Tetapi kemah tu masih gelap. Namun begitu di penjuru padang terdapat beberapa gerai menjual minuman dan makanan ringan. Aku lihat beberapa orang sedang berkeliaran diatas padang. Aku lihat di sekeliling padang tu masih kosong dan masih banyak tempat parking. Dalam hati aku berkata betul ke malam ni? Ke aku salah tengok tarikh ? mungkin betul kut sebab ada orang berniaga. Aku pun menunggu sahaja didalam kereta.
Beberapa minit kemudian barulah aku lihat cahaya lampu dari kemah tersebut dan aku juga boleh dengar ujian pembesar suara dilakukan. Dalam hati kecil ku, betul lah malam ni. Beberapa minit selepas itu, aku mendengar Alunan Zikir munajat berkumandang pada pembesar suara. Aku dapat lihat orang ramai mula hadir di kemah berkenanan. Aku pun keluar dari kereta dan menghampiri kemah berkenaan. Ramai juga yang hadir….   boleh dikatakan hampir 300 orang.
Beberapa minit kemudian , seorang ustaz dari Kuala Lipis (aku pun tak tahu nama dia) menyampaikan ceramahnya yang ada kaitan dengan Akidah. Aku layan je lah.. Ustaz ni memang pandai menyanyi. Bermacam-macam lagu dia dendangkan.Lagu rock, lagu retro, Lagu hindi dan bermacam-macam lagi. Padai juga ustaz ni menarik minat pengunjung. Dalam ceramahnya, beliau juga menyelit memuji  kerajaan pemerentah dan felda. Ada juga betul kata-kata ustaz ni. Tapi aku pun anak felda.  Kenapa Ayah aku masih menanggung hutang dari felda walaupun Ayah aku dah meninggal dunia. Kini Mak aku yang terpaksa membayar hutang-hutang tu. Aku masih Ingat yang Mak aku pernah cakap, yang hutang kat felda semasa tanaman semula dulu masih ada 30ribu lagi. Dalam hati aku sempat ke mak aku nak membayarnya. Sekarang pun umur mak aku pun dah masuk 65 tahun. Mak aku dah tinggal dekat tanah rancangan tu dah lebih 40 tahun. Tapi hutang dengan felda tak habis-habis. Tapi tak kesahlah... sekurang-kurangnya kerajaan dahulu telah memberi kemudahan kepada keluarga kami. setidak-tidaknya kami dah ada tanah dan rumah sendiri.. Namun begitu ianya bukanlah percuma, ianya adalah hasil titik peluh Ayah untuk menerokakan tanah yang di amanahkan oleh kerajaan.. Masih diingatan ku apabila turut sama membantu aruah Ayah untuk mengerjakan tanah tu. Tapi sampai bilakah hutang-hutang pada felda tu akan berakhir..?
Lebih kurang jam 10:20 malam  baharulah Dato Hassan Ali tiba di kemah. Tampa melengahkan masa Dato Hassan Ali di beri laluan untuk memulakan ceramanya. Dato Hassan Ali memulakan ceramahnya dengan menceritakan pengalamanya . Beliau menceritakan tetang masaalah murtad di kalangan orang Islam. Kemudian beliau menceritakan berkenaan dengan akidah orang Islam yang pernah beliau temui di hotel sedang minum minuman keras. Berbagai-bagai jenis minuman keras yang di sebutkan oleh beliau. Kemudian beliau menceritakan kisah beliau membuat pemereksaan pasangan Khalwat di hotel-hotel budjet. Beliau menerangkan yang Akidah orang MELAYU di seluruh Malaysia dah rosak. Dalam hati kecil aku mula bertanya… Kenapa Akidah MELAYU Rosak? Siapakah yang Merosakkannya? Adakah kerana PAS telah merosakkan Akidah mereka…? Adakah PKR? Ataupun adakah Kerajaan UMNO sendiri yang membuat Akidah mereka Rosak. Atau mungkin juga undang-undang di Negara yang aku menetap ini tidak cukup baik untuk menangani dan mengubati Isu Akidah ini.Berbagai-bagai lagi persoalan yang bermain di kepala aku.
Seterusnya Dato Hassan Ali memulakan ucapan politik. Beliau menceritakan yang Jawatan-jawatan tertinggi dalam PKR yang memerentah Selangor sekarang ini diberi elaun untuk menyertai kelab golf. Beberapa jumlah peruntukan ada dinyatakan. Tapi aku tak ambil endah sangat sebab dekat kilang Papan yang aku kerja sekarang ni pun peruntukan seumpama itu juga di sedia kan pada Manager-manager nya. 
Seterusnya Dato Hassan Ali meneruskan ucapannya dengan mengatakan yang dia tak setuju PAS bersekongkol dengan DAP. Beliau mengatakan yang satu hari dulu Kapal Sing pernah mengatakan yang DAP tidak akan bersetuju untuk membentuk Negara Islam yang melaksanakan hukum Hudud. Kapal sing pernah kata , kalau nak laksanakan hukum hudud kena langkah mayatnya dulu. Tapi Aku hairan juga… Dulu DAP pernah berkata bergitu. Tetapi sekarang DAP boleh berunding dengan PAS berkenaan isu Negara Islam dan Hudud. Aku juga tertanya … yang MCA juga tidak setuju dengan Hudud. Tetapi UMNO dan MCA juga MIC tak pernah dapat berbincang bekenaan Isu ini. Malah UMNO sebagai parti MELAYU yang berugama ISLAM sendiri terus terang menolak Hudud. Bukan sahaja menolak hudud, malah mereka sanggup menghina hukum Hudud yang sememangnya adalah ajaran yang di bawa oleh Al-Quran. Bukah kah Islam itu adalah “ Cara Hidup“…. Hati kecil aku berkata… Dalam pakatan BARISAN NASIONAL tak ada satu parti pun yang bersetuju untuk melaksanakan hukum Hudud. Tetapi dalam PAKATAN RAKYAT setidak-tidaknya PAS tetap perjuangkan hukum HUDUD. Setahu aku lah… untuk penggubalan sesuatu pelembagaan mestilah mendapat sokongan 2/3 di parlimen dan dengan perkenan Yang Dipertuan Agong. Sekiranya majority Islam diparliment mempersetujuinya sudah pasti kita dapat lakukannya apabila diperkenankan oleh Yang Dipertuan Agong. Kuasa minority tak boleh melawannya. Kalau Kapal Sing seorang yang menolaknya belum cukup untuk melawan hak Majority. Tapi Aku hairan kenapa Dato Hassan Ali Boleh mengatakan begitu sedangkan beliau tahu yang PAS tetap dengan agendanya untuk menubuhkan Negara Islam yang melaksanakan hukum hudud.??????
Dato Hassan Ali meneruskan ucapannya dengan menceritakan kelulusannya di bidang Akedemik. Beliau menceritakan yang beliau memiliki PHD dalam bidang sains pembanggunan (kalau tak silap aku). Beliau juga mengaku yang beliau bukan lah Ulama’ tetapi beliau suka berkerja dengan Ulama’ seperti Allahyarham Fadhil Nor. Beliau juga menyatakan yang beliau pernah menyandang Naib Presiden PAS suatu ketika dulu. Aku juga bersetuju dengan jawatannya dahulu. Aku juga respect dengan kewibawaannya. Tapi kini Dato Hassan Ali mengatakan yang PAS sekarang tidak seperti dahulu. PAS dahulu adalah kepimpinan Ulama’ tidak seperti sekarang yang hanya membentuk Negara kebajikan. Beliau berkata yang PAS kena letakkan Ulama’-Ulama’ sebagai peneraju seperti presiden dan naib presiden mestilah dari golongan Ulama’. Dalam hati kecil ku bertanya lagi… kenapa sekarang dia pertikaikan perkara tersebut…? Kenapa semasa dia sebagai Naib Presiden PAS dahulu beliau tak pernah pun mempertikaikan perkara ini? Sedangkan dia sendiri mengaku yang dia bukan Ulama’… Hentahlah… Layan je la….
Seterunya beliau menyatakan Tentang Akhlak.. Secara lantang beliau menegaskan yang ketua pembangkang tidak memiliki akhlak yang baik.. beliau juga menyindir dengan perkatan yang berbau lucah. Tak perlulah saya nak tuliskan kat sini. Bagi Aku, betul kata-kata Dato Hassan Ali tu… Benar Dato Seri Anuar tidak berakhlak yang baik… Tapi bagi aku, itu adalah kata-kata media arus perdana.. Aku terfikir… Adakah Dato Hassan Ali telah benar-benar terpengaruh dengan Media arus Pedana…? Bukan kan kita tahu yang itu adalah fitnah. Mahkamah sendiri pun belum dapat membuktikannya. Kita juga tahu yang bukan sahaja DSAI di fitnah,….  Malah PM kita Dato Seri Najib sendiri pun juga difitnah. Malah lebih teruk dari itu. Najib di fitnah membunuh Antantuya, Najib juga di fitnah berkaitan dengan skendal komisen pembelian Kapal selam. Jika kita meng-ia-kan fitnah ini maka apa yang dilakukan oleh Najib lagi teruk berbanding dengan DSAI. DSAI hanya melibatkat dirinya sahaja. Tetapi Najib melibatkan nyawa orang dan Wang Rakyat. Tapi bagi aku sebagai rakyat Malaysia, Aku me-nidak-kan fitnah tersebut. Aku buang ketepi fitnah-fitnah tu. Itu semua adalah sandiwara politik. Aku tak setuju Dato Seri Najib di fitnah begitu… tapi tak adil kan kalau saya minidakkan suatu pihak sahaja. Untuk itu DSAI juga aku tak setuju difitnahkan begitu. Aku anggap dua-dua DSAI dan Najib bersih dari fitnah. Tapi mari kita lihat penampilan akhlak mereka dari sudut keKeluargaan. Apakah keadaan Keluarga DSAI? Apakan keluarganya memiliki akhlak yang baik? Munutup Aurat setidak-tidaknya. Mari kita tengok Aklak keluarga Najib pula… Adakah Isteri dan Anaknya menutup Aurat? Betukah Najib memakai rantai Emas… Anaknya perpoya-poya dan berpeluk-pelukan dengan bukan muhrim….  Jadi keluarga manakah yang baik akhlaknya di mata kita?
Di akhir penggulangan , Dato Hassan Ali menasihatkan supaya penyokong-penyokong PAS dan pengundi atas pagar macam aku balik dan berfikir supaya jangan memberi sokongan pada PAS. Beliau juga menyatakan… “ Jangan Beri satu undi pun untuk Pakatan Rakyat”… Betul kata Dato Hassan Ali… saya setuju… Tapi bagi aku , kalau satu undi pun tidak diberikan ke Pakatan Rakyat… Maka Seribu Undi sepatutnya kita tidak berikan pada BARISAN NASIONAL.
Terus-terang saya simpulkan,…  Ceramah Dato Hassan Ali Adalah ceramah Emosinya… Kerana pangkat dan Wang… Kalau sebelum ini saya menghormatinya sebagai ustaz tapi sekarang saya tak respect lagi pada dia. Beliau hanya berucap untuk memecah belahkan MELAYU….. 
Nampaknya sekarang aku dah bersedia untuk terjun dari atas pagar kebawah. Aku juga dah ambil keputusan arah mana kah yang aku akan terjun.
 Mungkin MELAYU dah berpecah , tapi ISLAM dah Bersatu… 
Maaf jika tulisan aku ini banyak yang tak kena… sebab aku tak ada kelulusan seperti yang di miliki oleh Dato Hassan Ali. Aku Cuma kelulusan SPM pangkat 3 dan kerja sebagai kuli di kilang papan. Tapi aku bershukur sebab Allah beri aku otak untuk berfikir yang mana yang baik dan yang mana yang tidak.
*To Admin, Please publish

Petang 15 Apr 2012 ketika aku melalui persimpangan Taman Bahagia Temerloh aku terpanggil oleh kain rentang berkenaan ceramah menyelamatkan Akidah yang akan disampaikan oleh Dato Dr. Hasan Ali pada malam tersebut. Hati kecil aku berkata bagus juga aku ke ceramah tu bagi mengetahui keadaan sebenar berkenaan Politik Tanah Air.

Terus terang aku kata kan yang Aku bukan lah memihak kepada mana-mana parti politik. Aku bukan Ahli PAS dan juga bukan Ahli UMNO atau PKR. Aku terima apa sahaja berita dari arus pedana dan aku juga membaca dari sumber-sumber media alternative seperti blog dan FB. 

Susah untuk aku menentukan siapa yang betul, siapa yang salah. Aku harap ceramah Dato Hassan Ali malam ini dapat memberi aku sedikit Ilham untuk membuat Pilihan.

Aku menghormati Dato Hasan Ali kerana aku anggap beliau seorang yang alim yang sudah pastinya berkata dengan jujur dan sesuai dengan penampilannya yang aku anggap sebagai Ustaz.

Selepas Solat Isyak aku bergegas ke Padang Bola di Taman Temerloh Jaya. Pada pandangan Aku, kalau lewat nanti mesti susah nak dapat parking. Tapi bila aku sampai kat situ, aku lihat terdapat beberapa kemah didirikan di tepi tiang gol. Tetapi kemah tu masih gelap. Namun begitu di penjuru padang terdapat beberapa gerai menjual minuman dan makanan ringan. Aku lihat beberapa orang sedang berkeliaran diatas padang. Aku lihat di sekeliling padang tu masih kosong dan masih banyak tempat parking. Dalam hati aku berkata betul ke malam ni? Ke aku salah tengok tarikh ? mungkin betul kut sebab ada orang berniaga. Aku pun menunggu sahaja didalam kereta.

Beberapa minit kemudian barulah aku lihat cahaya lampu dari kemah tersebut dan aku juga boleh dengar ujian pembesar suara dilakukan. Dalam hati kecil ku, betul lah malam ni. Beberapa minit selepas itu, aku mendengar Alunan Zikir munajat berkumandang pada pembesar suara. Aku dapat lihat orang ramai mula hadir di kemah berkenanan. Aku pun keluar dari kereta dan menghampiri kemah berkenaan. Ramai juga yang hadir…. boleh dikatakan hampir 300 orang.

Beberapa minit kemudian , seorang ustaz dari Kuala Lipis (aku pun tak tahu nama dia) menyampaikan ceramahnya yang ada kaitan dengan Akidah. Aku layan je lah.. Ustaz ni memang pandai menyanyi. Bermacam-macam lagu dia dendangkan.Lagu rock, lagu retro, Lagu hindi dan bermacam-macam lagi. Padai juga ustaz ni menarik minat pengunjung. Dalam ceramahnya, beliau juga menyelit memuji kerajaan pemerentah dan felda. Ada juga betul kata-kata ustaz ni. Tapi aku pun anak felda. Kenapa Ayah aku masih menanggung hutang dari felda walaupun Ayah aku dah meninggal dunia. Kini Mak aku yang terpaksa membayar hutang-hutang tu. Aku masih Ingat yang Mak aku pernah cakap, yang hutang kat felda semasa tanaman semula dulu masih ada 30ribu lagi. Dalam hati aku sempat ke mak aku nak membayarnya. Sekarang pun umur mak aku pun dah masuk 65 tahun. Mak aku dah tinggal dekat tanah rancangan tu dah lebih 40 tahun. Tapi hutang dengan felda tak habis-habis. Tapi tak kesahlah... sekurang-kurangnya kerajaan dahulu telah memberi kemudahan kepada keluarga kami. setidak-tidaknya kami dah ada tanah dan rumah sendiri.. Namun begitu ianya bukanlah percuma, ianya adalah hasil titik peluh Ayah untuk menerokakan tanah yang di amanahkan oleh kerajaan.. Masih diingatan ku apabila turut sama membantu aruah Ayah untuk mengerjakan tanah tu. Tapi sampai bilakah hutang-hutang pada felda tu akan berakhir..?
Lebih kurang jam 10:20 malam baharulah Dato Hassan Ali tiba di kemah. Tanpa melengahkan masa Dato Hassan Ali di beri laluan untuk memulakan ceramanya. 

Dato Hassan Ali memulakan ceramahnya dengan menceritakan pengalamanya . Beliau menceritakan tetang masaalah murtad di kalangan orang Islam. Kemudian beliau menceritakan berkenaan dengan akidah orang Islam yang pernah beliau temui di hotel sedang minum minuman keras. Berbagai-bagai jenis minuman keras yang di sebutkan oleh beliau. Kemudian beliau menceritakan kisah beliau membuat pemereksaan pasangan Khalwat di hotel-hotel budjet. Beliau menerangkan yang Akidah orang MELAYU di seluruh Malaysia dah rosak. Dalam hati kecil aku mula bertanya… Kenapa Akidah MELAYU Rosak? Siapakah yang Merosakkannya? Adakah kerana PAS telah merosakkan Akidah mereka…? Adakah PKR? Ataupun adakah Kerajaan UMNO sendiri yang membuat Akidah mereka Rosak. Atau mungkin juga undang-undang di Negara yang aku menetap ini tidak cukup baik untuk menangani dan mengubati Isu Akidah ini.Berbagai-bagai lagi persoalan yang bermain di kepala aku.

Seterusnya Dato Hassan Ali memulakan ucapan politik. Beliau menceritakan yang Jawatan-jawatan tertinggi dalam PKR yang memerentah Selangor sekarang ini diberi elaun untuk menyertai kelab golf. Beberapa jumlah peruntukan ada dinyatakan. Tapi aku tak ambil endah sangat sebab dekat kilang Papan yang aku kerja sekarang ni pun peruntukan seumpama itu juga di sedia kan pada Manager-manager nya.
Seterusnya Dato Hassan Ali meneruskan ucapannya dengan mengatakan yang dia tak setuju PAS bersekongkol dengan DAP. Beliau mengatakan yang satu hari dulu Kapal Sing pernah mengatakan yang DAP tidak akan bersetuju untuk membentuk Negara Islam yang melaksanakan hukum Hudud. Kapal sing pernah kata , kalau nak laksanakan hukum hudud kena langkah mayatnya dulu. Tapi Aku hairan juga… Dulu DAP pernah berkata bergitu. Tetapi sekarang DAP boleh berunding dengan PAS berkenaan isu Negara Islam dan Hudud. Aku juga tertanya … yang MCA juga tidak setuju dengan Hudud. Tetapi UMNO dan MCA juga MIC tak pernah dapat berbincang bekenaan Isu ini. Malah UMNO sebagai parti MELAYU yang berugama ISLAM sendiri terus terang menolak Hudud. Bukan sahaja menolak hudud, malah mereka sanggup menghina hukum Hudud yang sememangnya adalah ajaran yang di bawa oleh Al-Quran. Bukah kah Islam itu adalah “ Cara Hidup“…. Hati kecil aku berkata… Dalam pakatan BARISAN NASIONAL tak ada satu parti pun yang bersetuju untuk melaksanakan hukum Hudud. Tetapi dalam PAKATAN RAKYAT setidak-tidaknya PAS tetap perjuangkan hukum HUDUD. Setahu aku lah… untuk penggubalan sesuatu pelembagaan mestilah mendapat sokongan 2/3 di parlimen dan dengan perkenan Yang Dipertuan Agong. Sekiranya majority Islam diparliment mempersetujuinya sudah pasti kita dapat lakukannya apabila diperkenankan oleh Yang Dipertuan Agong. Kuasa minority tak boleh melawannya. Kalau Kapal Sing seorang yang menolaknya belum cukup untuk melawan hak Majority. Tapi Aku hairan kenapa Dato Hassan Ali Boleh mengatakan begitu sedangkan beliau tahu yang PAS tetap dengan agendanya untuk menubuhkan Negara Islam yang melaksanakan hukum hudud??????

No comments: