Monday, April 15, 2013

Masjid pertama di Jepun terus utuh hingga kini

Kobe Mosque merupakan masjid pertama di Jepun. Masjid ini dibina pada tahun 1928 di Nakayamate Dori, Chuo-ku. Kobe bererti gate of God atau gerbang Tuhan.

Tahun 1945, Jepun terlibat perang Dunia Kedua. Serangan Jepun ke atas pelabuhan Pearl Harbour di Amerika telah menyebabkan kerajaan Amerika memutuskan untuk menjatuhkan bom atom pertama dalam sejarah peperangan. Akibatnya Jepun menyerah kalah. Dua bandar di Jepun Nagasaki dan Hiroshima dibom oleh Amerika. Saat itu, bandar Kobe juga tidak ketinggalan menerima kesan serangan pengeboman melalui udara walaupun tidak dibom dengan bom atom seperti Nagasaki dan Hiroshima. Boleh dilihat bandar Kobe juga menjadi rata.

Ketika bangunan di sekitarnya hampir rata dengan tanah, Masjid Muslim Kobe tetap berdiri tegak. Masjid ini hanya mengalami keretakan pada dinding luar dan semua kaca tingkapnya pecah. Bahagian luar masjid menjadi agak hitam kerana asap serangan bom. Tentera Jepun yang berlindung di bawah tanah masjid terselamat dari ancaman bom, begitu juga dengan senjata-senjata yang disembunyikannya. Masjid ini kemudian menjadi tempat untuk mangsa perang.

Pasca perang dunia II, Kerajaan Arab Saudi dan Kuwait menyumbang dana pengubahsuaian dalam jumlah yang besar. Kaca-kaca tingkap yang pecah diganti dengan kaca-kaca tingkap baru yang didatangkan khusus dari Jerman. Sebuah lampu hiasan baru digantungkan di tengah ruang solat utama. Sistem pengatur suhu bilik lalu dipasang di masjid ini.

Sekolah yang hancur akibat perang kembali diubahsuai dan beberapa bangunan tambahan pun mula dibina. Umat Islam kembali menikmati kegiatan-kegiatan keagamaan mereka di Masjid Muslim Kobe.

Krisis kewangan sering membawa masalah kepada jawatankuasa masjid. Cukai bangunan yang tinggi menyebabkan jawatankuasa masjid perlu mengeluarkan cukup banyak bayaran dari tabungnya. Walaupun demikian, ramai  penyumbang yang bersedia memberikan bantuan untuk menyelesaikan masalah kewangan pembangunan dan pengubahsuaian masjid ini. Masjid Muslim Kobe menjadi semakin berkembang dengan sumbangan dermawan.

Kekukuhan Masjid Kobe diuji lagi dengan Gempa Bumi paling dahsyat tahun 1995. Tepat pada pukul 05.46 Selasa, 17 Januari 1995. Gempa ini sebenarnya bukan hanya menimpa Kobe saja, tapi juga kawasan sekitarnya seperti South Hyogo, Hyogo-ken Nanbu dan lain-lain.

Para ahli menyebutkan bahawa gempa itu disebabkan oleh tiga buah plat yang saling berlanggar, iaitu plat Filipina, plat Pasifik, dan Eurasia. Walaupun gempa berlaku cuma 20 saat, namun gempa ini memakan korban orang awam seramai 6433 orang, yang sebahagian besar merupakan penduduk bandar Kobe. Selain itu gempa Kobe juga mengakibatkan kerosakan besar bandar seluas 20 km dari pusat gempa.

Gempa bumi besar Hanshin-Awaji merupakan gempa bumi terburuk di Jepun sejak Gempa bumi besar Kanto 1923 yang menyebabkan 140,000 orang terkorban. Namun hingga kini masjid Kobe tetap berdiri kukuh dan tegak, seakan tidak goyah meskipun didera berbagai bencana.

Seharusnya orang Jepun boleh melihat keajaiban ini sehingga beralih kepada Islam tetapi tentunya hidayah hanya milik Allah dan diberikan kepada siapa yang dikehendakiNya.

dari fb 
Md Nor Bin Bakar

No comments: